Selalu kena kejang otot? Mungkin makanan ini boleh bantu kurangkan masalah anda.

By Cikla Shahril - September 15, 2023

Rasanya semua orang pernah kena masalah kejang otot kan? Tapi kalau ahli sukan atau atlet benda ni biasa je. Sebenarnya, kejang ataj krem ni berpunca daripada kontraksi yang menyakitkan dan menjadikan otot rasa ketat dalam tempoh beberapa saat atau berlanjutan sehingga 15 minit. Benda ni boleh jadi secara tiba-tiba pada bahagian anggota badan dan sukar diramal. Ia boleh boleh jadi kat peha, betis, kaki, tangan, lengan ternasuklah perut ketika seseirang itu sedang berjalan, duduk, bersenam atau tidur.

Kekejangan ni boleh berlaku pada semua orang ye, tak kiralah orang tu seorang yang cergas aktif atau sebaliknya. Apa yang merisaukan, dikatakan mereka yang kerap kejang ni berisiko mengalami masalah kegagalan buah pinggang kronik, urat bersimpul (varicoe vein), diabetes mellitus, parkinson termasuklah kecederaan saraf (peripheral neuropathy). 

Selalu kena kejang otot? Mungkin makanan ini boleh bantu kurangkan masalah anda.
Selalu kena kejang otot? Mungkin makanan ini boleh bantu kurangkan masalah anda. Kredit Google.

Jadinya, kondisi ini tak boleh dipandang ringan dan perlu mendapatakn rawatan pakar selain dari mengamalkan diet yang baik untuk mengelak masalah ni kerap terjadi. 

Di samping mendapat rawatan yang sewajarnya, mungkin senarai makanan ini boleh membantu kita mengurangkan masalah ini. Antaranya ; 

1. Avocado - kaya dengan kalium dan magnesium yang mana ia bertindak sebagai elektrolit dalam badan. 

2. Tembikai - buah yang kita tau tinggi kandungan air di dalamnya. 

3. Air kelapa - mengandungi kalsium, kalium, magnesium dan fosforus. 

4. Keledek - sayur yang mengandungi vitamin yang tinggi dan mineral yang bagus untuk fungsi otot. 

5. Yogurt Greek - produk tenusu yang tinggi nutrien dan bagus untuk tubuh kita. 

6. Air rebusan tulang - dapat membantu kita untuk kekal hidrat dan boleh bantu kurangkan masalah kejang otot.

7. Makanan yang ditapai - jeruk dan kimchi sebenarnya adalah makanan tinggi sodium yang bagus untuk mengurangkan masalah kejang. 

8. Salmon - kaya dengan zat besi dan mineral yang penting untuk penghasilan sel darah yang sihat. 

9. Minuman smoothies - kombinasi pelbagai buah dan sayur yang di blend boleh bantu badan mendapat fungsi yang optimum. 

10. Sardin - ikan kecil yang kaya dengan selenium. 

Moga bermanfaat. 

Kredit : Ruangan Sinar Aktif, SinarPlus. 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Dulu saat hamil, saya sering sangat kejang pada betis. Bangun tidur, menggeliat dikit, kejang langsung betis 😅. Tapi oleh dokter dikasih multi vit B.

    Kalo sekarang dah tak seberapa sering. Mungkin juga karena saya rutin minum kombucha, avocado dan Neurobion vitamin.

    ReplyDelete