Rahsia lemon dan kebaikan minum air lemon setiap pagi.

By Cikla Shahril - October 16, 2023

Lemon memang femes dengan khasiatnya sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.

Lemon jugak terkenal sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati.

Lemon mengandungi asid citric, calsium, magnesium, vitamin C, bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

Jadi, jom kita korek apakah rahsia lemon dan kebaikan minum air lemon setiap pagi. 

Rahsia lemon dan kebaikan minum air lemon setiap pagi.
Rahsia lemon dan kebaikan minum air lemon setiap pagi.  Kredit gambar Google. 


1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati. 

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, bila ia dibersihkan, kita akan rasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja. 

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh. Wow! 

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan. 

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit. 

6. Minum air lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan vitamin C dalam lemon boleh bantu perbaiki masalah kulit sebab lemon bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit. 

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon. Ada kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah. 

8. Air lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil. 

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Kalau korang mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam. 

10. Air lemon boleh bantu kurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. 

11. Ada banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus. Wahh, idea bagus untuk mereka yang nak turunkan berat badan. 

12. Air lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi, sebab ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang bantu kurangkan bau badan. 

Moga bermanfaat. 

Kredit info : PetuaDanKesihatan.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Dulu saya rutin minum air lemon tiap pagi. Badan terasa enak aja, dan seperti lancar untuk buang air.

    Tapi dah 1 tahunan ini saya beralih ke kombucha. Sebenarnya fungsi hampir sama, tapi kombucha lebih banyak probiotik kan. Ikut selera sebenernya..

    ReplyDelete