Advertisment

Ibu menyusu boleh berdiet turunkan berat badan ke?

Jawapannya, tentu saja boleh. Tapi sudah semestinya ada beberapa syarat penting untuk mengekalkan kualiti susu untuk diberi kepada baby.


1. Mulakan selepas baby berumur 2-3 bulan supaya susu yang dibekalkan telah cukup khasiat sebelum mula berdiet.

2. Makan 1500 kcal -1800 kcal sehari, bergantung kepada berat badan ibu. Lagi berat, lagi tinggi kalori. Kurangkan makanan yang berminyak. Makanlah sikit-sikit tapi kerap untuk elakkan kelaparan. Hurmm, berapa kerap agaknya? At least ada gap 2 jam.

3. Elak mengamalkan diet shortcut! - no atkins, no cabbage soup diet, no very low carbs diet, sebab ia berpotensi jejaskan kualiti susu. Amalkan healthy diet yang lengkap semua kumpulan makanan (carbs, protein, fat) pada jumlah yang sederhana.

4. Turun berat perlahan-lahan. Paling bagus dalam 500 g seminggu ataupun 2 kg sebulan. Sikit takpe asalkan anak cukup khasiat.

5. Menyusu sekerap mungkin. Korang tau tak, ibu akan burn 300-500 kcal bila menyusukan bayi. Kalau tambah dengan aktiviti workout lain, akan lagi banyak kalori burn. Amazing!

6. Kurangkan kalori secara berperingkat, jangan dari 2500 kcal terus ke 1500 kcal. Benda ni mesti akan effect kualiti susu. 

Walau apapun, diet yang extreme semasa menyusu adalah sangat-sangat tak digalakkan sebab keadaan ini akan menjejaskan ibu dan anak. Namun, yang lain-lain adalah bergantung kepada individu. Moga bermanfaat.

Kredit : @Petuadankesihatan

Post a Comment

0 Comments