Jantung tetiba rasa laju, kenapa agaknya ye?

By Cikla Shahril - January 20, 2023

Pernahkah korang rasa jantung korang berdegup terlalu laju korang rasa cam sesak nafas? Kalau pernah, cikla nasihatkan korang pergi dapatkan pemeriksaan doktor sebab korang mungkin mengalami keadaan yang dinamakan aritmia jantung.

Aritmia adalah masalah pada jantung yang berlaku semasa organ tersebut berdegup terlalu cepat, terlalu lambat, atau tak teratur. Hal ini disebabkan oleh impuls elektrik yang berfungsi mengatur degup jantung tak bekerja dengan baik. Kalau korang nak tau, kadar denyutan jantung normal adalah dalam lingkungan 50 hingga 100 denyutan per minit.

Namun, aritmia tak semestinya akan berlaku sekali gus. Aritmia boleh berlaku dengan kadar denyutan jantung normal, atau dengan kadar denyutan jantung yang perlahan (dikenali sebagai bradiaritmia - kurang daripada 50 denyutan per minit).

Jantung tetiba rasa laju, kenapa agaknya ye?
Jantung tetiba rasa laju, kenapa agaknya ye? Kredit Google.

Aritmia boleh berlaku dengan kadar denyutan jantung pantas (dikenali sebagai takiaritmia- laju daripada 100 denyutan per minit). Antara punca aritmia adalah disebabkan oleh faktor-faktor, termasuklah:

1. Penyakit koronori arteri.
2. Ketakseimbangan elektrolit dalam darah (seperti sodium atau kalium).
3. Perubahan dalam otot jantung.
4. Kecederaan daripada serangan jantung.
5. Proses penyembuhan selepas pembedahan jantung.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments