Betul ke migrain boleh diwarisi?

By Cikla Shahril - December 09, 2020

Aduhai, lamanya tak mencoret dekat blog ni. Jap timbul jap tenggelam. Hurmm, oklah. Cikla nak share sikit pasal migrain. Ada yang nak tau tak? 

Betul ke migrain boleh diwarisi?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

So, sakit kepala tak semestinya migrain, tapi migrain adalah sakit kepala. Bila dengar je migrain, kita boleh imagine 'kesakitan' yang teramat. 

Azab benor rasanya. Dia ni bukan je rasa berdenyut, tapi siap pakej nak buka mata pun perit, pandangan jadi blur, susah nak berdiri dan ada jugak sesetengahnya tahap nak pitam. Silap-silap haribulan, mood pun boleh ke laut terus.

Ada yang kata, migrain ni perempuan selalu kena. Al-maklumlah, perempuan kan banyak fikirannya dia. Fikir benda kecik pun macam dah masalah dunia dah gayanya. Adudu. Itu belum lagi libatkan hormon bagai, lagi-lagi PMS time

Migrain ni pulak biasa dia attack sebelah bahagian kepala je, lepas rasa sakit dia tu macam kena cengkam, siap sekali rasa loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau dan pergerakan. 

Namun, dari segi medical term, migrain ni jadi bila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia dari saraf fiber yang melingkari sekitar saluran darah tersebut. 

So, pembebasan bahan kimia itulah yang menyebabkan radang, rasa sakit dan seterusnya arteri membengkak. 

Jangan tak tau, budak-budak pun boleh kena migrain tau. Simptom biasa adalah loya atau muntah, tapi tak melibatkan sakit kepala. Migrain di kalangan orang dewasa pulak selalunya serang bahagian kiri atau kanan kepala. 

Sakit dia tu tak sama bagi setiap orang yang kena tu, sama ada migrain ringan atau berat (sakit sangat).

Ada orang boleh hilang sakit migrainnya dalam tempoh tiga jam, namun ada yang boleh mengalami sakit sampai berhari-hari. Walaupun, orang kata migrain bukanlah penyakit keturunan, namun kalau ada famili kita kena migrain, kemungkinan kita boleh kena jugak. 

Kalau korang nak tau, basically migrain ni terbahagi kepada dua jenis, iaitu migrain biasa (tanpa aura) dan migrain klasik (dengan aura). 

Migrain biasa ni selalunya rasa sakit yang mencengkam dan selalu jadi sebelah kepala je. Kadang kadang pesakit boleh rasa sakit perut, loya, tak selera nak makan, muntah, sembelit dan cirit birit. Dan, 9 dari 10 pesakit yang kena migrain jenis ni akan sensitif pada bau, cahaya dan bunyi bising. 

Migrain klasik pulak dikatakan berpunca daripada stress. Bila stress hilang, pesakit akan diserang migrain. 

Selain itu, ia juga disebabkan pendedahan kepada cahaya lampu, bunyi bising dan kepanasan melampau, tak cukup tidur atau lebih tidur dan perubaha hormon. 

Namun, bagi sesetengah orang. migrain tercetus bila dia mengambil coklat, keju, buah-buahan sitrus, ais krim dan minuman kafein. 

Betul ke migrain boleh diwarisi?
Betul ke migrain boleh diwarisi? Kredit Google. 

So sad, migrain tak boleh disembuhkan tapi boleh dielak. Antaranya, kurangkan stress, elak mengambil makanan yang boleh jadi trigger kepada migrain, dan mengambil ubat tahan sakit yang khas untuk migrain dengan nasihat doktor. 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. suami saya kuat migrain. selalu kena attach dengan migrain. sampai muntah2.. kami cuma g klinik je la setiap kali sakit teruk

    ReplyDelete
  2. kalo naim ubat dia, tido dengan cukup. hihi

    ReplyDelete