Cara makan ikut sunnah Rasullullah SAW.

By Cikla Shahril - December 31, 2015

Sunnah Rasulullah SAW merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah cara makan. Rasulullah SAW ada menyebut,  perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit.

Kalau korang nak tau, baginda lebih mengutamakan makanan lembut, lebih-lebih lagi kalau baru sembuh atau melalui proses pemulihan. 

Baginda mengamalkan disiplin pemakanan untuk mengelakkan makanan itu mendatangkan penyakit pada individu yang sihat, manakala untuk mengelakkan penyakit bertambah serius bagi orang yang mempunyai masalah kesihatan. 

Akan tetapi, baginda membenarkan mengambil makanan yang tak sesuai tapi dalam kuantiti yang sikit sekadar untuk hilangkan keinginan.

Rasulullah SAW tak membatasi pada satu jenis makanan saja. Baginda menyeimbangkan makanan panas dan sejuk.

Kalau dari segi komposisi makanan, baginda tak pernah ambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan kedua-duanya (mempunyai sifat panas dan sejuk) serentak. 

Baginda juga tak ambil makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan serentak.

Selain itu, baginda tak ambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan diawet/diasinkan sebab semua makanan itu boleh memudaratkan kesihatan.

Cara makan ikut sunnah Rasullullah SAW.
Cara makan ikut sunnah Rasullullah SAW.

Rasullullah SAW suka pada makanan yang manis semulajadi dan madu, malah baginda suka ambil buahan sebagai makanan tambahan.

Cara baginda madu adalah mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan dengan mencampurkan madu dengan air dingin sebelum diminum. Ia dikatakan dapat mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain itu, baginda melarang makan sambil bersandar dan melarang minum sambil berdiri kecuali dalam keadaan terpaksa. 

Mengambil minuman selepas berolahraga, melakukan kerja berat dan sebelum atau sebaik habis makan jugak tidak digalakkan dan makruh, sebab ia tak elok untuk kesihatan.

Seeloknya biarlah seketika sebelum minum.

Ada satu petua unik baginda yang diamalkan ketika minum, iaitu minum dengan 3 kali nafas. 

Dari Anas bin Malik,  dalam satu hadis, "Rasulullah SAW minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan."

Apa yang terpenting adalah, jangan lupa membaca Bismillah apabila nak makan atau minum dan mengucapkan Alhamdulillah apabila selesai. Itu lebih berkat dari untuk mendapatkan kesihatan yang berkualiti. 

Baginda juga tak pernah mencela makanan yang tak sedap atau yang tak disukai. Kalau suka, baginda akan makan. Kalau sebaliknya, baginda akan meninggalkan makanan tersebut.

Semoga semua sunnah baginda akan menjadi sebahagian daripada amalan kita seharian. Sayang Nabi, ikut sunnahnya. 

Sumber :  Ruangan Cuci Hati (Ustaz Azhar Tuarno), Majalah Wanita. Gambar dari internet.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments