Cara kiraan sepertiga malam.

By Cikla Shahril - January 29, 2024

Malam bermaksud apabila masuknya waktu maghrib, maka itulah malam. Bermulanya malam apabila masuknya waktu Maghrib. Penghujung malam pula apabila masuknya waktu subuh, itulah penghujung malam. Kiraan 1/3 malam ni penting kerana, untuk mengetahui bilakah waktu yang tepat masuknya 1/3 malam terakhir.

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah yang bermaksudnya: "Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1145) dalam Sahih-nya)

Allah berfirman dalam Surah Al-Muzammil ayat 1-4 yang bermaksud:
 
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan 'tartil'."

Firman Allah dalam Surah Azzariyat ayat 18 bermaksud:

"Sesungguhnya mereka(iaitu mereka yang di dalam syurga)sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik.Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan."

Dan banyak lagi keterangan tentang ibadah di penghujung malam ini sama ada di dalam Al-Quran mahupun Hadis. Lihat satu hadis Rasulullah SAW bersabda iaitu kaedah solat Nabi Daud AS yang paling disukai Allah SWT.

Dari Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash, Rasulullah SAW bersabda;

"Puasa yang paling disukai disisi Allah adalah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Beliau biasa tidur dipertengahan malam dan bangun pada sepertiga malam terakhir dan beliau tidur lagi pada seperenam malam terakhir. Sedangkan beliau biasa berpuasa sehari dan buka sehari."

Gambarannya, Nabi Daud Alaihissalam tidur dipertengahan malam yakni sekitar pukul 12 Malam. Kemudian bangun semula pada sekitar pukul 3 dan beribadat. Kemudian tidur semula sekejap di penghujung 1/6 malam. Sekitar 4.30.  Wallahualam.

Ini adalah kaedah yang menggambarkan cara beribadah malam yang disukai Allah SWT. Bagaimanapun Rasulullah SAW menyarankan agar tidur lebih awal iaitu usai selesainya solat fardu Isyak melainkan ada keperluan lain seperti solat, musafir, majlis ilmu atau keperluan sebagai pemimpin seperti mana Nabi Daud.

Baginda Daud AS adalah seorang raja kepada umatnya. Sudah tentu banyak keperluan yang perlu sebagai seorang raja untuk diselesaikan sebelum baginda mempunyai masa untuk beradu.

Dalam gambar adalah contoh kiraan malam yang dibahagi kepada 3 bahagian. Bagaimana pun waktunya berubah-ubah seiring dengan waktunya Maghrib dan masuknya waktu Subuh. Ini kerana ia adalah di antara waktu yang mustajab untuk berdoa dan beribadah.


Cara kiraan sepertiga malam.
Cara kiraan sepertiga malam. 

Moga bermanfaat. 

Kredit to Owner. 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian cik La..azam tahun nie nak memperbanyakkan solat malam...semoga kuat..aamin

    ReplyDelete