Nak bersolek, tapi alat tak cukup? Meh cuba 4 trik ini.

Nak bersolek, tapi alat tak cukup? Meh cuba 4 trik ini. | Tengah rushing nak pergi satu majlis penting, tengok-tengok alatan mekap takde pulak. Adehlah. Blur tetiba. Takde idea nak guna apa ganti. Meh cikla bagi korang sedikit idea macam mana nak settle masalah korang tu. 

Jom cuba 4 idea dan trik ni sebagai ganti alatan solek korang. 


Nak bersolek, tapi alat tak cukup? Meh cuba 4 trik ini.
Nak bersolek, tapi alat tak cukup? Meh cuba 4 trik ini. Gambar diubahsuai dari carian Google. 


Guna gincu sebagai eyeshadow (pembayang mata) dan blusher (pemerah pipi).
Rasanya tip paling selalu orang buat kan. Senang pun senang, just calitkan gincu pada jari dan oles pada kelopak mata dan pipi. Tapi, janganlah tebal sangat dan pastikan tekstur gincu yang korang calit tu nipis je sebab kalau tak nanti nampak comot dan rasa rak selesa.

Ganti berus solekan dengan putik kapas.
Kalau yang ni cikla ada gak buat. Guna putik kapas ganti berus solekan sebab putik kapas tu tekstur dia lembut. So, memang sesuai bila kita sapu pembayang mata atau eyeshadow atau gincu pada bibir. 

Guna bedak debu sebagai pengganti penyerlah mata. 
Ada orang menggunakan bedak debu sebagai kemasan terakhir pada mekap. Tapi, tahukah korang boleh guna bedak debu juga sebagai sapu an di bawah kening sebagai pengganti penyerlah mata. Cubalah! 

Guna pembayang mata sebagai pengganti penggaris mata. 
Biasanya kalau korang guna pembayang mata, mungkin nampak terlalu tebal kalau dilorek terus pada mata. So, kalau korang nak gunakan ia sebagai penggaris mata, korang ambil berus kecil dan lalu rapat pada garisan mata. InshaaAllah, hasilnya pasti tak mengecewakan. 

Kredit Ruangan WM, Harian Metro. 

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews