Kisah Nabi Zulkifli.

By Cikla Shahril - October 24, 2022

Nabi Zulkifli merupakan putera Nabi Ayyub, nama sebenar Nabi Zulkifli adalah Basyar. Beliau tinggal di negeri Syam yang dipimpin oleh seorang raja yang sudah tua dan tak memiliki keturunan.

Asal mula kenapa dia dipanggil Zulkifli ketika suatu hari raja sedang mencari penggantinya.

Dia berjanji akan menyerahkan kekuasaan kepada siapa saja yang mahu bertanggung jawab menjalankan amanah umat dan orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT.

Di hadapan seluruh rakyatnya, raja itu berkata, "Siapa di antara kamu sekalian yang sanggup berpuasa pada siang hari dan beribadah pada malam harinya, juga tak akan marah-marah, kepadanya akan saya serahkan kerajaan ini. Kerana saya sudah sangat tua," kata si raja kepada rakyatnya.

Lalu pada masa itu berdirilah seorang pemuda bernama Basyar sambil mengangkat tangan kanannya dan berkata, "Hamba sanggup!" tegas Nabi Zulkifli. 

Berulang-ulang si raja kemudian bertanya kepada rakyatnya, namun tak ada yang menjawab selain si pemuda tadi.

Maka, terpilihlah Basyar menggantikan si raja, dan namanya pun berubah menjadi Zulkifli yang bererti, "Orang yang sanggup memegang janji."

"Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Zulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar. Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang saleh". (QS Al-Anbya ayat 85-86).

Nabi Zulkifli memimpin negeri Syam dengan baik. Beliau sangat mementingkan urusan rakyatnya daripada urusan dirinya dan keluarganya. 

Dia memegang teguh janjinya untuk berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari, serta selalu sabar dalam keadaan apa pun tak pernah marah-marah.

Wallahualam. 

Kredit penulis asal

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments