10 jenis makanan yang anda kena elak untuk simpan dalam peti ais.

By Cikla Shahril - May 30, 2023

Bukan semua makanan kita boleh letak dalam peti ais tau. So, cikla nak share 10 makanan yang perlu dielakkan masuk dalam esbok. Jom check

10 jenis makanan yang anda kena elak untuk simpan dalam peti ais.
10 jenis makanan yang anda kena elak untuk simpan dalam peti ais. Gambar kredit Google. 

1. Ubi Kentang.

Ubi kentang akan merasa “gembira” kalau korang simpan ia di tempat yang kering, dan gelap. Menyimpan ubi kentang di dalam peti sejuk akan menukar kanji dalam kentang kepada gula dan ini akan mengakibatkan satu rasa yang kurang enak pada kentang.

2. Tomato.

Simpan je tomato kat luar peti sejuk di tempat yang kering. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan tomato kehilangan kesegaran dengan lebih cepat.

3. Madu.

Simpan madu di dalam suhu bilik dan jauhkan dari matahari. Menyimpan madu di dalam peti ais akan menyebabkan madu berbuah bentuk seakan kristal dan mengeras.

4. Tembikai.

Menyimpan tembikai di dalam peti sejuk akan mengakibatkan ia kehilangan pengantioksida. Biarkan ia duduk di luar untuk mengelakkan ia kehilangan nutrien yang sepatutnya kita ambil.

5. Bawang.

Ramai yang tersilap bahagian ini. Menyimpan bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan makanan lain di dalam peti sejuk terkena bau dari bawang. Simpan sahaja bawang di dalam almari makanan.

6. Roti.

Ya, ramai yang lakukan ini. Menyimpan roti di dalam peti sejuk disangkakan dapat halang pembentukan kulat. Ya, memanglah ianya menghalang, tapi roti akan jadi sedikit keras dan kering. Sebenarnya, boleh je simpan tapi masukkan di dalam bekas khas kontena dan jangan biarkan ia terbuka.

7. Kopi.

Ianya akan menyebarkan bau kepada makanan yang berada dalam peti sejuk. Maka, biarkan ia di dalam suhu bilik bagi mengekalkan kesegarannya.

8. Bawang putih.

Simpan bawang putih di dalam tempat yang gelap, kering dan masukkan di dalam beg kertas. Ia akan terus kekal segar. Menyimpan di dalam petis sejuk menggalakkan pertumbuhan kulat pada bawang putih.

9. Sos.

Semua sos boleh kekal segar dengan hanya meyimpannya di dalam suhu bilik dalam keadaan kering.

10. Tumbuhan herba.

Menyimpan tumbuhan herba di dalam peti ais akan menyebabkan ianya hilang kesegaran dengan lebih cepat. Simpan tumbuhan herba dalam bentuk jambangan bunga dan letakkan/biarkan separuh dari herba itu di dalam air. Biarkan sahaja di dalam suhu bilik.

Semoga bermanfaat. 


  • Share:

You Might Also Like

0 Comments