Kisah Nabi Syith.

By Cikla Shahril - December 30, 2023

Kisah Nabi Syith a.s memang takde dalam Al-Quran, namun kisah tentang Nabi Syith ini dapat ditemui dalam riwayat-riwayat ulama. Nabi Syith a.s adalah anak kepada Nabi Adam a.s yang memiliki kecerdasan dan penguasaan ilmu serta memiliki kebijaksanaan yang sangat luar biasa.

Nabi Syith a.s merupakan hadiah dari Allah kepada Nabi Adam a.s selepas wafatnya anak Nabi Adam a.s yang bernama Habil dalam peristiwa Habil dan Qabil. Nama Syith itu sendiri bermaksud hadiah yang diberi nama oleh Nabi Adam a.s bermaksud hadiah.

Nabi Syith a.s ditunjuk oleh Nabi Adam a.s   sebagai penerusnya untuk memimpin umat manusia agar selalu taat dan patuh serta selalu beriman kepada Allah SWT. Sebagai seorang nabi, Syith a.s menerima perintah-perintah dari Allah SWT yang tertulis dalam 50 suhuf/sahifah. Nabi Syith a.s menjadi nabi yang menerima suhuf terbanyak.

Diriwayatkan dari Abu Dzar Al-Ghifari, dari Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya Allah menurunkan seratus empat puluh shahifah, dan kepada Syith sebanyak 50 shahifah.” [Tarikh Ath-Thabari 1/152]


Pesan Nabi Adam a.s kepada Nabi Syith a.s.

Sebelum Nabi Adam a.s wafat, baginda sempat menderita sakit beberapa hari. Pada saat itu, Nabi Adam a.s menunjuk anaknya, Syith, untuk meneruskan kepemimpinannya untuk memimpin umat manusia. Selain itu, Nabi Adam a.s juga memberikan lima pesan kepada Nabi Syith a.s (lihat Kitab Mukasyafatul Qulub, Hal. 87).

Baginda menyuruh agar wasiat ini juga disampaikan pada cucu-cucunya kelak. Ada pun kelima wasiat tersebut adalah sebagai berikut:

1. Jangan pernah merasa aman hidup di dunia kerana aku yang pernah hidup di syurga dengan tenang pun, dikeluarkan daripadanya.

2. Jangan selalu ikuti kemahuan isteri kalian. Kerana sebab mengikuti kemahuan isteriku dan memakan “buah khuldi”, aku dihinggapi penyesalan.

3. Sebelum bertindak, fikirkanlah akibat yang akan ditimbulkan. Andaikata aku berfikir akibat kelakuanku, maka pastinya aku tidak akan ditimpa musibah ini (dikeluarkan dari syurga).

4. Ketika hati kalian amat cinta pada sesuatu (yang negatif), maka jauhilah. Kerana ketika aku makan “buah khuldi”, hatiku memaksa untuk memakannya. Aku tidak mengabaikannya sehingga menyesal setelahnya.

5. Bermusyawarahlah dalam menentukan suatu perkara. Kerana aku dulu tidak bermusyawarah terlebih dahulu dengan para malaikat sehingga aku ditimpa penyesalan.

Wasiat dari Nabi Adam a.s itu selain menjadi nasihat bagi Nabi Syith a.s, tentu juga menjadi nasihat untuk kita semua agar mengamalkan nasihat-nasihat tersebut.

Perang pertama di dunia.

Nabi Syith a.s telah diwasiatkan untuk memerangi saudaranya, Qabil. Baginda pergi untuk memerangi Qabil dan akhirnya perang itu pun berkecamuk. Itulah perang pertama yang terjadi antara anak-anak Adam di muka bumi. Dalam peperangan itu, Nabi Syith a.s memperoleh kemenangan dan baginda berjaya menawan Qabil.

Qabil sebagai tawanan berkata, “Wahai Syith, jagalah persaudaraan di antara kita.” Syith berkata, “Mengapa engkau sendiri tidak menjaganya? Engkau telah membunuh saudaramu, Habil.” Kemudian Qabil ditawan oleh Syith. Kedua tangannya dibelenggu di atas tengkuknya, dan dia ditahan di tempat yang panas sampai meninggal dunia.

Begitulah sedikit kisah Nabi Syith a.s untuk pengetahuan kita bersama.

Moga bermanfaat. 

Kredit to Owner. 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Alhamdulillah... Bertambah ilmu hr nie.. Tenkiu cik la

    ReplyDelete