Penyakit tiroid dan supplement.

By Cikla Shahril - July 22, 2023

Bila jadi orang yang ada penyakit, contoh penyakit tiroid, pasti timbul satu perasaan yang terdesak untuk sembuh. Yer kan?

Pada masa tu, apa saja yang orang bagitahu tentang supplement, tentang produk, tentang petua, tentang tempat rawatan, kalau boleh, semua nak ambik, semua nak pergi. Terdesak untuk sembuh. 

Lebih mengecewakan lagi,  bila turut berkongsi maklumat produk-produk yang kononnya untuk hormon tiroid, tanpa mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu. 

Memang berani. Berani mati. 

Sebaiknya, jangan kongsi apa produk yang anda ambik tanpa merujuk dengan doktor terlebih dahulu. Hatta, nak membeli supplement di farmasi pun kena ada cadangan dan pendapat dari doktor. Jangan memandai nak cadangkan itu ini. Kalau terjadi sesuatu yang buruk selepas ambik produk yang anda cadangkan tu, macam mana?

Kita sebagai pesakit, tak perlu bazir duit beli produk atau ubat yang kononya untuk kesembuhan penyakit tiroid. Bersabarlah sikit. Makanlah ubat. Ikutlah nasihat doktor.


Menjadi pengidap tiroid ni, tidak ada magic untuk sembuh segera. Serahkan saja pada takdir Yang Maha Kuasa. Doa. Usaha iaitu berubat dengann yang ahli. Tawakkal. Doa. Redha. Doa. 

Namun, bila hormon tiroid normal, bukan masa untuk tepuk tangan. Tapi ianya masa untuk berusaha supaya sentiasa normal.

Memang sangat mencabar. Cabaran yang mesti ditempuhi.

Bila doktor stop kan ubat tiroid, bukan masanya untuk buat happy dance yippi horay. No no no. Anda yang dalam situasi tak makan ubat ni, kena lebih peka kepada simptom-simptom yang mungkin bakal menyerang.

Berbeza dengan yang sentiasa makan ubat. InshaAllah terkawal.

Sekali lagi cikla tegaskan, jangan cuba-cuba try try test test ambik produk yang kononnya khas untuk tiroid. 

Ubat makan ke.
Ubat sapu ke.
Ubat traditional ke.
Ubat singseh ke.
Ubat Ayurvedic ke.

Semua tak perlu. Cikla bukan anti supplement, tapi cikla sarankan jangan mbil supplement atas nama dengar cakap orang. Cerita cerita yang tak pasti kesahihannya.

Apa yang patut anda buat?

Ubat hospital jangan culas (jika makan  ubat), appointment hospital jangan skip.

STRESS FREE. 

Kredit : Kpah k-poh Sharifahnor (grup fb tiroid dan anda ori).

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. macam2 penyakit sekarang ni

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. Sokong perkongsian CikLa ini.. Seeloknya dapatkan nasihat doktor.. Jangan main cuba-cuba je.. Bahaya..

    ReplyDelete