Rasanya pemakaian jeans amat popular bagi lelaki dan perempuan, tak kiralah seluar atau kemeja. Sekarang ni jubah dengan dress jeans pun dah banyak dah orang pakai. Betul tak? 

Pemakaian jeans sebenarnya akan membuatkan kita lebih santai dan bersahaja. Lagipun, jeans sesuai dipakai tak kiralah pada waktu siang atau malam. Boleh aje kalau nak. 

Khas untuk lelaki, ada beberapa hal yang korang kena elak semasa memakai jeans. Nak tau tak? Baca ni.

Oh lelaki... kalau nak pakai jeans, JANGAN.....
Oh lelaki... kalau nak pakai jeans, JANGAN..... Sumber Google.

  1. Elakkan pakai jeans dengan baju melayu, sebab baju melayu adalah baju tradsional manakala jeans merupakan pakaian kasual. So, not match okey!
  2. Jangan pakai jeans dengan blazer formal. Kalau korang nak pakai jugak, pilih jaket yang berkonsep santai.
  3. Kalau boleh, jangan beli jeans secara online sebab dah tentu kita tak confirm dengan ukurannya yang sebenar. Seeloknya jeans lagi bagus dicuba dulu sebelum dibeli sebab cutting dan rekaannya kena tepat dengan bentuk badan kita, barulah selesa nak pakai nanti.
  4. Jangan lipat kaki jeans. Kalau kaki jeans korang labuh, elok korang potong je. So, lagi ok sebab selari dengan ketinggian badan kita. 
  5. Biasanya jeans terdapat dalam warna hitam dan biru, so pilih warna yang terbaik untuk digayakan. Warna biru warna yang paling popular.

So, pilihlah jeans dan suai padanlah dia dengan baik. Jangan nanti nampak pelik pulak, tak pasal pasal orang tengok kita semacam.