'santai tapi sampai'

Kerabu taugeh bersama kerang adalah sejenis hidangan yang cukup ringkas namun sarat dengan rasa. Dengan kombinasi sayuran segar seperti taug...

Kerabu taugeh bersama kerang, hidangan pembuka selera yang segar dan berkhasiat.

Kerabu taugeh bersama kerang adalah sejenis hidangan yang cukup ringkas namun sarat dengan rasa. Dengan kombinasi sayuran segar seperti taugeh dan kacang botol serta tambahan kerang dan udang kering, hidangan ini kaya dengan nutrien dan memberi rasa yang seimbang antara masam, pedas dan lemak. 

Untuk korang yang menggemari makanan yang menyegarkan, hidangan ini sangat sesuai sebagai pembuka selera atau lauk sampingan dalam menu harian. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat. 

Kerabu taugeh bersama kerang, hidangan pembuka selera yang segar dan berkhasiat.
Kerabu taugeh bersama kerang, hidangan pembuka selera yang segar dan berkhasiat.

Bahan-bahan:

2 cawan taugeh.
5 batang kacang botol.
1 biji bawang besar – boleh kurangkan kalau kurang suka.
1 biji cili merah – boleh ditambah kalau suka pedas.
1/2 cawan udang kering.
1 cawan isi kerang rebus – boleh ditambah ikut selera.
Jus limau nipis secukupnya.
Sedikit belacan.
Kerisik secukupnya.
Garam dan gula secukup rasa.

(Tambah cili api kalau korang sukakan kerabu yang lebih pedas).

Cara-cara:

1. Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Untuk taugeh, korang sukakan teksturnya rangup, tak payah celur. Namun, boleh juga dicelur sekejap dalam air panas selama kira-kira 5 saat camtu.

2. Bawang besar dihiris halus, kemudian ketepikan.

3. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat. Perah jus limau kasturi atau limau nipis dan masukkan ke dalam tumbukan tadi.

4. Campurkan semua bahan-bahan yang telah disediakan ke dalam satu mangkuk besar dan gaul sebati.

5. Tambah garam, gula dan kerisik secukup rasa. Kalau ada bahan yang korang suka lebih, boleh ditambah mengikut selera masing-masing.

Kerabu taugeh bersama kerang ini bukan sahaja mudah disediakan, malah sesuai untuk dijadikan menu sihat yang menyegarkan. Dengan rasa yang unik dan kaya dengan pelbagai tekstur, pasti kerabu ini akan menjadi kegemaran keluarga .

Kredit gambar dan resepi: Pemilik asal.

1 comment:

  1. Aiiiish terliur langsung 🤤🤤🤤. Memang lah menu appetizer yg sanggub naikkan napsu makan 😍😍😄👍. Tapi kalo nak buat ini, confirm bawang mentah tuh saya skip. 🤭

    ReplyDelete