Tip penjagaan kesihatan mata.

By Cikla Shahril - January 10, 2024

Rasanya semua tahu yang mata adalah organ terpenting yang Allah bagi kat kita. Jadi, kita mestilah berusaha menjaga anugerah yang berharga ni. 

Tip penjagaan kesihatan mata.
Tip penjagaan kesihatan mata. Kredit Google. 

Ada beberapa tip menjaga kesihatan mata yang mudah yang korang boleh praktik dan amalkan. Apa yang penting tip ni mudah dan ringkas. 

A) Ketika membaca

1. Bila membaca, pastikan korang membaca pada jarak antara 30 hingga 40 cm dari buku ke mata. Bukan apa, jarak yang terlalu dekat akan menyebabkan otot-otot mata korang menegang untuk memfokus. So, situasi ni boleh bagi kesan  sakit kepala.

2. Bila korang membaca, pastikan posisi badan korang sentiasa tegak. Jangan membaca sambil baring, sebab otot-otot mata terpaksa bekerja lebih untuk menfokus pada bahan bacaan. So, mata akan menjadi cepat letih dan tak dapat bertahan lama untuk membaca.

3. Membaca ketika berada di dalam kenderaan bergerak serta keadaan jalan yang bengkang-bengkok dan berbonggol boleh menyebabkan sakit kepala dan mabuk. Hal ini kerana keupayaan mata untuk memfokus menjadi tak stabil ketika membaca.

B) Pencahayaan.

- Cahaya yang mencukupi amat penting ketika membaca. Pastikan pencahayaan yang digunakan tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika membaca kerana akan mengganggu keselesaan dan kesihatan mata.

C) Makanan untuk mata.

- Pastikan makanan seharian yang korang ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama lobak dan brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya. Lobak dan tomato telah lama diiktiraf sebagai makanan yang baik untuk mata kerana sumber Vitamin A adalah sangat tinggi.

D) Amalan senaman untuk mata.

1. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan korang, kemudian beransur-ansur melihat pula objek yang lebih jauh, sejauh yang mungkin. Selepas itu lihat semula objek yang berdekatan korang. Ulangi proses ini beberapa kali.

2. Gerakkan mata korangy ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah. Ulangi proses ini beberapa kali.

3. Setelah 1 hingga 2 jam berada di hadapan komputer, berhenti sekejap, lihat objek berwarna hijau di luar rumah atau pejabat anda, seperti pokok dan sebagainya. Warna hijau akan dapat menenangkan dan merehatkan mata anda.

E) Pengguna komputer.

1. Penggunaan komputer dengan cara betul dapat menjamin kesihatan mata yang baik. Beberapa panduan disediakan bagi pengguna komputer iaitu :

- Kedudukan skrin komputer - Pastikan kedudukan komputer sama paras dengan mata dalam keadaan horizontal dan 30 cm dari mata.

- Pencahayaan yang bersesuaian - Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer berlaku apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Pastikan pencahayaan di sekeliling komputer separuh lebih malap daripada cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat. Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang bersesuaian.

- Kurangkan silau - Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.

- Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang mempunyai penapis cahaya.

- Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta korang mempunyai ‘Anti-Reflection Coating’ (Multicoating) untuk meminimakan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stres pada mata.

- Kelipkan mata dengan kerap.

- Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata menyejat dan mengakibatkan mata tak mempunyai lapisan perlindungan. Fenomena ini disebut mata kering (Dry Eye).

- Jika perlu, gunakan ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini boleh menjadi semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.

- Rehatkan pandangan - Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkan otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stres pada bebola mata korang.

F) Gunakan cermin mata keselamatan (safety eyewear).

- Sekiranya pekerjaan korang terdedah kepada bahaya dan kecederaan pada mata seperti menggerudi, memesin rumput dan sebagainya, pastikan korang memakai cermin mata keselamatan (safety glasses atau protective goggles) bagi melindungi mata daripada bahaya dan kecederaan.

- Memakai cermin mata keselamatan ketika memotong rumput menggunakan mesin pemotong rumput

G) Memakai cermin mata hitam (sunglasses).

- Cermin mata hitam (sunglasses) ialah cermin mata yang memberikan perlindungan sinaran Ultra Violet (UV) daripada cahaya matahari. Pastikan korang mendapatkan nasihat daripada optometris ketika memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan korang. 

- Cermin mata hitam yang baik adalah yang dapat menapis dan memberi perlindungan sebanyak 99-100% UVA dan UVB daripada cahaya matahari. Sinaran UV boleh sebabkan katarak.

- Cermin mata hitam dipakai bagi mengelakkan sinaran matahari memasuki mata.

H) Pemeriksaan mata berkala.

- Dapatkan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun untuk pastikan tahap penglihatan dan kesihatan mata korang sentiasa berada dalam keadaan baik.

- Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika korang mempunyai masalah berikut :

  • Mata merah.
  • Kesakitan yang teruk pada mata.
  • Penglihatan kabur.
  • Benda asing di dalam mata.
  • Kecederaan pada mata.

Moga bermanfaat. 

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Terima kasih kongsi tips. Boleh diamalkan ni.

    ReplyDelete
  2. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah. thanks menjemput. moga berjalan lancar giveawaynya

      Delete
  3. saya, selagi boleh dlm keadaan gelap elak gunakan hp. kita pun tahu cahaya hp sgt x bgs utk mata kita...

    ReplyDelete