Sebenarnya penting sangat untuk kita bersikap rendah hati dan tak sombong dalam menilai diri sendiri pastu jangan cepat menghakimi orang lain. Kita tak boleh tengok setiap salah atau keburukan orang lain itu dengan pandangan yang terlalu kritikal sampai kita rasa pasti dorang akan dihukum ataupun terima balasan yang buruk.
Biasalah kan, lumrahnya dunia, semua orang mesti ada side kelemahan dan kesilapan mereka sendiri. Kita pun camtu jugak. Hanya Allah yang berhak nilai dan hukum. Tugas kita sebagai manusia adalah untuk memahami, memaafkan dan bagi peluang untuk dorang perbaiki diri.
Begitu jugak bila kita suka menilai yang setiap kebaikan yang kita buat tu confirm kita masuk syurga. Kurang bagus sebenarnya sebab benda ni boleh buat kita jadi riak atau sombong dengan kebaikan yang kita buat.
Kebaikan yang kita buat tak sepatutnya membuat kita rasa yakin bahawa kita pasti akan mendapat ganjaran syurga. Buat baik perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk atau rasa lebih baik daripada orang lain. Biar Allah je yang menilai keikhlasan dan kesucian niat di hati kita.
Moga kita semua selalu bersikap rendah hati, tak cepat menghakimi orang lain dan ikhlas dalam berbuat kebaikan. Ingatlah, hanya Allah yang berhak menentukan nasib seseorang, sama ada ke syurga atau ke neraka.
Waallahualam.
0 comments: