Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

29/07/2026

Ayam masak kerisik, bila tak tau nak masak apa..

Ada masanya mak-mak ni boleh jadi blur nak masak apa hari-hari. Macam cikla, dah la lauk hari-hari ayam saja, ikan memang amatlah jarang masuk dalam rumah ni. Kot teringin barulah masak. Masak sekor dua potong tiga pun belum tentu habis. 

Berbalik kepada kisah menu block mak-mak, kebetulan cikla nampak adik cikla post dekat status wasap dia buat ayam masak kerisik. Apa lagi, kita usha lah resepinya. Jom cikla share macam mana nak masak, mana tau kot-kot korang nak try pulak kannn. Hihi. 

Ayam masak kerisik, bila tak tau nak masak apa..
Ayam masak kerisik, bila tak tau nak masak apa.. 

Resepi ayam masak kerisik versi saya.

Bahan-bahan:

Ayam (dipotong ikut suka korang nak besor ke nak kecik ke kemudian dibersihkan sebersih-bersihnya). 
1 biji bawang besar. 
2-3 ulas bawang putih. 
1/2 inci halia. 
1/2 inci kunyit hidup (kalau kurang kuning korang topup dengan serbuk kunyit ya). 
Sebatang serai diketuk. 
Kerisik 1 peket. 
Minyak untuk menumis. 
Garam, gula dan perasa secukupnya. 

Hiasan (optional, ada letak. Kalau takde tak payah). 
Daun bawang. 
Tomato. 
Cili merah/hijau.

Cara nak masak:

1. Blend bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit hidup sampai lumat. 
2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali/periuk yang sesuai, kemudian tumis bahan blend tadi sampai garing dan naik bau. Selepas itu, masukkan serai yang telah diketuk, tumis sekejap. 
4. Masukkan ayam dan air secukupnya. Tutup kuali dan biarkan ayam masak. 
5. Bila ayam dah masak, masukkan kerisik, garam, gula dan perasa secukupnya. Kalau nampak kering kuahnya, tambah air sikit. Biarkan sekejap. 
6. Last, masukkan tomato dan cili merah kemudian taburkan daun bawang. Gaul-gaul sekejap. Siap untuk dihidang. 

Ayam masak kerisik, bila tak tau nak masak apa..
Ayam masak kerisik, bila tak tau nak masak apa.. 

Ayam masak kerisik, bila tak tau nak masak apa..
Ayam masak kerisik, bila tak tau nak masak apa.. 

Kalau korang suka berkuah, lebihkan air. Tapi cikla, suka pekat sikit camni. Jangan risau, kita yang buat dia. Ejas je sampai rasa okey. Bagi cikla, rasa ayam masak kerisik ni not bad jugaklah. Tak pedas, budak-budak boleh join makan. Jadilah, buat tukar-tukar selera kan. Takdelah makan menu yang sama hari-hari. Selamat mencuba. 

25/04/2026

Tiramisu Mocha, senang je nak buat rupanya.

Siapa suka makan desserts camni apa kata korang try buat sendiri. Tengok bahannya takdelah susah sangat nak cari. Ni kalau beli satu slice dah berapa rm kan. Buat sendiri saru famili boleh makan, siap boleh sedekah jiran sebelah lagi. 

Resepi Tiramisu Mocha.

Tiramisu Mocha, senang je nak buat rupanya.
Tiramisu Mocha, senang je nak buat rupanya. 

Bahan-bahan:

250g cream cheese.
250g whipped cream.
150g gula.
Coffee layer cake (boleh ganti dengan biskut yang dicelup dengan air nescafe).
1/2 paket nescafe or mocha 3 in 1 (untuk hiasan atas kek).

Cara membuat:

1. Potong dan susun coffee layer cake dalam loyang (1st layer).
2. Kemudian, pukul cream cheese, whipped cream dan gula dengan hand mixer sampai jadi berkrim.
3. Tuang campuran tadi diatas lapisan cake yang pertama.
4. Susun selapis lagi coffee layer cake diatas campuran tadi (2nd layer).
5. Tuang campuran lagi di atas lapisan cake yang kedua.
6. Ulanglah sampai habis.
7. Taburkan 1/4 atau 1/2 paket nescafe 3in1 di atas kek.
8. Simpan dalam peti sejuk sehingga semalaman.
Selamat mencuba.
Kredit resepi dan gambar : Empunya Resepi

24/04/2026

Sambal terung simple tapi sedap.

Cikla kalau dapat sambal terung macam ni memang tak pandang lauk lain. Silap-silap punah diet, makan bertambah-tambah. 
Nak masak dia pun senang je, jom follow resepi sis Leha Yusuf ni. 

Bahan-bahan;

3 biji terung panjang.
3 sudu cili kisar.
1/2 biji bawang besar (hiris).
3 biji bawang putih (hiris).
Garam.
Gula.

Cara masak;

1. Goreng terung dengan sedikit minyak. Ketepikan.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar, kemudian tumis sampai naik bau.
3. Masuk kan cili kisar, masak sampai pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan terung dan kacau rata.
6. Siap. 

Sambal terung simple tapi sedap.
Sambal terung simple tapi sedap. 

Kalau korang makan belacan, boleh tambah sikit masa menumis tu dengan ikan bilis yang digoreng dulu. Makan panas-panas, memang mantapp wehh. Kenyang menyandor. 

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : LehaYusuf. 

02/04/2026

Nasi ayam simple resepi Khairulaming.

Dulu-dulu ingat nak masak nasi ayam ni macam renyah dan rumit je. Kalau nak makan mesti suruh mak masak atau beli je kat kedai. Tapi, rupanya senang je nak buat nasi ayam ni. Guna bahan-bahan yang mudah nak dapat je.

So, hari ni sebab dah tak tau nak masak lauk apa cikla decide nak masak nasi ayam resepi Khairulaming ni. Hurmm, orang dah lama try, cikla baru terhegeh-hegeh nak cuba. Tapi takpe. Biar lambat, asal jadi. Ye tak? 

Kejap je masaknya. Sempatlah anak-anak cikla makan lepas dorang balik dari sekolah. Sebenarnya, ada beberapa bahan yang cikla takde. Cikla guna apa yang ada je tau. Jom tengok bahan-bahan dan cara nak masak.

Nasi ayam simple resepi Khairulaming.
Nasi ayam simple resepi Khairulaming.

Bahan A:

1 ekor ayam (dipotong ikut besar mana korang suka. Kalau cikla, cikla potong kecik. Maklumlah anak ramai, hihi).
Halia (besar ibu jari, potong kasar. Kalau cikla, cikla ketuk).
4 ulas bawang putih (diketuk).

Bahan B:

3 pot beras (ikutlah beras apa korang nak guna).
Daun pandan (cikla takde, cikla ganti serai yang diketuk)
1 ulas bawang merah/besar (dihiris).
Bunga lawang dan kulit kayu manis.
Mentega untuk menumis (cikla takde mentega so cikla tumis je guna minyak masak biasa).
Sedikit pewarna kuning (cikla guna serbuk kunyit je).
1 ketul kiub ayam.
Garam secukupnya. 
Air rebusan ayam.

Bahan C (Untuk sambal cili dan sambal kicap).

6 biji cili merah. 
4 biji cili padi.
Sedikit air.
Sedikit air perahan limau/lemon.
Kicap lemak manis.
Gula, garam dan perasa. 

Bahan hiasan:

Timun jepun.
Salad.
Tomato.

*Potong timun serong dan tomato.

Nasi ayam simple resepi Khairulaming.
Nasi ayam simple resepi Khairulaming.

Cara-caranya:

Untuk nasi.

1. Rebus ayam bersama halia dan bawang putih (bahan A) dan air secukupnya. Biarkan sampai mendidih dan ayam separuh masak.

2. Keluarkan ayam dari periuk dan asingkan. 

3. Cuci beras dan masukkan dalam periuk nasi. 

4. Dalam kuali yang sesuai, letak mentega dan tumis bawang merah, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun pandan (atau serai) sehingga kekuningan. Masukkan kiub ayam. Kacau sekejap. Tutup api.

5. Dalam periuk nasi yang dah ada beras di dalamnya, masukkan bahan yang kita tumis tadi bersama air rebusan ayam. Airnya korang agak-agaklah sendiri ye ikut beras masing masing. Sesuaikan rasa dengan garam. Lepas semua dah okey, masak nasi macam biasa. 

Untuk ayam:

1. Ayam yang telah direbus tadi, perap dengan kicap manis, sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap pekat (nak bagi kaler cantik). 

2. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Biarkan sekejap. Lagi lama perap, lagi sedap. 

*Untuk sos tu korang boleh je guna sos Korea ke, sos bawang putih ke, apa pun boleh ikut tekak korang la. Cikla guna sos bawang putih lebih beli ayam gepuk Pak Gembus tempoh hari. 

3. Lepas perap, goreng ayam sampai masak. Dah masak angkatlah ayam tu dan toskan minyak. 

4. Bila ayam dah suam/sejuk, korang ketuk la ayam tu. Senang nak makan kan. Tak ketuk takpelah. Ikut korang lah. 

Untuk sambal cili.

1. Blend cili besar dan cili padi bersama sedikit air. Korang boleh jugak tambah cuka atau air perahan limau, gula garam secukupnya. 

2. Kalau korang suka makan sambal ni terus tanpa masak pun boleh. Tapi kena guna air masak la ye.

3. Tapi kalau korang nak masak sambal ni pun boleh jugak. Cikla masak sambal ni sampai jadi pekat sikit. Time ni boleh la korang sesuaikan balik rasa masin, manis, pedas, masam sambal ni.

Untuk kicap: 

1. Ambil sikit air rebusan ayam tu bersama halia dan bawang putihnya sekali, lepas tu masukkan kicap lemak manis dan sedikit kicap pekat (kalau ada). 

2. Kacau-kacau dan sesuaikan rasa. 

*Tapi cikla guna lebihan kicap yang cikla buat perap ayam tu. Tambah je dengan air rebusan ayam sikit. Siap. 

Untuk sup:

1. Lebihan air rebusan ayam, tambahkan air, sedikit tulang ayam (kaki dan leher) dan sup bunjut. Sesuaikan balik rasa dengan garam dan perasa. Masukkan sedikit serbuk lada hitam. 

2. Dah mendidih elok, masukkan hirisan daun sup dan daun bawang. Dah siap. 

Nasi ayam simple resepi Khairulaming.
Nasi ayam simple resepi Khairulaming.

Senang kan? Cikla rasa resepi ni paling mudah sekali. Semua orang boleh buat. Selamat mencuba. 

Kepada Khairulaming, cikla buat jadi. Hihi. 




11/09/2025

Resepi lala tumis mudah dan sedap.

Kalau korang peminat seafood, korang kena cuba masakan berasaskan lala. Rasa manis semula jadi dari lala memang cukup menyedapkan bila dimasak dengan cara yang ringkas. So, cikla nak kongsikan satu resepi yang cukup mudah dan cepat disediakan, tapi hasilnya sangat padu, Resepi Lala Tumis. Terima kasih kepada tuan empunya resepi ye. 

Resepi ini memang sesuai dimakan dengan nasi putih panas, confirm bertambah-tambah nanti. Jom tengok bahan-bahan dan cara masak. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

Lala (dibersihkan).
Bawang besar (hiris bulat).
Bawang putih (ditumbuk/dititik).
Cili merah dan cili hijau.
Batang serai – 2 batang (dititik).
Garam dan bahan perasa secukupnya.
Gula – 1 sudu kecil.

Resepi lala tumis mudah dan sedap.
Resepi lala tumis mudah dan sedap.

Cara-cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih yang sudah dititik dan tumis hingga naik bau wangi.

2. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan batang serai. Kacau rata dan tumis sekejap sampai bahan mula layu dan berbau harum.

3. Tambahkan sedikit air (agak-agak ikut kuah yang diinginkan). Masukkan garam, bahan perasa dan gula. Kacau rata.

4. Akhir sekali masukkan lala yang sudah dibersihkan. Kacau dan tutup periuk. Biarkan lala masak dalam 2-3 minit sahaja.

5. Bila lala sudah terbuka kulitnya, tandanya ia sudah masak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan!

Tips tambahan:

1. Jangan masak lala terlalu lama kerana ia boleh jadi liat.

2. Kalau nak lagi pedas, boleh tambah sedikit cili padi ketika menumis.

3. Hidangan ini lebih sedap kalau dimakan panas-panas dengan nasi putih.

Mudah kan? Tak sampai 15 minit pun dah siap satu lauk seafood yang menyelerakan. Resepi ini memang sesuai untuk korang yang nak masak cepat tapi tetap nak rasa sedap. Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar kepada owner.

02/09/2025

Sotong sumbat telur simple tapi padu!

Hai korang, lamanya tak share resepi orang kan. Haha. Kalau korang jenis suka makan sotong, resepi ni memang confirm kena cuba. Paling senang nak masak katanya, paling sedap pulak tu katanya lagi. Hihi. 

Kalau makan 2 ekor memang tak cukup, at least 4 ekor baru puas hati! Kalau nak tau sedap ke tak benornya, kenalah korang try sendiri ye.  Sebelum tu terima kasih kepada tuan punya resepi ni. 

Bahan-bahan:

6 ekor sotong saiz medium.
1 biji bawang merah sederhana – potong dadu kecil.
4 biji telur gred A.
3 ekor udang XL (nak tambah sedap, tak letak pun boleh) – potong kecil.
Daun ketumbar – cincang halus (jangan banyak sangat, nanti “menyengat”).
Lobak merah – cincang halus ikut suka.
Perasa brand ikut memasing / garam dan gula.
Pencungkil gigi / lidi.

Sotong sumbat telur simple tapi padu!
Sotong sumbat telur simple tapi padu! 

Cara-cara:

1. Masukkan telur, udang, daun ketumbar dan carrot dalam mangkuk. Kacau sebati. 

2. Panaskan sikit minyak, goreng bawang merah sampai naik bau dan sedikit garing. 

3. Masukkan adunan telur tadi, kacau macam buat telur hancur. Letak sikit perasa (atau garam dan gula kalau tak nak guna perasa). 

4. Bila inti dah masak, masukkan ke dalam badan sotong sampai sotong jadi gemuk buncit. Lepas tu, ambil kepala sotong dan letak balik kat tempat asal. Cucuk dengan lidi/pencungkil gigi supaya inti tak terkeluar. 

5. Buat potongan kecil kat badan sotong (supaya sotong tak mengecut sangat masa masak). 

6. Korang boleh pilih nak bakar atas arang, goreng dalam kuali, atau masukkan dalam air fryer. Masak sampai sotong masak je, jangan lama sangat sebab sotong cepat jadi keras dan kering.

Sos Thai serbaguna (must try!)

Lagi power kalau makan sotong ni dengan sos Thai homemade. Caranya:

Bahannya:

Sos Thai botol (yang ada gambar makcik tu).
Bawang putih – cincang halus.
Cili padi merah – potong kecil.
Daun ketumbar.
Sos ikan.
Gula.
Air limau nipis.

Cara: Campurkan semua bahan ni, kacau rata, siap! (Tak payah pening nak sukat, main agak-agak je).

Tips penting!

- Jangan masak sotong terlalu lama, nanti keras, terus tak syok nak makan.

- Kalau tak ada udang pun tak apa, sotong tetap sedap sebab inti telur tu dah cukup power.

- Sos Thai ni boleh guna untuk makanan lain jugak seperti ayam bakar, seafood grill, atau cicah cucuk-cucuk pun ngam!

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Mira Khan.

12/08/2025

Resepi ayam madu crispy chinese style.

Lamanya tak share resepi orang kan. Hihi. Apa kata korang try yang ni pulak. Cikla macam biasa, parking dulu kat sini. Thanks kepada tuan punya resepi. 

Ayam madu crispy chinese style. 

Bahan A: 

500 gm isi ayam.
2 sudu besar kicap cair.
1 sudu kecil lada putih.
1 biji telur.
2 sudu besar tepung jagung.
2 sudu besar minyak bijan.
2 sudu besar cuka.

Bahan B :

1 inci halia (hiris nipis).
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos plum (boleh ganti dengan sos tomato kalau takde).
5 ulas bawang putih (cincang halus).
2 sudu besar madu.

Resepi ayam madu crispy chinese style.
Resepi ayam madu crispy chinese style. 

Cara buat :

1. Perap ayam bersama dengan semua bahan A selama 30 minit.

2. Lepas diperap, lumurkan ayam dengan tepung jagung dan goreng ayam sampai setengah masak menggunakan api sederhana angkat ketepikan.

3. Goreng ayam tadi sekali lagi menggunakan api besar, angkat dan ketepikan.

4. Tumis bahan B lebih kurang 5 minit menggunakan api besar. Masak sampai semuanya berbuih. Setelah itu, masukkan ayam kaup balik sampai semua bersalut bahan sos dan tutup api.

5. Taburkan bijan dan daun bawang boleh dihidangkan.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan foto : Fatin Damia.

28/07/2025

Resepi balutan ayam berkeju dan bawang putih.

Sebelum tu, terima kasih kepada tuan punya resepi. So, kali ni cikla nak share resepi balutan ayam berkeju dengan bawang puth. Gabungan balutan yang  crunchy, cheezy dan penuh rasa bawang putih, confirm buat korang nak lagi! Okey la, jom tengok bahan-bahannya dulu dan cara nak buat. 

Bahan-bahan:

2 cawan ayam telah direbus - carik halus.
1 cawan keju mozzarella atau cheddar - parut.
2 ulas bawang putih - cincang halus.
¼ cawan mayonis atau krim masam.
½ sudu teh perasa Italian.
Garam dan lada hitam secukup rasa.
4 keping tortilla besar atau roti wrap.
Sedikit mentega atau minyak untuk memanggang.

Resepi balutan ayam berkeju dan bawang putih.
Resepi balutan ayam berkeju dan bawang putih.

Cara buat:

1. Dalam mangkuk yang sesuai, gaulkan ayam, cheese, bawang putih, mayonis (atau krim masam), perasa Italian, garam dan lada hitam hingga sebati.

2. Kemudian, letakkan campuran ini di tengah setiap keping tortilla dan gulung ketat menjadi balutan.

3. Panaskan kuali dengan api sederhana dan sapukan sedikit mentega atau minyak.

4. Panggang balutan selama 2–3 minit setiap bahagian hingga keemasan dan rangup.

5. Potong dan hidangkan semasa masih panas!

Kalau korang nak lapik dengan salad pun boleh jugak sebelum korang letakkan intinya tu. Meni sesuai untuk mereka yang nak berdiet atau kurangkan pengambilana nasi. Hehe. Selamat mencuba. 

10/07/2025

Resepi roti pisang rangup sedap dan senang dibuat.

Resepi kali ni memang senang sangat nak buat. Sesuai kalau nak buat makan breakfast. Bahannya pun senang nak dapat. Firstly, thanks to the owner untuk resepi ni. 

Bahan : 

Roti gardenia keping.
Pisang masak.
Majerin
Kuning telur.
Gula perang (takde letak je gula putih tapi jangan tabur banyak)
Cheddar cheese (ni takde pun takpa)

Resepi roti pisang rangup sedap dan senang dibuat.
Resepi roti pisang rangup sedap dan senang dibuat.

Cara-cara:

Sapu majerin atas roti. Pastu, susun pisang ikut kekreatifan masing-masing. Kemudian, sapu lagi mejerin dan sapu kuning telur. Dah siap sabu, tabur pulak cheddar cheese atau gula perang kat atasnya. Bakar dengan suhu 180°C, 5-7 minit. Siap untuk dinikmati.

Selamat  mencuba.

Kredit resepi dan gambar : Hamizah Zakaria.

11/06/2025

Resepi roti kering bergula yang rangup!

Roti tak habis jangan laju je korang buang, ada gunanya. Boleh buat roti kering bergula yang rangup! Krupp kraapp kruppp krapp bila digigit. Terima kasih kepada tuan punya resepi. 

Resepi roti kering bergula yang rangup!
Resepi roti kering bergula yang rangup! 

Bahan-bahan:

Roti yang hampir tamat tempoh.
Planta atau marjerin.
Gula secukupnya.

Cara-cara:

1. Sapu rata planta atau marjerin pada permukaan roti. Pastikan semua bahagian roti disapu dengan rata.

2. Taburkan gula secara merata di atas roti yang telah disapu marjerin.

3. Potong roti kepada dua bahagian kalau nak.

4. Letakkan roti dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C. Bakar selama 25 hingga 30 minit.

5. Semasa proses membakar, intai roti dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tidak hangus. Masa membakar mungkin berbeza mengikut jenis oven yang digunakan.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar: Saidatul Arnie.

05/06/2025

Resepi ikan termenung masak asam.

Hai, dah masak lunch ke tu? Macam lama  saya tak share resepi kan? Nah resepi yang semestinya sedap dan mudah. Resepi ikan termenung aka ikan kembung masak asam, habis masak tuan dia pun menung. Bahan-bahannya pun simple je. Terina kasih kepada tuan punya resepi.

Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembung – lumur garam kunyit pastu goreng kejap.
1 labu bawang besar – potong bulat.
2 ulas bawang putih – ketuk manja.
1 inci halia – hiris halus.
1 biji cili merah.
3-4 biji cili padi.
Air asam jawa dengan sikit air.
Garam, gula dan 1 sudu besar santan pekat nak bagi rasa lemak berkrim gitu.

Resepi ikan termenung masak asam.
Resepi ikan termenung masak asam.

Cara masak:

1. Guna minyak goreng ikan tadi, tumis bawang putih, masuk halia, bawang besar dan cili merah.

2. Bila dah layu, tuang air asam jawa dan sedikit air. Masuk garam, gula, ikan goreng dan santan.

3. Masak sampai mendidih. Last tabur cili padi. Siap!

Nak makan dengan nasi pana, perghh, memang boleh termenung sebab sedap sangat. Haha. 

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar to owner. Thanks! 

29/05/2025

Kerabu taugeh kacang botol.

Bila ada menu kerabu ni memang tak pandang lauk lain, pembuka selera. Silap-silap punah diet, haha.  Ada orang buat ratah gitu je, pun sedap kan? Terima kasih kepada tuan punya resepi. 

Kerabu taugeh kacang botol.
Kerabu taugeh kacang botol.

Kerabu taugeh kacang botol.

Bahan-bahan:

2 cawan taugeh.
5 batang kacang botol.
1 biji bawang besar - boleh dikurangkan.
1 biji cili merah.
1/2 cawan udang kering.
1 cawan isi kerang rebus.
Jus limau nipis.
Sedikit belacan.
Kerisik secukupnya.
Garam dan gula secukup rasa.

*tambah cili padi kalau korang suka pedas.

Cara-cara:

1. Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan taugeh dan celur dalam air panas selama 5 saat.

2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan sebentar.

3. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat. Perah limau nipis dan ambil jusnya.

4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Kalau ada bahan terkurang boleh ditambah mengikut citarasa memasing.

5. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.
 
Kredit resepi dan gambar to the owner. 

28/05/2025

Resepi pizza mini. Jom try!

Korang yang suka layan tekak anak-anak apa kata try resepi ni. Budak-budak kalau time cuti memang manjang lapor je perut dorang kan. Jap jap mama lapor, jap jap mama lapor.  Ehh tak kata anak orang, anak saya pun gini gak. First of all, thanks kepada tuan punya resepi. 

Resepi pizza mini. Jom try!

Resepi pizza mini. Jom try!
Resepi pizza mini.

Bahan:

250ml cawan air suam 
1 peket yis mauripan. 
1 sk gula.
1sk susu pekat.
4 cawan tepung gandum.
1 biji telur.
1/4 sk garam.
1 cawan majerin.

Cara-cara: 

1. Campurkan gula, susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2. Dalam mangkuk yang lain masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam, telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.

3. Kemudian, baru masukkan yis yang dah naik tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat kat tangan.

4. Bila doh dah tak melekat kat tangan boleh tutup biar dalam 20 atau 30 minit untuk bagi doh naik 2x ganda.

5. Letak topping dan bakar pada suhu 190°C selama 20 minit.

Topping:

* Tomato puri.
* Veges campur.
* Sosej.
* Cheese cheddar atau mozarella.
* Sos cili.
* Mayonis.

Atau apa-apa yang korang rasa sesuai untuk diletak kat atasnya. 

Selalat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar: Natasha Jeffrey.

27/05/2025

Resepi garlic sauce sedap dan mudah.

Peminat nasi arab mesti tau kesedapan garlic sauce ni macam mana. Owner resepi ni kata, resepi dia ni memang texture sama macam mayonis. Rasanya pun 99.99% sama macam garlic sos kat kedai pak arab tu.

Korang yang nak cuba, nah resepi. Bahan-bahannya pun senang nak cari. Biasa ada je kat dapur korang tu.  

Resepi garlic sauce sedap dan mudah.
Resepi garlic sauce sedap dan mudah. Kredit gambar to owner. 

Bahan:

4 ulas bawang putih.
1 biji putih telur.
2 sudu besar cuka / lemon.
1 sudu besar gula.
1 sudu kecil garam.
1 cawan minyak jagung (masukkan sikit-sikit).

Cara: 

Blend semua bahan lama-lama sampai dapat texture macam mayonis. Kalau nak buat stok gandakan je nisbah bahan tu. Kalau simpan kat dalam peti ais boleh tahan sampai 3 bulan. InshaAllah. 

Selamat mencuba. 

Kredit resepi asal dan gambar: Afiqah Hairi.

26/05/2025

Daging goreng cili api senang dimasak.

Raya haji dah nak dekat, mesti ramai gang mencari-cari resepi berasaskan daging kan? Tak mau yang susah-susah, kita bagi yang mudah-mudah jer. Jom tengok bahan dan cara nak masak. Terima kasih kepada tuan punya resepi.

Daging goreng cili api senang dimasak.
Daging goreng cili api senang dimasak. 

Resepi daging goreng cili api.

Bahan :

(A)

- 1/2 kilo daging potong nipis.
- 3 labu bawang besar.
- 5 ulas bawang putih.
- 1 inci halia.

*Semua bahan A kecuali daging korang tumbuk/blend ye.

( B )

- Cili api ikot sedap rasa.
- Kunyit hidup panjang jari kelingking.

*Ini pun tumbuk/blend tapi korang asingkan dulu tau!

- Satu labu bawang besar dihiris bulat.

Cara :

Panaskan minyak dan tumis bahan A sampai garing. Masukkan daging yangg dah dihiris halus.

Masukkan air sampai tenggelam daging.  Topup lagi air sampai daging empuk. Korang topup 3x air inshaallah empuk dah.

Bila daging dah empuk dan terbit minyak, boleh masukkan bahan tumbuk B pula. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit kicap. Masukkan bawang hiris bulat. Gaul sebati semua dan siap!

Ehh ehh, cedok nasik panas makan lerrrrr ape lagi tunggu! 

Selamat mencuba.

Kredit : Amyra Abas.

22/05/2025

Resepi ikan celup tepung rangup krup krup yang mudah dan sedap.

Korang peminat ikan goreng wajib cuba resepi ni.  Resepi ni senang je, zupp zapp zupp zapp jap je dah siap. Thanks to the owner resepi. Jom tengok bahan dan cara nak masak. 

Bahan-bahan:

Ikan kegemaran (boleh guna ikan kembung, selar, siakap atau ikan bilis).
1 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung jagung.
Serbuk kunyit secukupnya.
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus).
Serbuk cukup rasa.
Garam secukupnya.
1 biji telur.
1/4 sudu kecil kapur makan.
Air secukupnya.

Resepi ikan celup tepung rangup krup krup yang mudah dan sedap.
Resepi ikan celup tepung rangup krup krup yang mudah dan sedap.

Cara:

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaul sebati.

2. Pastikan bancuhan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Yang sedang-sedang saja gitu sebab nanti salutan tepung boleh lekat elok pada ikan.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum nak goreng.

4. Celupkan ikan dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan dan rangup.

5. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan panas-panas!

Tips Ekstra:

Kalau korang tak suka versi rangup krup krup, korang boleh pekatkan sedikit bancuhan tepung supaya salutan lebih tebal dan lembut.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Nur Masri.

20/05/2025

Koleksi resepi sambal/sos paling sedap dan mudah.

Ada orang takde sambal/sos tak selera makan. Nah, cikla share 6 koleksi sambal/sos yang mudah je nak buat. Resepi ikut nombor ya. 

Koleksi resepi sambal/sos paling sedap dan mudah.
Koleksi resepi sambal/sos paling sedap dan mudah. 

1) Resepi sos cili tomato.

Bahan-bahan:

10 biji cili merah kerinting (boleh campur dengan lada cayenne kalau nak lebih pedas).
2 biji tomato merah bersaiz sederhana
4 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 sudu teh pes udang (korang boleh skip step ni kalau korang tak suka).
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya.

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis cili, tomato, bawang merah, bawang putih dan pes udang (kalau guna) sampai layu dan naik bau.

2. Angkat dan kisar atau blend semua bahan tumis tadi. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.

3. Untuk sos cili yang lebih tahan lama dan lebih wangi, tumiskan lagi sos cili kisar sampai jadi sedikit kering dan warnanya lebih gelap.

4. Hidangkan sos tomato dengan nasi hangat, ayam goreng atau sayur-sayuran segar.

2) Resepi sambal hijau padang.

Bahan-bahan:

15 biji cili hijau kerinting.
5 lada cayenne hijau (sesuaikan dengan rasa).
5 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
2 tomato hijau (atau tomato hijau dicampur dengan tomato biasa).
1 sudu teh jus limau nipis (option, step ni untuk rasa yang menyegarkan).
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak masak secukupnya.

Cara:

1. Rebus cili, bawang merah, bawang putih dan tomato hijau sampai jadi sedikit layu (kira-kira 5 minit).

2. Toskan, kemudian blend kasar atau blend sekejap (jangan terlalu halus, biasanya sos cili hijau agak bertekstur).

3. Panaskan minyak, tumis cili api sampai naik bau dan keluar sedikit minyak. Masukkan garam, gula, dan jus limau nipis (kalau guna). 

4. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama rendang, pop ayam atau nasi Padang kegemaran anda.

3) Resepi cili padi udang.

Bahan-bahan:

10 biji cili merah kerinting.
5 lada cayenne merah (sesuaikan mengikut citarasa).
2 biji tomato merah.
3 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih 
1 sudu teh pes udang bakar/goreng.
1 sudu teh gula perang. 
Garam secukup rasa 
Minyak masak secukupnya 

Cara:

1. Panaskan minyak, kemudian tumis cili, tomato, bawang merah, bawang putih dan pes udang sehingga semuanya layu dan naik bau.

2. Kisar atau blend semua bahan tumis. Masukkan garam dan gula merah, kisar lagi hingga rata.

3. Kalau nak sos cili tahan lebih lama dan masak sempurna, goreng semula sos cili sampai keluar minyak dan sos cili jadi gelap.

4. Sesuai dihidangkan bersama ayam goreng, ikan masin atau sayur-sayuran segar.

4) Resepi sos cili goang.

Bahan-bahan:

10 lada cayenne merah atau hijau (bergantung pada tahap pedas yang korang suka).
2 ulas bawang putih.
Garam secukup rasa.
2–3 sudu besar minyak panas.

Cara:

1. Kisar cili api, bawang putih dan garam hingga agak lumat (boleh kisar kasar sikit ikut citarasa masing-masing).

2. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas, kemudian tuangkan ke atas cili api tadi. Kacau rata.

3. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi hangat, ayam kampung goreng, tauhu dan tempe atau sayur asam.

Note: Sos cili goang ini pedas, segar dan sangat bagus sebagai peneman hidangan ringkas.

5) Resepi sos cili bawang.

Bahan-bahan:

10 lada cayenne merah (atau campurkan dengan hijau, mengikut citarasa)
5 ulas bawang putih.
Garam secukup rasa.
Gula secukup rasa (pilihan) 
5–6 sudu besar minyak masak.

Cara:

1. Panaskan minyak, kemudian tumis cili dan bawang putih sekejap sampai layu dan naik bau (jangan sampai hangus).

2. Keluarkan bahan, toskan sedikit minyak, kemudian kisar bersama garam (dan sedikit gula kalau suka).

3. Tuangkan sedikit lagi minyak panas hasil menumis, kacau rata.

4. Nikmati segera dengan nasi hangat, ayam goreng atau tempe.

6) Resepi sos cili geprek.

Bahan-bahan:

10–20 lada cayenne merah (bergantung pada tahap kepedasan yang diingini).
3 ulas bawang putih.
Garam secukup rasa.
Gula secukup rasa (option).
3–4 sudu besar minyak masak panas.

Cara:

1. Panaskan minyak, kemudian goreng cili dan bawang putih selama kira-kira 30-40 saat sampai layu.

2. Toskan, kemudian kisar cili dan bawang putih bersama garam dan sedikit gula.

3. Kisar kasar je, jangan halus sangat.

4. Siram dengan sedikit minyak panas yang digunakan untuk menggoreng supaya sos cili lebih harum dan sedap.

Letakkan ayam goreng di atas lesung, masukkan sos cili, kemudian hancurkan/tumbuk bersama sos cili.

Selamat mencuba. 

Kredit gambar dan resepi to the owner. 

15/05/2025

Resepi ayam goreng ala kfc.

Sapa aje yang tak suka makan ayam. Semua orang suka. Dari budak-budak sampai la orang tua, feveret belaka. So, pada ibu rumahtangga yang rajin nak try macam-macam resepi, apa kata try resepi ayam goreng ni. 

Since, kepsi dah kena boikot, ateee mohh ler buat sendiri. Nah resepi, cuba jangan tak cuba. Thanks kepada owner yang share resepi ni. 

RESEPI AYAM GORENG ALA KFC.

(Hidangan ni untuk 4 orang makan, kalau ramai yang nak makan, kome ejas la je bahan dia).

Resepi ayam goreng ala kfc.
Resepi ayam goreng ala kfc. 

Bahan-bahan:

• 4 ketul ayam (ikut suka kome nak pilih bahagian mane)
• 1/2 bungkus/100 gram tepung serbaguna Kentucky.
• 1 biji telur.
• 4 ulas bawang merah.
• Secubit garam.

Cara:

1. Kome hirislah bawang merah tu  nipis-nipis pastu  tumbuk kasor.

2. Pastu, kome lumurkan bawang yang kome udah tumbuk tu dengan secubit garam pada ayam pastu perap dalam 5 hingga 10 minit.

3. Panaskan minyak masak dalm kuali yang dalam atau kome boleh jugak pakai dalam periuk yang berpenutup.

4. Kome amik dua mangkuk kosong. Pecahkan telur dan pastu kacau sebati dalam mangkuk yang pertama.

5. Dalam mangkuk kedua pulak, kome tuangkan tepung goreng serbaguna Kentucky.

6. Step dia, kome celupkan ayam kat dalam telur dan pastu gaulkan pulak di dalam tepung. Pastikan salutan sekata tau dan menutupi setiap bahagian ketulan ayam. Lagi sedap kalau bawang perapan tadi melekat pada salutan ayam. Yummy. 

7. Pastu, kome gorenglah ayam yang dah siap disalut tu kat dalam minyak panas. Guna api sederhana jer dan tutup permukaan kuali atau periuk tadi. Ini sebab nak bagi isi ayam masak sempurna kat bahagian dalam. 

8. Kome ulanglah proses di atas untuk setiap ketulan ayam. Bila separuh bahagian ayam sudah kuning, alihkan dan tutup kembali tudung. Bila dua belah ayam dah masak kekuningan, bukak tudung periuk dan goreng sehingga salutan tepung keras dan garing.

8. Dan, bolehlah diangkat dan lapik di atas kertas tisu penyerap minyak. Sedia dinikmati. 

Macam teman kata ler, mesti kome ada resepi lain atau cara lain nak buat ayam goreng camni tapi ikut memasinglah. Memasak ni takde yang betul takde yang salah. Asal betul step, cukup garam perasanya, sedap la dia. Tak gitu. 

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar to the owner.

13/05/2025

Resepi talapia masak pedas ala Thai.

Siapa peminat ikan talapia? Arwah pak mertua cikla memang suka makan ikan ni. Cikla, dulu-dulu memang tak makan. Tapi sejak kawin dan duduk dengan mertua, semua bedal. Haha.  Terima kasih kepada yang share resepi ni. 

Resepi Talapia Masak Pedas ala Thai.

Resepi talapia masak pedas ala Thai.
Resepi talapia masak pedas ala Thai. 

Bahan-bahan:

1 ekor ikan talapia (kalau nak guna ikan siakap pun boleh).
1sdb sos ikan.
1sdb cili kisar.
1sdb thai cili paste.
5 ulas bawang putih - cincang halus.
7-8 biji cili padi hijau - hiris.
1 biji cili merah -cincang halus.
Sedikit garam.
Sedikit gula.
1 cawan air.
Daun limau purut.
Halia - hiris.
1 sudu olive oil - guna minyak masak pun boleh.

Cara-cara :

1. Ikan talapia gaul dengan kunyit dan garam lepas tu goreng, dah masak ketepikan. 

2. Bahan cincang iaitu bawang, cili merah, cili padi dan halia, ditumis.

3. Masukkan satu sudu cili kisar, 1 sudu pes cili thai, tambah sikit sos cili thai. Tambah dengan air, masak sampai  mendidih.

4. Seterusnya, masukkan lime juice, sos ikan dan daun limau purut. Masak lagi hingga kuah agak pekat. 

5. Last sekali masukkan gula dan garam secukup rasa. 

6. Siap, tutup api curah atas ikan.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar to the owner.

10/04/2025

7 resepi ikan yang patut korang cuba.

Semua orang tau kot yang ikan kaya dengan pelbagai khasiat. Pendek kata, ikan ni memang power untuk kesihatan! Paling obvious, ia penuh dengan protein yang bagus untuk otot dan tenaga, tapi tak berat macam daging merah. Lemak baik dalam ikan, terutama jenis macam salmon, tuna dan sardin, boleh jaga jantung elok-elok sebab ada Omega-3 yang bantu kurangkan kolesterol jahat. Otak pun dapat manfaat sebab Omega-3 tu boleh tingkatkan daya ingatan dan buat minda lebih tajam, sesuai sangat untuk budak-budak tengah membesar ataupun orang dewasa yang nak elak nyanyuk awal.

Kulit pun boleh jadi lebih sihat dan berseri sebab ikan ada kandungan kolagen semula jadi. Lagi satu, siapa yang selalu sakit sendi, makan ikan boleh bantu kurangkan keradangan, jadi kuranglah rasa sengal-sengal badan. Yang bestnya, ikan ni makanan yang senang hadam, jadi perut pun tak rasa berat lepas makan. Kalau nak diet pun memang sesuai sebab dia rendah kalori tapi tetap bagi kenyang lama. Pendek kata, kalau selalu makan ikan, bukan setakat badan sihat, otak pun cerdas! 

So, kali ni cikla nak share 7 resepi berasaskan ikan yang korang patut cuba terutama mereka yang menggemari ikan. 

RESEPI IKAN MASAK ASAM JAWA.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Ikan masak asam jawa.

Bahan-bahan:

Sebarang jenis ikan kesukaan korang.
Bawang besar 1 biji*
Bawang putih 3 ulas* 
Halia sikit*
Cili api ikut suka nak banyak mana.

Cara masak:

1. Bersihkan ikan, kemudian gaul garam kunyit dan goreng.

2. Potong halus dan tumis semua bahan bertanda* sampai layu.

3. Bancuh air asam jawa pekat-pekat dan masukkan ke dalam kuali.

4. Masukkan cili api, garam, gula dan perasa (jika suka).

5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.

6. Biar mendidih sekejap. Tutup api. Siap untuk dihidang.

Kredit : Empunya resepi

RESEPI IKAN REBUS VERSI THAILAND.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Ikan rebus versi Thailand

Cara penyediaan:

1.Untuk 15-20 ekor ikan selayang. Masukkan 2 ketul nise kerek (dia macam manisan yang dihasilkan dengan cecair nira kelapa), 6 batang serai, 1/2 sudu garam, 6 ulas bawang putih, asam keping segenggam dan daun limau purut 15 helai ke dalam periuk.

2.Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.

3.Rebus selama setengah jam dan buka api kecil je. Cuba rasa kuah tu, kalau masin atau manis sangat tambahkan air panas. Ikan rebus ni makin lama simpan dalam peti makin sedap.

Kredit : Vi Ibi Haji Ariffin

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI JOHOR.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Asam pedas ikan pari Johor.

Bahan-bahan:

1 kg ikan pari.
20 tangkai cili kering direbus.*
5 ulas bawang merah.*
1 biji bawang besar.*
3 ulas bawang putih.*
2 inci kunyit hidup.*
2 inci halia.*
Sedikit belacan.*
1 sudu lada hitam (ditumbuk).
10 tangkai daun kesum.
Bendi (terpulang nak banyak mana). 
1 batang bunga kantan (belah 2)
1 cawan air asam jawa.
Minyak untuk menumis.
Air secukupnya.

Cara-caranya:

1. Kisar bahan yang bertanda *. Panaskan minyak (minyak kena lebih ye) dan tumis bahan-bahan yang dikisar sampai pecah minyak serta naik bau. Biar betul-betul pecah minyak ye.

2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikan pari, tambah air secukupnya. Asam pedas Johor jangan cair ye biar pekat-pekat sikit, tapi jangan pekat sangat, agak-agaklah ye.
3. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari masak. Last masukkan bendi, tak payah lama sangat nanti bendi lembek. Dah agak-agak lembut bendi boleh tutup api. Dan sedia dihidangkan.

Kredit : Nor Khomariah Norrohman.

RESEPI IKAN BAKAR KUALA PERLIS.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Ikan bakar Kuala Perlis.

Bahan-bahan:

Ikan (apa-apa jenis ikan kesukaan korang).
½ tin susu pekat.
1 kotak kecil santan.
1 cawan air.
1 sdt cukup rasa.
Sedikit garam.
2 sdm margerin/butter.
Sedikit minyak.
1 sdm kunyit.
Bancuhan air tepung jagung (untuk pekatkan sedikit kuah).

Cara masak:

1. Masak semua bahan sampai mendidih dan  pekat. Agak boleh sapu dan letak pada ikan.

2. Masukkan dalam bekas.

3. Bakar ikan yang dah diperap dengan garam kunyit, bakar bahagian isi dahulu separuh masak.

4. Alih dan letak bahagian sisik di bawah (ikan tak perlu buang sisik cuma belah belakang).

5. Letak perencah ikan bakar tadi. Bakar sampai masak bahagian belakang sampai nampak perencah mengelegak di atas. Tak perlu alih, kalau nak alih kejap pastikan perencah dah melekat pada ikan.

Kredit : Empunya resepi

RESEPI IKAN KEMBUNG REBUS MASAK LEMAK PEKAT.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Ikan kembung rebus masak lemak pekat.

Bahan-bahan:

5 ekor ikan kembung rebus. Bersihkan, goreng dan ketepikan.

1. Bahan blend:

Bawang besar.
Bawang putih.
Halia.
Cili api.
Kunyit hidup. Boleh guna serbuk kunyit jugak. 

2. Bahan lain:
Serai.
Santan.
Serbuk perasa (optional).
Air.

Cara masak:

Tumis bahan blend dengan serai. Masukkn sedikit air, tunggu sampai mendidih kejap. Masukkan santan, serbuk perasa dan ikan. Biar mendidih ikan dan santan bagi mesra. Masukkan daun kunyit dan kacau sekejap. Siap dan bolehlah dihidang.

Kredit : Hamizah Yatim.

RESEPI IKAN MASAK ASAM.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Ikan masak asam.

Bahan-bahan:

Ikan.
Bawang besar sebiji.
Bawang putih 5 ulas.
Halia (agak-agak je).
Cili padi 5 biji.
Garam.
Gula. 
Air asam jawa.
Serbuk perasa.
Serbuk kunyit (setengah sudu kecil je).
Serbuk lada hitam.

Cara masak:

Mula-mula goreng ikan, pastu tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi. Then, masukkan air asam jawa dan kacau je. Pastu masukkan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan kunyit sikit. Masukkan ikan, ssiap.

*boleh jugak tukar lauk dengan telur mata, ikan talang masin, ikan bawal dan ikan seludu.

Kredit : Hunny Wanny.

RESEPI IKAN MASAK KUAH PEKAT.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Ikan masak kuah pekat. 

Bahan-bahan:
.
Ikan merah seketul.
Bawang besar 1 biji.*
Bawang putih 2 ulas.*
Halia seinci.*
Lada hitam biji.*
Pes asam jawa sesudu kecil.
Kicap mudim satu sudu.
Bawang besar, cili merah, cili padi hiris.
Garam secukup rasa.
.
Cara-cara:
.
1. Goreng ikan.
2. Tumbuk bahan bertanda*.
3. Masukkan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai wangi.
4. Letak air sedikit.
5. Biar kuah mendidih kemudian masukkan pes asam jawa, garam dan kicap. Kalau tak suka letak kicap masukkan gula sedikit.
6. Tutup api. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi yang dihiris.

Kredit : Empunya resepi. 

Selamat mencuba.