Setelah 7 tahun selepas cikla disahkan kanser tiroid, kena buat rawatan radioiodin lagi.

By Cikla Shahril - March 16, 2024

Hai korang. Puasa ke tu? Macam mana puasa hari ke-5, masih taff dan bertenaga? Alah, baru je mula minggu pertama puasa kan. Tak kan dah mengalah. Hihi. 

Lama betul tak mencoret pasal diri sendiri kat blog kesayangan cikla ni. And, dah lama rasanya cikla tak share kisah cikla dengan si tiroid ni. 

Korang tau tak, lagi 2 minggu lebih kurang cikla kena admit ward untuk buat rawatan radioiodin setelah 7 tahun. Korang yang tak tau apa itu rawatan radioiodin atau RAI, boleh tengok entry cikla pasal RAI sebelum ni. 

Sepanjang 7 tahun sebelum ni since cikla done buat total thyroidectomy dan selesai buat 3 kali RAI rasanya (lupa dah), cikla pergi Institut Kanser Negara untuk clinic review je dan ambil darah untuk buat buat ujian Thyroid Function Test (TFT). 

Setelah 7 tahun selepas cikla disahkan kanser tiroid, kena buat rawatan radioiodin lagi.
Setelah 7 tahun selepas cikla disahkan kanser tiroid, kena buat rawatan radioiodin lagi. 

Kali ni admit ward semua sebab masa ultrasound terbaru baru-baru ni, doktor kesan ada ketulan baru (dikhuatiri kanser recurrent atau berulang) wujud di kawasan kelenjar tiroid yang dah dibuang tu. Memula tau terkejut jugaklah sebab cikla memang tak alami apa-apa simptom pun. 

Menelan bernafas semua okey and takde pun cikla tengok ketulan kalau kita dok hadap cermin tu. Ubat thyroxine memang cikla tak pernah skip sejak cikla mula mengambilnya. Entahlah, mungkin ini ujian yang cikla harus hadap kan dan pasti ada hikmah disebaliknya. 

Setelah 7 tahun selepas cikla disahkan kanser tiroid, kena buat rawatan radioiodin lagi.
Setelah 7 tahun selepas cikla disahkan kanser tiroid, kena buat rawatan radioiodin lagi. 

So, sekarang ni cikla sedang berpantang low diet iodin selama dua minggu sebelum buat RAI tu. Hope takdelah kesan yang teruk sebab kali ni cikla dapat dose tinggi gak la, 150 mci. 

Lepas minum iodin ni, macam biasa kalau dose tinggi cikla perlu masuk ward selama 4-5 hari, pastu buat wbs then sambung habiskan kuarantin di rumah yang berbaki lagi 3 hari. Total tempoh kuarantin 8 hari tau. Ngam ngam seminggu nak raya cikla habis kuarantin. 

Korang doakan cikla ye. Nanti citer lagi. 

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Ya Fattah Ya Salam cikla... semoga cikla cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. ldy doakan agar cikla dapat kembali sembuh dengan sepenuhnya.. teruskan positif cikla, penyakit ini kalau kite redho ia adalah sebagai jambatan kite ke syurganya.. Allah bina kita siap2 jambatan dari atas dunia ni.. besarkan jambatang tersebut dengan redho dan bersyukur. InsyaAllah setiap kesulitan dan kesakitan itu menyebabkan Allah semakin rapat dengan kita.. kasih sayang Allah itu Maha Luas.. ldy doakan tuk cikla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ldy. moga segala doa yg baik berbalik semula kepada ldy. aamiin

      Delete
  3. Saya doakan yang terbaik untuk ciklah 🤗🤗. Apapun, ini mungkin ujian untuk ciklah agar naik tingkat dan Krn Allah tahu kakak pasti kuat dan bisa melalui 🤗❤️.

    ReplyDelete