Mudahnya nak jaga kesihatan kuku dan tangan. Ikut tip ini.

By Cikla Shahril - June 27, 2020

Selain dari kepentingan menjaga kesihatan serta kecantikan wajah dan diri, kesihatan kuku dan tangan juga tak kurang pentingnya untuk diberi perhatian khusus. 

Sebab bagi cikla, kuku dan tangan adalah bahagian yang boleh dilihat. Kalau kita tak menjaganya dengan baik, apa pulak tanggapan orang sekeliling yang melihat kan?

Mudahnya nak jaga kesihatan kuku dan tangan. Ikut tip ini.
Mudahnya nak jaga kesihatan kuku dan tangan. Ikut tip ini. Gambar kredit Google. 

(1) Pastikan tangan dan kuku sentiasa lembap. 

  • Gunakan pelembap sebelum tidur.
  • Urut tangan semasa memakai pelembap.

(2) Rest time untuk kuku iaitu bebas dari pemakaian gel merias kuku yang berlebihan. 

  • Penggunaan kerap gel merias kuku boleh merosakkan kuku.
  • Gel merias kuku boleh bertahan sehingga seminggu berbanding dengan pengilat kuku biasa yang mana ia boleh dikeringkan dengan cepat walaupun di bawah lampu LED.
  • Proses penyingkiran gel  merias kuku adalah melalui proses rendaman kuku dalam larutan aseton kira-kira 10 minit. Walaubagaimanapun, proses yang dilakukan terlalu kerap boleh merosakkan kuku.
  • Selepas merendam kuku dalam larutan aseton untuk melembutkan gel, kikis kuku untuk menanggalkan gel tersebut. Tapi, ia akan mendedahkan kuku kepada risiko rapuh dan nampak kering kalau dilakukan terlalu kerap.

(3) Selalu memotong kuku.

  • Potong kuku setiap 2 minggu sekali, terutama mereka yang mempunyai masalah kuku pecah dan rosak. 
  • Korang disarankan memotong kuku dengan mengikut bentuk kuku yang bulat berbanding bersegi sebab bentuk kuku yang bulat lebih mudah diuruskan sekaligus beri kekuatan kepada struktur kuku daripada rosak dan pecah.

Mudahnya nak jaga kesihatan kuku dan tangan. Ikut tip ini.
Mudahnya nak jaga kesihatan kuku dan tangan. Ikut tip ini. Gambar kredit Google.

(4) Elak dari menjadikan kuku sebagai 'alat'.

  • Ada orang suka menjadikan kuku sebagai alat, contohnya untuk membuka penutup minuman dalam tin ataupun menanggalkan tanda harga pada produk yang dibeli. 
  • Perbuatan ni akan menyebabkan banyak tekanan diletakkan pada bahagian yang lemah terutama pada hujung kuku dan ini akan menyebabkannya pecah.

(5) Ubah gaya hidup yang kurang baik dan amalkan diet sihat serta seimbang termasuklah mengambil makanan kaya protein dan kalsium untuk kesihatan kuku korang. 

Kredit info : Ruangan Klassifields, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments