Betul ke tak bacaan doa iftitah yang selama ini kita baca dalam solat tu?

By Cikla Shahril - January 31, 2024

Jangan kerana kita dah hafal sejak usia kanak-kanak lagi, kita tak mahu semak dah bacaan kita. Betul atau tak. Ada 4 kesalahan yang kerap berlaku. (Rujuk Doa dalam gambar)

Betul ke tak bacaan doa iftitah yang selama ini kita baca dalam solat tu?
Doa Iftitah.

1. Huruf  ر pada kalimah اكبر mestilah dibaca dengan baris hadapan ( 'Allahu Akbaru Kabiroo'.) Jangan dimatikan huruf ر tersebut  (Allahu Akbar Kabiroo).

2. Rata-rata ada yang tidak memberhentikan bacaan pada kalimah ini ( مُسْلِمًا ) dan membaca (muslimaa) dan terus sambung bacaan ( وَ مَا ). Sebutan (Muslimaa) adalah sebutan jika kita berhentikan bacaan. Jika ingin sambung bacaan, sebutannya (Musliman) atau (Muslimau wa maa ).

3. Ini antara paling kerap berlaku kesilapan menyebutnya. Kalimah مَحْيَايَ. Sebutan yang betul - Mahyaaya. Tetapi ramai menyebut - Maa yaa yaa  ( مَا يَا يَا ).

4. Ini juga antara paling kerap berlaku. Kalimah ini bertukar tempat. Ada yang membacanya terbalik, sepatutnya baca Musyrikin, tetapi membaca Muslimin. Begitulah sebaliknya. Jelas ia memberi perubahan makna yang sangat besar dan bahaya.

وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ 
"Dan aku bukan dari kalangan orang Musyrikin (Orang yang mensyirikkan Allah)

Jika diubah 
وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Makna ayat akan berubah 

"Dan aku bukan dari kalangan orang Islam"

Waallahu'alam.

Kredit to Owner

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Terima kasih untuk perkongsian ini. Boleh semak semula bacaan kita.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian cikLa

    ReplyDelete