Baru-baru ni, tabika dak Aaira ada buat sukaneka tahunan. Macam biasa, sukaneka ni memang dah jadi acara wajib setiap tahun. Semua budak pun kena ambil bahagian dan main sama-sama. Best dapat tengok diorang beraktiviti sambil berseronok dengan kawan-kawan.
Macam tahun-tahun sebelumnya, cikgu dah bahagikan semua budak kepada tiga kumpulan rumah sukan. Merah, kuning dan hijau. Untuk tahun ni c8ikgu pilih tema buah-buahan. Mudahlah sikit nak deko-deko rumah sukan dan tentukan kostum anak-anak semasa perarakan nanti.
![]() |
| Hasil usaha parents hias rumah sukan. Okey la kan dari takde. Hihi. |
Dak Aaira team rumah hijau. So, dorang pilih tembikai. Rumah kuning pulak pilih buah nanas, manakala rumah merah pilih buah strawberi. Meriah betul tengok masing-masing dengan idea dan kreativiti tersendiri. Memang nampak kesungguhan parents perah otak deko khemah rumah sukan anak-anak.
Alhamdulillah, untuk keputusan keseluruhan acara sukaneka, rumah hijau berjaya membawa pulang kemenangan! Yeayyy! Memang seronoklah diorang. Tak sia-sia mama bersungguh-sungguh jadi pompom girl di tepi line tu, bagi support dan semangat kepada anak-anak. Berbaloi juga penat berdiri dan bersorak tu. Haha!
Cuma, untuk pertandingan rumah sukan dan acara perbarisan pula, nampaknya rumah hijau belum ada rezeki. Rumah kuning dengan tema buah nanas dan rumah merah dengan tema strawberi berjaya tampil lebih menarik.
Memang cantik hasil kreativiti masing-masing. Nampak juga usaha dan modal yang dikeluarkan untuk menyiapkan dekorasi serta kostum mereka. Masing-masing memang tak nak kalah!
![]() |
| Posing-posing sebelum acara perbarisan. Dak Aaira dua dari kanan. |
![]() |
| Bersedia sebelum masuk ke dalam dewan. Huru hara itu pasti. Haha. |
![]() |
| "We are readyyyy.... " |
![]() |
| 3 rumah sukan berentap. Semua comel-comel belaka. |
![]() |
| Kami rumah hijau, team tembikai. |
Tapi takpelah. Dah namanya pertandingan kan. Apa yang penting anak-anak dapat rasa pengalaman menyertai aktiviti berkumpulan, belajar bekerjasama dan paling utama, happy dengan kawan-kawan. Menang atau kalah tu perkara kedua.
Yang penting kenangan dan pengalaman yang mereka dapat. Lagipun ni tahun terakhir dak Aaira di alam tabika. Tahun depan dah darjah 1 dah. Pengalaman di alam persekolahan dah tentu berbeza.
![]() |
| "Kami sedia beraksi, go go go... . " |
![]() |
| Barisan hadiah yang akan dimenangi. |
![]() |
| Meriah, dengan hampernya lagi. |
![]() |
| Anak-anak bergambar kenangan dengan geng ibu. |
Apa-apapun, tahniah untuk semua anak-anak dan ibu bapa yang bertungkus-lumus menjayakan sukaneka kali ni. Bukan mudah nak menyiapkan semuanya, tapi bila tengok hasilnya dan melihat anak-anak halpy, rasa berbaloi jugaklah segala usaha tu.
Okeylah, simpan sini satu lagi kenangan manis zaman tabika dak Aaira. Nanti bila dah besar, bolehlah baca semula dan tengok betapa meriahnya zaman kecil dulu.










No comments:
Post a Comment