Asam jawa, kebaikan dan khasiatnya.

By Cikla Shahril - October 14, 2023

Siapa pernah tengok atau nampak buah asam jawa? Kalau korang nak tau, asam jawa ni ada dua jenis iaitu jenis yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tak terkira banyaknya.

Untuk tujuan komersial, selalunya asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi). Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara seperti di India.

Asam jawa, kebaikan dan khasiatnya.
Asam jawa, kebaikan dan khasiatnya. Kredit Google. 

Antara beberapa petua rawatan menggunakan asam jawa yang boleh diamalkan ialah;

1. Demam panas.

Yang ni pernah jugak guna masa anak cikla demam time dorang kecik kecik dulu. Caranya, ambil segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Pastu air tersebut dilumurkan di atas kepala anak sambil berselawat.

2. Sakit perut.

Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan sapu air tadi kat perut. Biarkan sekejap sebelum dibilas dengan air bersih. 
3. Sakit asma.

Rebuslah 2 potong kulit asam jawa dengan seliter air sampai ia mendidih pastu tapis. Kemudian, minumlah air rebusan tersebut 2 kali sehari.

4. Batuk dan perit tekak.

Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampurkan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.

Asam jawa, kebaikan dan khasiatnya.
Asam jawa, kebaikan dan khasiatnya. Kredit Google. 

5. Luka dan bisul.

Daun muda asam jawa ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

6. Alergik.

Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Rebus semua bahan di atas dengan 3 gelas air sampai mendidih hingga tinggal 2 gelas dan tapis. Kemudian diminum 2 kali sehari, pagi dan petang.

7. Bengkak disengat lipan atau lebah.

Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan dulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.

Moga bermanfaat. 

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Jmeput join segmen saya :)

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    ReplyDelete
  2. Memang banyaaak sangat khasiat asam Jawa ini. Di lingkungan rumah saya banyak pohonnya. Terkadang dipetik oleh Orang2 sekitar walopun lebih banyak utk bumbu masak.

    Dan kalopun dijadikan jamu, biasanya berhubungan juga utk jamu melangsingkan tubuh 😁

    ReplyDelete

  3. Manis2 buah ceri,
    manis lagi pembaca komen ni,
    Kalau diri tu sudi,
    jom la join segmen ni. >_<

    jemput join segmen Cuya :D Marilah memeriahkan lagi!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    ReplyDelete
  4. saya suka minum air asam jawa untuk kurus dulu2. sekarang, kena buat balik rasanya sebab dah naik berat badan hehe.

    ReplyDelete