Petua mencuci hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.

By Cikla Shahril - September 27, 2023

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa. Ini adalah salah satu
kaedah yang sangat berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya, Allaah jadikan hatiku bersih.”
 
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW paling minima 100 X sebelum
tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
 
3. Solat taubat. Selain dari memohon keampunan, ia dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
 
4. Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati dan menenangkan jiwa, ayat Al-Quran adalah penyembuh, penenang dan terapi. Bacalah sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
 
5. Bermaaf-maaafan sesama kawan setiap hari. Masa minta maaf perlu sebutkan.
 
6. Bisik pada diri perkara yang positif. Jangan sesekali kritik, kutuk dan  merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan, “Aku sebenarnya……"(sebut perkara yang elok-elok je.)
 
7. Program minda atau cuci minda. Paling baik lakuan pada waktu malam sebelum tidur, senyum dan pejam mata, pastu katakan di dalam hati,

“Ya, Allaah, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif...” Kalai korang nak tau, menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sampailan keesokan harinya. Cubalah! 
 
8. Berpuasa, sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
 
9. Cuba ingat tentang mati (sekiranya hendak buat sesuatu kejahatan. Tak sampai hati sebab bimbang akan mati bila-bila masa).
 
10. Kekalkan wuduk.
 
11. Bersedekah.
 
12. Belanja orang makan.
 
13. Jaga makanan. Jangan makan makanan yang subhat.
 
14. Berkawan dengan ulama.
 
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
 
16. Pesan pada orang, jadi baik.
 
17. Menjaga pacaindera seperti mata, telinga, mulut dan sebagainya. Jangan dengar orang mengumpat.

Moga bermanfaat. 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments