Biji selasih, banyak manfaat rupanya pada kesihatan.

By Cikla Shahril - July 03, 2023

Rasanya minuman biji selasih ni kita selalu jumpa time bulan puasa kan? Banyak je orang jual untuk dijadikan minuman berbuka. Rasa fresh dan segar memang best sangat. Biji selasih ni mengandungi banyak nutrien seperti karbohidrat, vitamin, mineral, lemak dan serat. Jom kita baca apakah kebaikan biji selasih ni pada kesihatan kita. 


1. Mengawal gula dalam darah.

Biji selasih boleh membantu menstabilkan  kandungan gula dalam darah. Caranya, rendam 2 sudu teh biji selasih dalam segelas air, minum selepas makan. Amalkan selama sebulan. 

2. Mengurangkan rasa lapar.

Biji selasih sangat bagus untuk mereka yang ingin berdiet sebab ia dapat melambatkan rasa lapar. Perut akan rasa kenyang je. So, ni secara tak langsung  dapat mengawal makan secara berlebihan.

3. Merawat insomnia.

Biji selasih mampu untuk kurangkan kebimbangan atau insomnia. Bagi mereka yang mengalami kegelisahan yang berlebihan atau insomnia, sangat baik makan atau minum biji selasih.

4. Meredakan gastrik 

Caranya, rebus 1 sudu selasih dengan 4 gelas air. Bila suam campurkan dengan 1 sudu madu asli. Minum 2 kali sehari, pagi dan petang.

5. Untuk kecantikan kulit.

Caranya, tmbuk 1 sudu biji selasih sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit air panas. Gaul rata hingga jadi pes pastu biarkan sejuk. Pakai sebagai skrub pada muka dan leher. Lakukan selang sehari sebelum mandi.

6. Mengurangkan sakit gigi.

Caranya, ambil 10 gram biji selasih, 4 biji bunga cengkih direbus bersama dengan 4 gelas air. Bila suam minum 1 gelas airnya. Amalkan sehingga hilang rasa sakit.

7. Sebagai ubat penahan sakit.

Biji selasih sangat bagus untuk kurangkan rasa ketakutan dan kebimbangan yang berlebihan. Caranya, ambil 1 sudu selasih direndam dalam air. Campurkan 1 sudu madu dan jus limau, pastu minum.

8. Melancarkan sistem penghadaman dan usus.

Biji selasih kaya dengan pektin yang mana ia mempunyai kebaikan prebiotik. Ia mampu meningkatkan bakteria baik termasuklah bakteria antiradang yang baik untuk kesihatan usus.

9. Mengawal kolesterol.

Kandungan Pektin di dalam biji selasih dapat menurunkan kolesterol darah dengan menghalang penyerapan kolesterol di dalam usus. Caranya, ambil 30 gram (7 sudu teh) biji selasih setiap hari selama satu bulan dapat membantu menurunkan kolesterol sepenuhnya sebanyak 8 peratus.

10. Menguatkan tulang.

Kalsium dan magnesium sangat penting untuk kesihatan tulang dan fungsi otot kita. Zat besi pulak sangat penting untuk pengeluaran sel darah merah. So, dengan memakan biji selasih dapat membantu kita memenuhi keperluan harian nutrien ini.

11. Meningkatkan daya tahan tubuh.

Tubuh kita memerlukan antioksidan seperti antiokpolifenol untuk menguatkan sistem ketahanan badan. Dengan pengambilan biji selasih secara teratur dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Biji selasih, banyak manfaat rupanya pada kesihatan.
Biji selasih, banyak manfaat rupanya pada kesihatan. Kredit Google. 

12. Menjaga kesihatan kulit.

Antioksidan dan flavonoid di dalamnya mampu melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan akhirnya menyebabkan mutasi sel, mengakibatkan kedutan, bintik-bintik usia, dan cela. Jadi, pengambilan biji selasih secara berkala dikatakan dapat kurangkan parut dan bertindak sebagai agen antipenuaan.

13. Meningkatkan metabolisme.

Caranya, rendam 1 sudu selasih terlebih dahulu. Ambil 1 sudu madu, 2 gelas air dan 1 biji lemon, ambil jusnya, kisar. Campurkan biji selasih dengan bahan yang dikisar. Minum setiap pagi. Cara ini dikatakan dapat merangsang metabolisme sekaligus dapat menurunkan lemak secara berkesan dan cepat.

14. Membantu merawat buah pinggang, kanser dan ketumbuhan.

Caranya, minum selasih yang dicampur madu sekerap yang boleh dalam tempoh 3 hingga 7 hari berturut-turut. Selasih dapat menyerap toksin yang berlebihan dan menyingkirkannya secara perkumuhan.

15. Mengurangkan asma, bronkitis dan batuk.

Caranya, rebus 1 inci halia dan 1 sudu selasih dalam 3 gelas air. Bila suam campur 1 sudu madu. Minum 1 gelas setiap pagi. 

Moga bermanfaat. 

Kredit info : Elly Aziz.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments