Allah menunjukkan kasih sayangNya kepada kita melalui pelbagai cara seperti memberi kita rezeki dan kesihatan yang baik, keluarga yang sayangkan kita serta nikmat-nikmat yang lain. Inilah tanda-tanda kasih sayangNya yang tak ternilai.
Dalam hidup kita, Allah uji kita dengan pelbagai ujian dan cabaran. Itu lumrah. Dia uji kita bukan sebab Dia tak sayang kita, tapi sebaliknya ujian-ujian tu semua adalah sebahagian daripada rahmat dan kasih sayangNya jua.
Allah uji kita untuk menguatkan iman kita, meningkatkan kepercayaan kita kepadaNya dan mengajar kita menghargai nikmatNya yang lain. Walaupun ujian dan sakit mungkin ni sukar, namun ia adalah tanda kasih sayang Allah yang mengajar dan menguji kita untuk menjadi lebih baik. InshaAllah.
0 comments: