Masak asam pedas ikan kerisi.

By Cikla Shahril - January 27, 2016

Dah lunch belum? Masak apa arini Kalau yang suri rumah tu, bangun lagi je dah fikir nak masak apa untuk tengah hari kan. Betul tak? Mesti punya, jangan nak tipulah, haha. Kali ni cikla nak share resepi mudah lagi. Masak asam pedas ikan kerisi. Tapi, kalau korang nak pakai ikan lain pun boleh. Step sama je. Resepi ni adalah resepi mak cikla tau. Cikla cuma olah sikit-sikit ikut kesesuaian.

Tapi, setuju tak kalau cikla cakap, walaupun bahan dan cara buat sejibik macam mak buat, tapi rasa tetap tak sama kan? Takde siapa yang boleh lawan air tangan mak, yang paling sedap di dunia. Walaupun mak masak telur goreng mata sekalipun, pun tetap sedap dan makan sampai menjilat jari. Dah-dah, jom tengok bahan-bahannya dulu.

Masak asam pedas ikan kerisi.
Masak asam pedas ikan kerisi.

Bahan bahannya adalah;

5 ekor ikan kerisi. (Dibersihkan dan perap sekejap dengan garam dan kunyit).
1 biji bawang besar.
1-2 ulas bawang putih.
Sedikit halia.
1 sudu kecil halba.
1 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1 sudu kecil serbuk ketumbar.
1-2 tangkai daun kari.
1/2 cawan cili giling (ikut kepekatan kuah. Kalau korang nak pekat, lebihkan cili).
1 mangkuk air asam jawa. (Lagi masam lagi sedap).
Garam, gula, perasa, air dan minyak untuk menumis.
Bendi dan tomato (optional kalau korang nak letak boleh).

Cara nak buat pulak;

  1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, dan halia. Panaskan minyak dalam kuali. (Cikla lebih suka masak dalam kuali daripada masak dalam periuk sebab senang nak kacau nanti). Bila minyak panas, masukkan halba dan daun kari dulu, jangan sampai hangus pulak. Kemudian, masukkan bahan yang ditumbuk dan tumis sampai kekuningan.
  2. Selepas itu, masukkan segala jenis serbuk tadi (serbuk jintan manis, jintan putih, dan ketumbar), dan tumis sekejap. Bila naik bau, masukkan cili giling dan tumis sampai cili garing. Bila cili nampak garing, masukkan air asam jawa dan biar cili sampai cili masak.
  3. Kemudian, masukkan ikan dan air untuk kuah. Jangan banyak sangat air, sebab nanti kalau kuah cair tak sedap. Biar sampai kuah menggelegak. Setelah itu, garam, gula, bendi dan tomato. Biarkan kuah menggelegak lagi dan ikan masak. Jangan kacau sangat sebab ikan kerisi kan lembut. Nanti hancur pulak isinya. Dah menggelegak, tutup api. Siap!

Senang kan? Aritu masa balik kampung tak, sedar sampai tiga kali cikla makan, disebabkan penangan asam pedas ni. Sejak pregnant ni macam selera menu pedas-pedas pulak. Yang lemak-lemak, kari-kari macam tak jalan. Kalau ikan tenggiri ke, ikan parang, terubuk,  pari. Lagi terangkat tau. Selamat mencuba. 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments