Minum susu kambing boleh buat kulit muka jadi cantik? Eh Betul ke ni?

By Cikla Shahril - March 30, 2022

Siapa suka minum susu kambing? Korang tahu tak sebenarnya ada banyak manfaat susu kambing untuk kulit muka korang. 

Susu kambing ni ada bahan semula jadi untuk kulit korang tanpa sebarang risiko kesan sampingan sekaligus menawarkan kebaikan untuk kecantikan kulit. 

Ia jugak dah digunakan sejak beribu-ribu tahun dulu untuk mendapatkan kulit yang lembut, bersih dan cerah.

Kalau kulit korang jenis sensitif dan korang hanya akan menggunakan produk yang telah dilakukan penyelidikan dan maklumat lengkap, maka susu kambing adalah pilihan terbaik!

Tapi, kenapa susu kambing eh?

Ramai yang tak tahu yang susu kambing sebenarnya macam yang cikla mention tadi, kat dalam susu kambing ni ada bahan semula jadi yang amat baik untuk kulit, bahkan ia boleh digunakan tanpa sebarang risiko kesan sampingan. Best kan?

Biasanya susu kambing ni mengandungi lebih banyak asid lemak penting kalau nak dibandingkan dengan susu lembu. Selain tu, ia jugak merupakan sumber kalsium, magnesium, kalium, vitamin A dan vitamin C yang baik.

Cara nak guna pun amat mudah. Korang boleh menyapu susu kambing terus pada kulit muka sebagai masker atau boleh campur dengan bahan lain bagi penyediaan topeng muka. 

Lakukan secara konsisten dan berkala pada wajah setiap hari, ia pastinya akan dapat memberikan hasil yang terbaik. 

Minum susu kambing boleh buat kulit muka jadi cantik? Eh Betul ke ni?
Minum susu kambing boleh buat kulit muka jadi cantik? Eh Betul ke ni?

Apa lagi manfaat susu kambing untuk kulit?

1- Lembut dan berkesan untuk kulit muka. 

Bahan ini sering digambarkan sebagai produk penjagaan kulit semula jadi. Ia mempunyai tahap pH yang sama dengan kulit manusia. Asid semula jadinya tak akan menyebabkan sebarang ketidakseimbangan. 

So, bila bersihkan wajah dengan produk susu kambing, korang tak akan mengganggu mantel asid atau mikrobiom semula jadi kulit. 

Kalau korang mengalami sebarang masalah kulit sensitif termasuklah psoriasis dan ekzema, maka susu kambing boleh berfungsi seperti magik! 

Walaupun banyak produk penjagaan kulit biasanya akan memburukkan keadaan kulit tersebut, tapi ia tak berlaku dengan susu kambing.

2- Mencegah penuaan pramatang, manfaat susu kambing untuk kulit. 

Penggunaan susu kambing secara tetap boleh mencegah penuaan pramatang sebab ia kaya dengan antioksidan yang kuat seperti vitamin A, vitamin C dan vitamin E. Selain itu, ia juga menyingkirkan lapisan kulit mati.

3- Merawat jerawat dan jeragat pada kulit muka. 

Susu kambing boleh bantu korang merawat jerawat dan juga masalah jeragat sebab protein susu kambing bersifat antimikrob dan akan menghalang bakteria penyebab jerawat.

4- Manfaat susu kambing untuk kulit, kurangkan kerengsaan dan keradangan. 

Susu kambing mempunyai asid lemak di dalamnya. Asid lemak ini – capric, caprylic dan caproic – mempunyai ciri antibakteria, antikulat dan antiradang yang kuat. 

Secara tidak langsung boleh dikatakan ia mempunyai sifat yang dapat menenangkan kulit muka dengan mengurangkan kemerahan dan kegatalan.

5- Merangsang asid lemak penting, probiotik dan vitamin. 

Asid lemak dalam susu kambing ini juga berfungsi untuk bantu perbaiki penghalang kulit, probiotik untuk menggalakkan pertumbuhan flora kulit normal dan vitamin A bagi menolong proses pengelupasan kulit yang tak menyakitkan. Asid lemak tersebut juga akan menyumbang kepada kulit yang lebih lembut.

6- Manfaat susu kambing boleh mengekalkan kelembutan dan kelembapan kulit. 

Antara keistimewaan lain susu kambing adalah kandungan asid laktiknya. 

Minum susu kambing boleh buat kulit muka jadi cantik? Eh Betul ke ni?
Minum susu kambing boleh buat kulit muka jadi cantik? Eh Betul ke ni?

Asid alfa-hidroksi (AHA) ini terkenal dengan sifat penghidratan dan pengelupasan yang lembut. Ada kajian mengatakan bahawa kepekatan AHA yang rendah mungkin berguna dalam merawat kulit yang rosak disebabkan kesan cahaya matahari

Bukan itu sahaja, asid laktik juga telah terbukti dapat meningkatkan pengeluaran ceramide, yang dianggap sebagai mortar antara sel-sel kulit muka. 

Kesannya, ia membantu kekalkan kualiti yang baik dalam kulit seperti kelembapan dan lipid, dan menyingkirkan kualiti yang tak baik seperti bakteria dan alergen, menjadikan kulit kekal lembut, licin dan anjal.

Sekiranya korang ingin memasukkan susu kambing ke dalam rutin penjagaan kulit, carilah pembersih, pelembap dan serum yang terdapat bahan ini. 

Menggunakan serum yang mengandungi susu kambing akan mempunyai tahap kepekatan bahan paling tinggi, sekaligus menjadikan ia kaedah rawatan kulit paling mujarab. 

Kalau korang ingin memasukkan susu kambing ke dalam diet pulak, dapatkan susu, yogurt dan keju yang diperbuat daripada bahan ini.

Namun sebaik sebelum korang mula menggunakan susu kambing ini pada kulit muka atau ke dalam diet, dapatkan nasihat doktor dulu sebab untuk pastikan tahap kesesuaian diri. 

Sebab, kalau korang tak boleh minum susu kambing disebabkan alergi atau masalah intoleransi laktosa, kemungkinan besar korang akan alami tindak balas alahan kalau guna produk seperti sabun mahupun losen yang menggunakan susu kambing sebagai bahan aktif.

Kredit : HELLO DOKTOR

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments