Showing posts with label infotips kaki. Show all posts
Showing posts with label infotips kaki. Show all posts

05/12/2019

Betul ke pakai kasut tumit tinggi akan menjejaskan kesihatan?

Kasut tumit tinggi sering menjadi pelengkap gaya terutama bagi wanita berkerjaya. Melangkah diva dengan setiap langkahan yang menyakinkan sedikit sebanyak dapat membantu wanita tanpa lebih anggun dan berkarisma. 

Tahukah korang kerap memakai kasut tumit tinggi pun sebenarnya tak bagus untuk kesihatan. Bak kata orang putih, beauty is pain! Tapi, bagi cikla pulak, cikla bukanlah peminat kasut macam ni. Sebab tak reti pakai pun je. Tu sebab dalam koleksi banyak kasut flat dengan sandal je. Hihi. Tapi, mengapa pulak ia dikatakan boleh menjejaskan kesihatan? Haa, inilah yang cikla nak share dengan korang. 

Betul ke pakai kasut tumit tinggi akan menjejaskan kesihatan?
Betul ke pakai kasut tumit tinggi akan menjejaskan kesihatan?
Gambar dari carian Google.

Kalau korang nak tau, masa korang pakai kasut tumit tinggi badan korang akan try untuk menyimbangi tumit yang disebabkan oleh lenturan pinggul dan tulang belakang ke depan. Untuk kekalkan keseimbangan, betis pinggul dan otot belakang jadi menegang. Sudahnya, otot akan mengalami 'keletihan' dan ketegangan yang berlebihan. Apa yang menakutkan, lama lama otot betis akan jadi kejang dan bonjol (bulge). 

Selain itu, memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan tulang belakang lumbar yang mana ia berkaitan dengan bahagian bawah badan akan mengembang dan anjakan posterior (bahagian yang terletak dekat dengan bahagian belakang) kepala dan tulang belakang toraks. 

Jadinya, kasut tumit tinggi akan membuatkan korang bersandar ke hadapan dan badan tindak balas terhadapnya untuk kurangkan lengkung ke depan di belakang korang untuk bantu kekalkan kedudukan belakang. Ehh, faham ke tu? Hihihi. 

So, penyelarasan yang tak baik mungkin boleh sebabkan penggunaan otot yang terlalu banyak dan sakit belakang. Kesan pada bahagian postur badan korang pulak, kasut tumit tinggi akan meletakkan peningkatan tekanan pada bahagian depan kaki sebab korang terpaksa menyesuaikan seluruh badan untuk nak kekalkan keseimbangan. 

Part bawah badan korang bersandar ke depan, dan untuk nak bagi seimbang, part atas badan korang kena bersandar for make sure korang stable. Oh ye, penggunaan kasut tumit tinggi setiap hari selama beberapa tahun turut mempengaruhi anatomi korang. Maksudnya, perubahan anatomi badan korang turut berubah. 

Ini kerana, kasut tumit tinggi akan meletakkan tekanan yang tak wajar pada bahagian belakang dan lutut sebab berat badan beralih ke depan. Lepas tu, otot betis boleh memendek dan tendon boleh menebal. Kalau korang nak tau lagi, gelinciran satu vertebra kee depan akan kerap berlaku, nak nak pulak di kawasan lumbar di tulang belakang di mana berat badan korang tertumpu.

Betul ke pakai kasut tumit tinggi akan menjejaskan kesihatan?
Betul ke pakai kasut tumit tinggi akan menjejaskan kesihatan?
Gambar dari carian Google.

Korang pernah dengar tak istilah 'stenosis foraminal'?  Stenosis foraminal adalah keadaan di mana saraf tulang belakang yang berlaku bila keabnormalan anatomi halang atau mengurangkan ruang dalam satu atau lebih foramina. Jadinya, stenosis foraminal di bahagian bawah boleh sebabkan simptom kebas, sakit, sesemut, lemah otot dan kejang/krem  melalui punggung dan bawah kaki.

Hurmm, perkongsian kali ni lebih kepada penjelasan santifik tau. Untuk lebih clear, eloklah korang bertanya kepada yang pakar. Apa yang paling penting kita dah tau yang pakai kasut tumit tinggi memang boleh memudaratkan kesihatan.

Kredit info : Hello Doktor. 

23/11/2019

Nak tau petua hilangkan lenguh kaki? Meh baca ni.

Aduhh, lama betul dok tinggal blog kesayangan cikla ni. Apa nak buat, banyak benda nak kena settle. Bila malam pulak, badan dah letih penat semua, dapat bantal memang terus ku belayar di lautan tidak bertepianlah jawabnya. Hahaha. 

Ehh, siapa yang selalu kena masalah lenguh kaki. Iyelah, lagi-lagi korang yang terlampau aktif masa siang, haaa bila malam baru timbul semua lnguh sengal bagai. 

Kalau kena camtu kan, apa yang korang selalu buat nak bagi lega? Haaa, meh sini baca ni cikla nak share beberapa petua atau tips nak bagi lega kaki yang lenguh tu. 

Rendaman.

Caranya, sediakan semangkuk air, lepas tu tambahkan satu senduk garam biasa. Kalau dapat garam bukit lagi cantik. Kemudian, rendamkanlah kaki korang kat dalam air itu selama 15-20 minit.

Urutan.

Korang boleh start dengan memicit-micit ataupun mengurut-urut betis orang tu nak bagi darah area situ berjalan lancar. Masa picit picit ke, urut urut tu, korang gunalah losen ke, ataupn minyak urut sebab nak mudahkan urutan tu dilakukan.

Gerakan. 

Kalau korang rasa lenguh tu macam kebas kebas, korang buatlah gerakan seperti menekan-nekan dengan jari pada area yang sakit. Tahan selama 15-20 saat, lepas tu regangkan otot-otot kaki korang perlahan-lahan.

Tuaman. 

Kalau yang ni korang buat guna ais. Ais tu korang bungkuslah kat dalam plastik lepas tu bungkus lagi dengan tuala. Dah siap tu, baru tuam dekat bahagian sendi dan keliling lutut korang dalam 10-15 minit. Ehh, masa menuam tu nanti, korang letakkan kaki pada kedudukan yang lebih tinggi. Cubalah, memang selesa. 

Nak tau petua hilangkan lenguh kaki? Meh baca ni.
Nak tau petua hilangkan lenguh kaki? Meh baca ni.
Gambar dari carian Google.

Lumuran. 

Korang ambil halia muda dengan bawang putih, lepas tu kupas kulit keduanya. Dah siap kupas tu, tumbuk keduanya sampai lumat. Kalau boleh, biarkan sedikit berair. 

Lepas dah siap tumbuk tu, lumur pada bahagian kaki yang lenguh dan biarkan semalaman. Keesokan paginya, bersihkan kaki dan sapu dengan sedikit minyak zaitun.

Minuman. 

Campurkan madu dan jus lemon dalam cawan berisi air suam, atau satu sudu makan minyak ikan dengan segelas jus limau. Amalkan minum sebelum tidur.

Kedudukan kaki sebelum tidur. 

Pastikan kaki diletakkan pada kedudukan yang lebih tinggi daripada badan masa tidur. Caranya, just ambil bantal pastu letakkan di bawah betis. Kalau korang nak tau, cara ini boleh membantu melancarkan pengaliran darah dan menggelakkan ia berkumpul di bahagian kaki.

Selamat mencuba.

Kredit : Grup Telegram PetuadanKesihatan.

16/03/2018

8 tip mudah elak kaki melecet akibat memakai kasut.

Cikla memang kurang minat pakai kasut jenis sarung tu, salah satu sebabnya inilah. Kaki melecet. Memang agak menyeksakan bila berjalan dalam keadaan kaki yang melecet. Pedih ooo bila bergesel dengan permukaan dalam kasut tu, lebih-lebih lagi bahagian atas tumit. 

Cikla kadang-kadang pelik jugak bila tengok mereka yang pakai heels berjam-jam tu, tak melecet ke kaki mereka. Mesti ada petua yang mereka amalkan kan. Kalau tak, mau tak melecet tapak kaki lebih-lebih lagi kalau dipakai dalam tempoh masa yang lama.

Ada 8 tip mudah yang cikla nak share dengan korang macam mana nak elakkan  kaki melecet semasa memakai kasut. Jom semak sama-sama:

8 tip mudah elak kaki melecet akibat memakai kasut.

  1. Kalau kasut korang ketat, nak kasi regang kasut tu cuba korang gunakan ais. Insha'Allah kasut yang ketat yang korang nak pakai tu boleh muat. 
  2. Kalau kasut korang dari jenis bahan atau material keras di bahagian belakang, cuba korang gosokkan belakang kaki korang tu dengan bawang sebelum korang memakai kasut. Dengar macam kelakar kan, tapi korang cubalah dulu! 
  3. Kalau yang ni cikla pernah tengok orang buat, letakkan pita pelekat pada jari kaki ketiga dan keempat bersama-sama sebelum korang memakai kasut tumit tinggi. Korang boleh gunakan pita perubatan untuk melegakan tekanan pada saraf antara jari kaki ketiga dan keempat, so takdelah sakit kaki tu nanti. 
  4. Masa korang beli kasut, pastikan korang memilih tapak kasut yang sesuai, selesa dan serasi dengan bentuk tapak kaki korang. So, korang akan rasa lebih selesa terutama semasa melangkah. 
  5. Jangan ingat lilin penting untuk menerangi kegelapan je, malah ia juga bagus untuk mengelakkan kaki kita dari melecet. Caranya, gosokkan lilin di tepi kasut korang dan lilin tersebut akan melembutkan kulit korang yang melecet itu. 
  6. Korang kena pilih saiz kasut yang tepat dan sesuai dengan kaki korang demi keselesaan dan kesihatan kaki. 
  7. Sebaiknya, elakkan dari membeli kasut bertapak nipis sebab ia akan menyebabkan kaki korang tak mencengkam kasut dengan baik. So, pilih kasut bertapak tebal. 
  8. Kalau korang nak beli kasut tumit tinggi, beli pada waktu petang.

So, lepas ni kalau nak beli kasut kenalah fikir dulu kesesuaiannya dengan kaki kita. Jangan tengok cantik je, beli terus. Bila dah beli, masa nak pakai. Tak muatlah, kaki sakitlah, kaki melecetlah, macam-macam. 

Tapi, orang tua-tua cakap, kalau tak nak kaki melecet (kena gigit dengan kasut) sebab pakai kasut, kita 'gigit' kasut tu dulu sebelum kita pakai. Kasut barulah tapi, bersih lagi kan. Sejauh mana kebenaran itu, hanya Allah yang tahu.

Kredit : Harian Metro.

14/03/2017

Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi?

Cikla rasa hampir semua wanita suka pakai kasut tumit tinggi kan? Bagi cikla, susah nak pakai kasut tumit tinggi ni, walaupun wanita yang memakai kasut tumit tinggi ni akan nampak lebih feminim dan berkeyakinan. Tapi, tahukah korang memakai kasut tumit tinggi ni akan memberi kesan jangka masa panjang yang kurang baik terutama kepada postur badan dan kesihatan. 

So, bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi? Nah, inilah tipsnya yang cikla nak share. Rasanya sebelum ni, cikla ada share pasal kasut tumit tinggi di SINI. So, tips yang berikutnya ni kiranya macam add-on lah. 

Pertama, sebaiknya elakkan dari membeli kasut tumit tinggi secara atas talian (online), sebab adalah lebih baik kita mencuba dulu kasut tersebut sebelum membelinya. Bukan apa, kita kena tahu apakah saiz yang betul-betul match dengan kaki kita. 

Kalau korang nak tau, saiz kasut yang paling sesuai dengan kaki kita adalah yang muat bila disarungkan, tapi ia masih ada lagi ruang supaya jari kaki kita 'bergerak bebas' bila kita berjalan. 
Memakai kasut yang sempit akan menyebabkan kaki melecet dan lama-lama tulang jari kaki boleh berubah atau dikenali sebagai jemari hammer. Hujung kasut yang berbentuk bulat di depannya adalah lebih baik dari hujung kasut yang berbentuk tajam.

Ada yang beranggapan, memakai kasut yang bertapak tebal lebih baik dari memakai kasut bertumit tinggi. Sebenarnya tanggapan tu salah, sebab kasut bertapak tebal adalah tak fleksibel dan kita kena angkat kaki setingginya untuk mengelakkan dari tersadung. 

Di samping itu, kasut jenis ni lebih berat dan memakainya seperti meletakkan 'beban' di kaki. Apa yang disarankan adalah memilih kasut yang memberi posisi yang baik dan betul pada kaki. Posisi kasut tersebut mestilah selari dengan tapak kaki supaya lebih selesa. Sepatutnya, tumit kasut berada betul-betul di bawah tulang tumit. Kalau sebaliknya berlaku, seseorang akan mudah jatuh bila berjalan.

Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi?
Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai
kasut tumit tinggi? Sumber Google.

Kalau boleh, elak dari membeli kasut yang terlalu murah sebab mungkin ia diperbuat dari plastik yang akan menyebabkan kaki mudah berpeluh dan sakit terutama di bahagian tumit. Tapi, kalau kasut korang jenis 'keras' dan selalu menyebabkan kaki melecet, korang boleh letakkan 'pelapik' jenis fabrik suede di bahagian belakang kasut. 

Selain tu, korang boleh meletakkan kusyen tapak kaki yang ada gel pelembut di dalamnya supaya kesan hentakan pada tapak kaki dapat dikurangkan, lebih-lebih lagi kalau kasut korang tu bertapak nipis. Cikla tau, ada orang terpaksa memakai kasut tumit tinggi disebabkan oleh kerjaya yang memerlukan mereka berpenampilan begitu. 

Untuk 'menyegarkan' semula kaki korang yang sakit sebab memakai kasut tumit tinggi tu dalam tempoh yang lama korang boleh cuba petua ni. Just rendam kaki korang dalam air sejuk yang dipenuhi ais untuk memberi kelegaan pada kaki dan mengurangkan rasa sakit itu. Selain itu, sebelum tidur pulak korang sapukan kaki korang dengan krim kaki sebab ia boleh melembutkan kulit kaki dan mencegah dari melecet serta pecah.

Sayangi kaki kita ketat-ketat.

Sumber Metro!

06/02/2017

Peminat kasut tumit tinggi kena baca ni...

Siapa peminat kasut tumit tinggi angkat tangan. Cikla takdelah minat sangat, sebab memang takde pun koleksi kasut bertumit macam ni dalam simpanan. Paling tinggi pun wedges la. Lagi up dari tu tak boleh kot. Mau terpelecok kang jap lagi. Haha. Honestly, memang cikla tak reti nak menggayakan kasut fesyen macam ni.

Sebenarnya, cikla nak share beberapa tips untuk si peminat kasut tumit tinggi supaya kasut tumit tinggi yang dipakai itu selesa dan tak menyakitkan kaki. Barulah berkeyakinan masa melangkah nanti. Lagipun, sharing is caring lah katakan. Hihi. Jom baca apakah tipnya.

Peminat kasut tumit tinggi kena baca ni...
Peminat kasut tumit tinggi kena baca ni... Sumber Google.

  1. Kalau korang nak tau, kasut tumit tinggi ni memang banyak ketinggian dan ketebalannya yang tersendiri. So, korang kena pandai pilih mana yang sesuai dengan korang. Kalau nak sangat pakai, tapi tak biasa better pilih kasut jenis wedges je. Selamat sikit. Kang tak pasal-pasal terpelecok nanti.
  2. Lepas korang balik ke rumah selepas memakai kasut tumit tinggi, korang rehatkanlah kaki korang. Urut-urutlah sikit kaki korang tu. Bagilah kaki korang tu 'bernafas' sikit. Lagipun, ia boleh kurangkan kulit kaki kita dari melecet. 
  3. Nak berjalan ketika memakai kasut tumit tinggi ni ada caranya tau. Elakkan melangkah dan meletakkan tumit serta jari kaki korang di atas tanah serentak. Korang just berjalan macam korang pakai kasut tapak flat. Apa yang disyorkan adalah meletakkan tumit dulu, kemudian baru jari kaki. Ok semua. *apa lagi, pergi practice cepat, hehe.
  4. Orang cakap, kualiti yang baik itulah yang elok. Tapi, biarlah dengan harga berpatutan. Elak beli kasut tumit tinggi yang dibuat dari plastik sebab ia boleh menyebabkan kaki melecet, bengkak dan berpeluh.

Lepas ni bolehlah korang pilih kasut tumit tinggi yang sesuai untuk korang. Apa yang penting, pastikan kasut tu selesa dan tak menyakitkan kaki korang masa korang catwalk nanti. Berkasut tumit tinggi memang cantik sebab setiap langkah itu nampak menyakinkan. Tapi, kita lupa di sebalik yang 'cantik' itu akan mengundang kemudaratan. Huhu.

Sumber Ruangan Pentas Fesyen, SINAR.

06/04/2016

Tumit kaki pecah tiada lagi...

Sesetengah orang memang ada alami tumit pecah. Kalau dah teruk sangat pecahnya, memang sakitlah bila nak memijak. Lagipun, tumit pecah jugak boleh 'mencacatkan' penampilan. Betul? Tapi, sekarang tak payah risau lagi. Ni cikla nak share petua senang macam mana nak rawat tumit kaki pecah. Jom baca.

Tumit kaki pecah tiada lagi...
Tumit kaki pecah tiada lagi... Gambar sumber Google.

Caranya adalah ambil sebiji timun dan hiris bahagian hujungnya. Kemudian, gosok getah timun yang keluar tu pada tumit kaki awak yang pecah tu. Buatlah sekerap mungkin, inshaAllah tumit kaki akan beransur elok malah kulit akan jadi halus.

Sumber : Ruangan Aneka Petua.

28/01/2016

Alamak tumit pecah!

Dah lama cikla tak share petua kan. So, cikla nak share dua petua macam mana nak hilangkan tumit pecah. Selalunya mak-mak kita yang selalu alami tumit pecah ni. Kalau tumit dah pecah, aiyokk sudah tidak cantik masa. Sedih kan dah tak secantik masa zaman anak dara dulu. Dah dah, jom kita tengok apa petuanya tu.

Alamak tumit pecah!
Alamak tumit pecah! Kredit Google.

Petua pertama untuk merawat tumit kaki pecah.

Potong betik muda di bahagian kepala untuk mendapatkan getahnya. Ambil getah betik tu, kemudian sapukan pada tumit yang pecah tu. Amalkan selalu. InshaAllah, tumit pecah itu akan sembuh.

Petua kedua untuk merawat tumit kaki pecah.

Ambil buah belimbing buluh dan gosok pada tumit yang pecah. Kemudian, bilas sampai bersih. Kalau nak tau, belimbing buluh boleh bertindak sebagai skrub yang berkesan. Cubalah.

Sumber dari ruangan Aneka petua (majalah wanita).