Pintasan Saloma, tempat menarik yang mesti dikunjungi kalau ke Kuala Lumpur.

By Cikla Shahril - October 23, 2022

Bulan lepas rasanya, cikla sekeluarga berpeluang pergi ke jambatan pintasan Saloma. Cikla baru tau pasal tempat ni. Teruk kan tak tau perkembangan semasa. Haha. 

Macam mana boleh sampai sini? 

Tak plan pun nak pergi sini sebenarnya. Asalnya bawak budak-budak ni naik mrt, saja bagi pengalaman kat dorang. Maklumlah tak pernah naik memasing. Memang excited la semua. 

Dari stesen Kajang, kitaorang naik pastu turun kat stesen KLCC. Banyak gak stesen kitaorang lintas. Lama gaklah dok bertapa dalam tren tu. Budak-budak ni biasalah kalau dah lama mulalah memasing tak reti nak dok diam. 

Akhirnya sampai jugak kat stesen KLCC. Cikla sendiri pun dah la gila tak datang sini. Teruja al juga sebab macam dah lain suasana dia. Jalan punya jalan, last last sampailah sini. 

Pintasan Saloma, tempat menarik yang mesti dikunjungi kalau ke Kuala Lumpur.
Pintasan Saloma, tempat menarik yang mesti dikunjungi kalau ke Kuala Lumpur. 

Pintasan Saloma, tempat menarik yang mesti dikunjungi kalau ke Kuala Lumpur.
Pintasan Saloma, tempat menarik yang mesti dikunjungi kalau ke Kuala Lumpur. 

Pintasan Saloma ni memang menarik dan meriag sangat lagi-lagi time malam. Masa ni pun memang ramai orang. Kebanyakanya jalan kaki sebab dia adalah sebuah jambatan gabungan pejalan kaki dengan pengayuh basikal. 

Pintasan Saloma ni jugak adalah sepanjang 69 meter menyeberangi Sungai Klang yang berarah ke barat laut tenggara. Ia meliputi Kampung Baru, KL di barat laut dengan pusat bandaraya KL di kawasan tenggara. 

Menariknya, seni bina pintasan ni pulak adalah diilhamkan dari konsep sireh junjung iaitu susunan daun sirih yang merepakan sebahagian dari adat perkahwinan masyarakat Melayu. 

Nama pintasan ini pula diambil sempena nama penyanyi biduanita Saloma yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. 

Pintasan Saloma, tempat menarik yang mesti dikunjungi kalau ke Kuala Lumpur.
Pintasan Saloma, tempat menarik yang mesti dikunjungi kalau ke Kuala Lumpur. 

Pintasan Saloma, tempat menarik yang mesti dikunjungi kalau ke Kuala Lumpur.
Pintasan Saloma, tempat menarik yang mesti dikunjungi kalau ke Kuala Lumpur. 

Korang mesti datang sini posing posing tau kalau datang ke KL. Memang cantik.

Sumber info : Wikipedia.org

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Lama tak naik KL... dulu boleh dikatakan kat area situ tempat santai2 hujung minggu dengan anak.

    ReplyDelete
  2. Bila la nak sampai sini.. lama dah tak pi kl ni

    ReplyDelete