Hukum beli murah, jual mahal oleh Ustaz Azhar Idrus.

By Cikla Shahril - December 06, 2022

Apa hukum bila saya berniaga barang yang ada harga, tapi beli dengan harga murah. Contoh, beli vespa Rm100 tapi jual Rm5000. Adakah dikira RIBA?

JAWABNYA: 

1. Barang yang telah ditetapkan harga oleh pemerintah, TAK BOLEH lebih.

Contoh 1: Minyak Rm1.80, maka, dia TAK BOLEH jual lebih.
Contoh 2: Gula Rm2.00, maka TAK BOLEH jual lebih.

2. Barang BARANG KEPERLUAN ORANG, tapi tidak ditetapkan harga oleh pemerintah. Maka tengok kalau maknanya. Kalau tambang kita lebih, kita lebihkan jualan kita.

3. Barang BUKAN PENTING untuk manusia, macam Vespa. Kalau kita tak beli Vespa, demam tak? Kalau kita tak naik Vespa, kita beli moto lain, boleh tak? "BOLEH." Semata-mata hobi, bila hobi ikut pandai berapa pun.

4. Macam cincin. Kita beli di Burma, RM1 sebutir. Kita balik sini, orang tu beli RM1000. Ikut pandai dia, sapa suruh dia nak beli RM1000.

5. Jadi kalau beli Vespa RM100 yang buruk-buruk bawah rumah orang,  tak kan jual RM5000. Mesti dibaiki dulu semuanya. Habis semua RM3000-RM4000. Ambil untung RM1000. Tak dak masalah hok tu, pasal tak beli pun takpe.

Waallahualam. 

Kredit CatatanKuliahku

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. betul tu kalau ditetapkan tak boleh la jual lebih. melainkan pihak syarikat sendiri benarkan

    ReplyDelete