'santai tapi sampai'

Kehidupan selalu buat kita rasa terbeban dengan macam-macam masalah dan cabaran yang datang silih berganti. Kita mungkin akan  menyalahkan k...

Menghargai perhatian Allah di setiap saat.

Kehidupan selalu buat kita rasa terbeban dengan macam-macam masalah dan cabaran yang datang silih berganti. Kita mungkin akan menyalahkan keadaan, orang di sekeliling kita atau bahkan takdir atas apa yang menimpa kita. Rasa kecewa dan tak puas hati ada kalanya buat kita lupa akan satu hakikat yang penting bahawa Allah sentiasa memahami setiap perasaan dan keadaan yang kita alami.

Lumrah, bila kita rasa gelisah, kita akan mudah untuk terjerumus dalam kancah keluhan yang tak berpenghujung. "Kenapa ini terjadi kepada aku?" "Kenapa orang lain tak memahami aku?

Soalan-soalan ini akan selalu muncul di benak fikiran. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa dalam setiap kesusahan dan ujian itu, Allah tak pernahtinggalkan kita? Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan setiap detik kehidupan kita adalah dalam perancanganNya yang sangst sempurna.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 286, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Maksudnya, apa je cabaran yang kita hadapi adalah sesuatu yang mampu kita hadap dengan izinNya. Ujian itu mungkin berat, tapi ia juga chance untuk kita dekatkan diri kepada Allah dan memohon pertolongan daripadaNya. 

Menghargai perhatian Allah di setiap saat.

Hakikatnya, pilihan tetap di tangan kita. Mahu terus-menerus mengeluh dan menyalahkan takdir atau mengambil kesempatan untuk bersyukur atas perhatian Allah yang sentiasa ada? Dalam setiap kesusahan, ada rahmat tersembunyi yang mungkin kita tak nampak pada awalnya. Dengan bersyukur, hati kita akan menjadi lebih tenang dan kita akan lebih mampu melihat kebaikan di sebalik setiap dugaan.

Jadi, stop mengeluh. Renungkan betapa besarnya kasih sayang Allah yang tak pernah meninggalkan kita walau sesaat pun. Dalam gembira, kita bersyukur. Dalam kesedihan, kita juga bersyukur sebab kita tahu bahawa Allah Maha Tahu dan Dia sentiasa ada untuk kita. 

Pilihlah untuk bersyukur dan terima setiap takdir dengan hati yang lapang, yakin bahawa Allah lebih memahami dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Wallahualam. 

0 comments: