Book Review : Novel Thriller Rahsia Perindu wajib ada dalam koleksi buku korang.

By Cikla Shahril - January 19, 2024

Finally, habis jugak baca novel ni. Cikla ambil masa agak lama gak nak khatam novel ni. Maklumlah, baru nak khusyuk baca anak ni jerit nak itu. Baru selak muka surat sehelai, anak tu pulak nak ini. Haisshhh, stress mak nak. Haha. 

Berbalik kepada novel Rahsia Perindu ni, jalan cerita memang sangat menarik. Kisah yang penuh debaran yang menggelisahkan gitu. Saspen pun ada. Huhu. Watak Amylia, Maria dan Leopard rupanya orang sama. Dan, watak-watak lain yang menjadi penguat cerita. Harris, Dr. Azlan, Liza, Inspektor Ezam, Junaidah, Tuan Yahya, Rashdan, Puan Rohana, Hayati dan Jefry.

Jom cikla nak share sikit sinopsis novel ni. 

Book Review :  Novel Thriller Rahsia Perindu wajib ada dalam koleksi buku korang.
Book Review :  Novel Thriller Rahsia Perindu wajib ada dalam koleksi buku korang. 

Tajuk novel : Rahsia Perindu
Penulis : Ramlee Awang Murshid.
Genre :  Thriller.
Bilangan halaman : 565 muka surat. 
Terbitan : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. 

Sinopsis:

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang berkemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah diteliti mental anak guamnya, Amylia mendapati sesuatu yang tak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanlisis. 

Dr. Azlan mendapati anak guam Amylia, Leopard mengalami gangguan mental dan pada masa yang sama usahanya untuk membela Leopard telah mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. 

Perjuangan tetap diteruskan jugak. Namun, oleh kerana tak tahan menanggung dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan, bila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah. 

Book Review :  Novel Thriller Rahsia Perindu wajib ada dalam koleksi buku korang.
Book Review :  Novel Thriller Rahsia Perindu wajib ada dalam koleksi buku korang. 

So kalau korang nak tau apa yang berlaku selanjutnya kenalah dapatkan novel ni. Ending dia memang tak sangka. Pendek kata, banyak sangkaan cikla meleset sama sekali dari awal pembacaan. Last last, haaa dia ni rupanya. Memang gak disangka-sangka. Apapun memang best novel ni. Senang cerita, macam-macam kisahlah digabungkan termasuklah kisah cinta suami isteri, Harris dan Maria yang meruntun kalbu, kesetiaan, dendam cinta tak berbalas, konflik dan keluarga.  

My ratings ; 4.9/5 

Okeylah, tu je nak share

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments