Cara mudah nak buat solat Tahajjud.

By Cikla Shahril - December 02, 2023

Solat tahajjud adalah solat sunat yang dilaksanakan lepas bangun dari tidur dan dikerjakan selepas tengah malam. Ia lebih afdal dilakukan secara bersendirian dan digalakkan sebagai amalan tambahan seharian umat islam. Waktu terbaik nak buat solat tahajjud adalah di sekitar  pukul 3.30pagi hinggalah sebelum masuknya waktu Subuh.

Cara mudah nak buat solat Tahajjud.
Cara mudah nak buat solat Tahajjud. 

Niat ke dalam hati, "Aku melakukan solat sunat tahajjud kerana Allah.", tak perlu lafaz niat. Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam dan berterusan semampunya. Ia takde limit rakaat , terpulang kepada kemampuan masing-masing samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.

Tak terkhusus dengan mana-mana surah, ikut kemampuan hafalan masing-masing dan tak jadi masalah kalau solat tahajjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya. Kalau tak mampu baca Quran dan surah yang hanya mampu dihafal itu cuma surah Al-Ikhlas , "Qulhuallah hu ahad..." maka silakan baca surah yang sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.

Jadi lamakan sujud dan mintak doa pada Allah apa saja yang kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dengann bahasa apa yang kita faham. Sah solat tahajjud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau.

Jangan solat laju-laju. Lakukanlah slow and steady. Yang penting buat setenang-tenangnya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dengan istighfar dan mana-mana zikir yang kita hafal. Kalau dah buat solat tahajjud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belum dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas solat tahajjud.

Cara mudah nak buat solat Tahajjud.
Cara mudah nak buat solat Tahajjud. 

Keutamaan solat tahajjud :

1 - "Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah RahmatNya." - Qs. Adz Dzariyat Ayat 15 - 18.

2 - "Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji." - Qs. Al Israk Ayat 79.

3 - "Mendapat pujian daripada Allah." - Qs. Al Furqan Ayat 63 - 64.

4 - "Dilihat sebagai orang yang beriman." - Qs. As Sajadah Ayat 16.

5 - "Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas." - Qs. Az Zumar Ayat 9.

Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan menyatakan, ‘Barangsiapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan dan barangsiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” - Hr. Al Jama’ah.

Cara mudah nak buat solat Tahajjud.
Cara mudah nak buat solat Tahajjud. 

Jom jadikan sebahagian dari amalan harian kita. Alhamdulillah. 

Kredit to Owner.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Inilah yg saya masih belum bisa konsisten. Harus bisaaa. Kadang dah hidupkan alarm kak, tapi ntah kenapa malah matikan, lalu tidur balik 😖. Saya tetep nak coba supaya bisa rutin

    ReplyDelete