Apa nak buat kalau si kecil anda mengamuk tanpa sebab? Ibu-ibu wajib baca ni.

By Cikla Shahril - December 15, 2021

Pernah tak anak korang tetiba mengamuk taktau apa sebab pun. Elok-elok main tetiba mengamuk macam nak tercabut rumah dia punya jerit. Macam ibu yang berkerja jugak. Balik dari kerja, anak yang selalu happy dan ceria menunjukkan ciri-ciri bad mood tanpa sebab. Sudahlah mama penat pulang dari kerja, anak pula mengamuk tanpa diketahui puncanya. Apa cara terbaik berhadapan situasi ini?

Apa yang patut dilakukan apabila anak berusia bawah dua tahun mengamuk?

1. Bertenang dan bersabar.

Ya, anda memang penat dan letih kerana baru pulang dari kerja tetapi jangan ikut perasaan dengan terus menengking dan memarahi si kecil. Sebaliknya tarik nafas dan bersabar. Bayangkan perasaannya yang ditinggalkan seharian oleh anda. Mungkin si manja rindukan mama dan tak tahu bagaimana cara meluahkan perasaan kecuali menangis dan mengamuk.

2. Pujuk.

Teknik pujukan berkesan mungkin dapat menenangkan dan mententeramkan amukan si kecil. Setiap ibu punya cara memujuk anak masing-masing. Masa inilah anda perlu bijak menggunakan pelbagai teknik pujukan.

3. Periksa apa yang tidak kena.

Selepas cubaan memujuk tetapi si kecil masih lagi mengamuk, apa kata anda periksa keadaan dirinya. Mungkin ketika itu lampinnya sudah 'lencun' dan membuatkan dia tidak selesa atau mungkin juga anak anda sedang kelaparan tetapi oleh kerana masih belum pandai bercakap dia tidak boleh memberitahu keinginannya. Ada kemungkinan juga si kecil mengamuk kerana dia terlalu letih dan mengantuk atau ada sesuatu yang membuatkan dia tidak berpuas hati semasa di rumah pengasuh/taska.

4. Tanya apa yang dikehendaki.

Jika anak anda sudah boleh bercakap walaupun masih belum lancar dan fasih, tanyakan apa sebenarnya yang dia kehendaki. Sekurang-kurangnya anda dapat membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi sehingga membuatkan dia mengamuk.

5. Beri susu.

Susu juga boleh menjadi 'ubat' penenang paling mujarab. Tak kira sama ada anak anda menyusu susu formula atau menyusu susu ibu.

6. Mandikan.

Bawa anak mandi dan bersihkan dirinya. Ia turut boleh membantunya bertenang. Mungkin dia merasa tidak selesa kerana baju yang kotor dan badan yang berpeluh selepas bermain di rumah pengasuh atau taska.

7. Peluk dan tenangkan.

Kadangkala anak kecil anda sebenarnya rindukan pelukan hangat daripada ibu selepas seharian tidak berjumpa. Jadi, berikan dia pelukan dan tenangkan dengan kata-kata lembut.

8. Tidurkan.

Rasa letih dan mengantuk yang dialami boleh juga membuatkan anak anda mengamuk. Salah satu cara untuk menenangkan anak yang mengamuk ialah menidurkannya.

Situasi ini adalah perkara normal yang akan dihadapi oleh papa dan mama tanpa diduga. Kadangkala amukan dan bad mood si manja anda berlarutan sampai ke malam. Banyakkan bersabar dan cuba cari jalan menenangkan anak.

Kredit : HASNITA PaMa dan Grup Telegram Petuadankesihatan.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments