Nak cuba petua legakan lenguh cara tradisional? Meh baca ni.

By Cikla Shahril - October 25, 2020

Ada orang mencuba pelbagai petua tradisional untuk masalah yang dihadapinya. Contoh, lenguh lenguh. Apa yang penting, bahan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat. 

Nak cuba petua legakan lenguh cara tradisional? Meh baca ni.
Nak cuba petua legakan lenguh cara tradisional? Meh baca ni. Gambar diubahsuai dari carian Google.

Bawang merah.

Cara, tumbuk 7 ulas bawang merah. Lepas tu, masak bawang yang dah siap ditumbuk tu dengan lebih kurang 6 sudu besar minyak kelapa asli. Goreng sampai jadi hitam. Gosok sendi-sendi yang sengal tu dengan menggunakan minyak tu. 

Halia.

Parut halia dan tumbuk. Kemudian, bubuh sedikit air pada halia dan perah untuk diambil airnya. Lepas tu, masukkan madu dan kuning telur dalam air halia tadi dan kacau sebati. Minumlah campuran tu 2 kali sehari. Inshaallah sembuh, dengan izinNya.

Lada hitam.

Tumbuk 20 biji lada hitam sampai jadi serbuk. Lepas tu, bubuh sedikit minyak kelapa dan minyak kayu putih pada serbuk lada hitam, kemudian gosok pada sendi-sendi yang lenguh.

Daun lengkuas.

Rebus 5 helai daun lengkuas, 3 helai daun serai wangi, 5 helai daun kunyit dan 5 helai daun jerangau dalam periuk yang sesuai dengan 2 gelen air. Guna air rebusan itu untuk mandi pagi dan petang.

Selain itu, dengan berurut  boleh bantu melegakan lenguh badan. Jangan lupa untuk bersenam jugak.  Selamat mencuba. 

Kredit Grup Telegram PetuaDanKesihatan. 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Mrs. A paling suka kalau dapat buat urut baharulah lenguh dan lesu kurang

    ReplyDelete