7 benda mengundang bahaya jika ditinggalkan dalam kereta.

By Cikla Shahril - January 31, 2024

Bak kata pepatah orang tua-tua, malang memang tak berbau. Betul, kadang kita dah beringat dah tapi kalau dah nak kena camne nak buat kan? Ehh, janganlah kata camtu. Paling tak pun kita dan berusaha untuk mengelakkan bahaya, betul tak? Moga Allah menjauhikan kita dari musibah. Aamiin. 

So, marilah kita baca perkongsian ni sebagai panduan dan peringatan untuk kita. Ingat sebelum kena gitu. Yang terakhir sekali tu paling penting!

7 benda mengundang bahaya jika ditinggalkan dalam kereta.
7 benda mengundang bahaya jika ditinggalkan dalam kereta. Kredit Google.

1. Makanan dan minuman.

Bungkusan dan pek makanan yang tak tahan panas dan terik cahaya matahari. Kalau korang nak tau, suhu kat dalam kereta boleh mencapai sehingga 70°C kalau kenderaan tu  diletak di kawasan terik. Ada pek yang mungkin terurai pada suhu ini dan bahan kimianya akan mencemari makanan dan minuman. Elakkan memakan makanan dan minuman yang terbiar di dalam kereta walaupun pek bungkusannya belum dibuka.

2. Ubat-ubatan.

Kebanyakan ubat perlu disimpan pada suhu 25°C atau lebih rendah. Malah ada yang perlu disimpan pada suhu di bawah 8°C iaitu di dalam peti sejuk. Jika melebihi suhu berkenaan, masa ia akan rosak. Ada juga ubat perlu disimpan dalam tempat yang gelap kerana ia akan rosak jika terkena cahaya matahari. Makan ubat-ubatan yang telah rosak boleh menjejaskan kesihatan.

3. Gajet berbateri.

Apa sahaja gajet yang menggunakan bateri lithium ion seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet atau peranti penyimpan tenaga seperti powerbank, berisiko meledak kalau ditinggalkan kat dalam kereta yang panas. Ledakan bateri berkenaan boleh menyebabkan kebakaran berlaku dalam kereta korang. Selain risiko meledak dan terbakar, gajet yang ditinggalkan kat dalam kereta sering menjadi sasaran pencuri.

4. Tin aerosol spray.

Tin aerosol/spray seperti spray dandanan rambut, spray racun serangga, spray pewangi dan ubat inhaler mengandungi udara yang dimampatkan di dalamnya dan ia mempunyai tekanan yang tinggi. Bila ditinggalkan kat dalam kereta yang panas, molekul udara dalam tin akan mengembang, lalu meningkatkan lagi tekanan di dalamnya. Hal itu boleh menyebabkan tin berkenaan meletup.

5. Ubat gegat dan racun.

Apa jua bahan beracun tak digalakkan untuk ditinggalkan kat dalam kereta, terutamanya yang mudah meruap seperti ubat gegat, racun rumpai dan sebagainya. Bila panas, bahan-bahan ini lebih cepat meruap. Korang yang masuk ke dalam kereta, korang akan menghidu udara yang dicemari racun yang telah meruap tadi. Hal ini boleh menjejaskan kesihatan tanpa disedari.

6. Pemetik api.

Biasanya perokok mempunyai lebih daripada satu pemetik api dan lazimnya ada satu disimpan kat dalam kereta. Pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas!

7. Petrol simpanan.

Ada juga pemandu yang menyimpan simpanan petrol kat dalam kereta. Mungkin ia tak akan terbakar tiba-tiba, tapi dalam situasi kemalangan, petrol boleh tumpah pada pemandu dan penumpang.

Moga bermanfaat.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

  • Share:

You Might Also Like

13 Comments

  1. letak daun pandan dlm kete boleh kann., hehe

    ReplyDelete
  2. kan.. sangat bahaya.. tp kadang2 ada juge tertinggal sebab x tersengaja.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. No. 8) budak atau bayi. Kenapalah sampai sekarang perkara ni masih berlaku? boleh menyebabkan kematian bila dibiarkan dan anda boleh didakwa kerana cuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Hairan jugak tak kan boleh terlupa anak dlm kereta. Allahu.

      Delete
  4. Tk perkongsiannya
    Semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  5. selalu kes tertinggal powerbank dlm kereta & kereta meletup.. moga dijauhkan lah semua tu aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan. Malang tak berbau. Cikla pun kurang gemar guna powerbank

      Delete
  6. terima kasih untuk perkongsian ini.

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing kak 👍👍. Paling sering tertinggal minuman di mobil. Saya biasanya tak nak minum lagi kalo memang dah tergeletak lebih dari 1 hari dan kena panas pula.

    ReplyDelete