Adakah sah solat subuh tanpa membaca doa qunut?

By Cikla Shahril - October 15, 2022

Mesti korang dah tau kan, membaca doa qunut ketika solat Subuh adalah sunat ab’ad iaitu sunat yang besar pahalanya. Tapi kalau tak membacanya maka solat tetap sah sebab membaca doa qunut bukannya rukun solat atau syarat sahnya solat.

Namun, kalau seseorang itu tertinggal membaca doa qunut maka disunatkan dia melakukan sujud sahwi sebelum salam.

Dan kalau tertinggal juga sujud sahwi tersebut maka solatnya itu tetap jugak sah.

Adakah sah solat subuh tanpa membaca doa qunut?
Adakah sah solat subuh tanpa membaca doa qunut? Kredit Google.

Imam Tirmizi meriwayatkan dalam sunannya telah berkata Sufyan At-Sauri yang bermaksud:

“Jika seorang itu membaca doa qunut pada solat Subuh maka adalah elok dan jika dia tidak membacanya maka ia adalah harus (yakni sah solatnya).”

Antara dalil doa qunut ketika solat Subuh ialah:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam kitab musnadnya yang bermaksud;

“Rasulullah SAW sentiasa membaca qunut pada solat subuh hingga baginda wafat.”

Dan diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. katanya, yang bermaksud;

"Sungguhnya Nabi SAW membaca qunut selama sebulan mendoakan ke atas mereka kemudian meninggalkannya. Dan ada pun pada solat Subuh maka Nabi SAW sentiasa membaca qunut sehingga baginda meninggalkan dunia.” [Hadis Riwayat Baihaqi]

Para ulamak berbeza pendapat dalam pada hadis tersebut.

Wallahua’lam

Kredit: pembinapkb

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments