Jadilah yang terbaik tanpa menjatuhkan orang lain.

Semua orang nak jadi yang terbaik. Betul tak? Tapi, janganlah kita menjadi yang terbaik tapi menjatuhkan orang lain. Mungkin pada mulanya, kita rasa puas. 

Tapi, perasaan tu tak lama. Kita akan rasa tak tenang, serba tak kena dan apa yang paling teruk adalah sentiasa rasa bersalah. Sedih kan dengan orang macam tu. 

So, apa kata kita baca kisah pendek ni, mungkin kita boleh mendapat ikhtibar daripadanya. Jom baca.

Kisahnya begini;

Jadilah yang terbaik tanpa menjatuhkan orang lain.

Seorang guru membuat garis sepanjang 100 cm di papan tulis, lalu berkata; “Anak-anak, cuba pendekkan garisan ini!” 

Anak pertama maju ke depan, dia memadamkan 20 cm dari garisan itu menjadi 80 cm. Anak ke 2 melakukan hal yang sama, sekarang garisannya tinggal 60 cm. Anak ke 3 dan ke 4 pun maju ke depan melakukan hal yang sama, hingga garisan itu tinggal 20 cm. 

Terakhir, seorang anak yang bijak maju ke depan. Dia tidak memadam garisan yang sudah tinggal 20 cm, tetapi membuat garisan baru sepanjang 120 cm, lebih panjang dari garisan yang asal.

Guru itu menepuk bahunya. "Kamu memang bijak, untuk membuat garisan itu menjadi pendek, kita tidak perlu memadamkan sebahagiannya, cukup dengan membuat garisan lain yang lebih panjang, maka garisan asal akan menjadi lebih pendek dengan sendirinya."

Kesimpulannya, untuk menjadi yang terbaik tidak perlu menjatuhkan, menyingkirkan atau memperlekehkan orang lain. 

Cukuplah kita melakukan sesuatu yang lebih baik secara konsisten. Biarkan waktu yang akan membuktikan kebaikan kita.

Orang lain yang memang sudah baik akan tetap bersinar meskipun terpendam dalam lumpur yang gelap pekat. 

Majulah tanpa menyingkirkan dan naiklah tanpa menjatuhkan. Jadilah baik tanpa harus memperlekehkan dan jadilah benar tanpa harus menyalahkan.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Dr Ismail Yaacob.

3 comments:

  1. Deep.. sangat termotivasi. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, nice sharing! Semoga ianya sentiasa diingatan

    ReplyDelete
  3. assalamulaikum. hye good sharing

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews