Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!

By Cikla Shahril - December 08, 2018

Musim-musim cuti sekolah ni kalau anak-anak ada dekat rumah si ibu mulalah ligat berfikir apalah nak masak kan nak bagi anak-anak makan. Kalau boleh tak nak yang susah-susah sangat. Yang simple sudah. Janji sedap! Tempoh hari, tengah-tengah syok jejalan cuci mata dekat Facebook, ternampak orang share resepi cupcakes ni. Bila tengok dan baca bahan-bahannya memang sangat senang. Dan yang paling best, nak sediakan cupcake ni lagilah senang. 

Actually, resepi yang di share tu adalah resepi cupcake chipsmore. Tapi, cikla saja je tambah lagi satu perasa, kita try oreo juga. Resepi sama je, cuma tukar biskut je. Sedap tak, sedap tak! Hehe. By the way, thanks tuan punya resepi sebab share resepi senang gila ni. Senang kerja mak-mak. 

Bahan-bahan :

Biskut Chipsmore/Oreo 1 peket. 
Susu GoodDay 200ML (1 kotak kecik tu, tapi cikla pakai Dutch Lady).
1 sudu kecil baking powder. 

Cara-cara:

Biskut Chipsmore/Oreo dipecah-pecahkan. Tak hancur sangat pun takpe. Kasar-kasar sikit pun ok. Biskut Oreo tu campur sekali dengan krim dia. Kemudian, masukkan dalam blender. Selepas tuu, tambahkan susu coklat dan baking power ke dapat blender tadi. Blend bahan-bahan tersebut sampai sebati. 

Dah siap blend, masukkan dalam cupcakes yang disukai atau pun loyang pun boleh. Bakar dalam oven lada suhu 215°C selama 20 minit. Siap! Kalau korang nak kukus pun boleh, tapi korang kena panaskan kukus dulu sebelum adunan dimasukkan. Kukus selama 30 minit. Hasilnya, memang wow! Jom kita tengok hasilnya. Apa rupa cupcakes buatan cikla ni. Jadi ke idok! Haha. Versi Chipsmore. Haaa, ini diaa. Siap retak seribu lagi haha.

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Haa, ini pulak versi Oreo. Cun sikit dari Chipsmore tu. Hehe. 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Kalau ikut tekak cikla ni, sejujurnya cupcakes versi oreo lagi sedap. Lebih moist dan cukup rasa manis semua. Cupcakes chipsmore sedap juga, tapi rasa kurang moist dari oreo. Tapi itulah, tekak orang tak sama kan. Nak tau sedap ke tak, moist ke tak kenalah buat sendiri. Hehe.

Kredit resepi : Siti Aisyah Abu.

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. senang la! nanti boleh buat. sebab sha beli oven takguna guna lgi pun haha

    ReplyDelete
  2. Wow nampak gebu Dan senang laa boleh la Cuba nanti

    ReplyDelete
  3. senangnya, tak payah pakai tepung..

    ReplyDelete
  4. Thank you for sharing ^^ lepas ni kena cuba buat nii

    ReplyDelete
  5. kak . ahha terliur tengok gambar. terus rasa nak buat. hahahha. serious!

    ReplyDelete
  6. Kalau ikut resepi ni dapat berapa biji

    ReplyDelete