Positive thinking. Seronoknya bila kita sentiasa berfikiran positif. Hati rasa nyaman je. Otak tenang, semua jadi lapang. Itulah kehebatannya. Ini adalah 10 manfaat bagi kesihatan fizikal dan mental yang ramai tak tahu tau:
1. Berfikiran positif dapat mengawal stress sehingga kita sendiri bebas dari sebarang gangguan jiwa.
2. Jiwa dan raga kita akan jadi lebih sihat.
3. Kita lebih perform. Prestasi menjadi semakin maju dalam hidup ini, baik di sekolah/pejabat, kalangan masyarakat atau sesuatu organisasi.
4. Kita dapat menarik lebih ramai kawan-kawan kerana secara umumnya berfikiran positif disukai oleh orang lain. Orang positif suka menyebar kebaikan dan menjauhi permusuhan.
5. Berfikiran positif dapat membuat kita mampu mengatasi masalah dengan tepat.
6. Bersikap positif menghindarkan diri kita dari bertindak melulu dan tergesa-gesa. Sebab, biasanya kita akan berfikir tentang langkah atau berhati-hati dalam membuat keputusan. Banyak keputusan dan solusi perlu dipertimbangkan dari segenap aspek.
7. Hidup jadi lebih terarah dan bermatlamat. Kita tahu setiap sesuatu usaha itu dilakukan punya tujuan yang jelas. Kita jadi lebih bersemangat dan terus kerja keras demi melakukan sesuatu itu mengikut target yang kita tetapkan.
8. Kita jadi orang yang pantang menyerah. Saat terjatuh, kita memilih untuk bangkit kembali. Sampai semuanya berhasil. Orang berfikiran positif menganggap kegagalan sebagai peluang belajar. Inilah masa untuk perbaiki dan jadi insan lebih baik di masa hadapan.
9. Berfikiran positif membuat kita lebih berlapang dada. Dalam setiap detik, kita jadi lebih bersabar, tidak terlalu kecewa, tidak menyesal sedikit pun serta jauhkan diri dari tenggelam dengan kesedihan.
10. Kita dapat menjaga kesihatan jantung, tekanan darah dan Insya-Allah terhindar dari pelbagai penyakit kronik dan berbahaya.
Kawan-kawan,
Kita semua takde pilihan. Kita kena jadi positif. Kena letak dalam mindset untuk jadi insan bermanfaat kepada orang lain. Moga asbab positif ini, kita dapat menarik kebaikan dan mengalirlah pahala untuk diri kita sendiri serta dapat menempa tempat di syurga nanti.
Kredit : Penulis asal.
Setuju kena positif, itu je penyelamat waktu kita down. Tapi kena balance kan jangan jadi toxic positivity
ReplyDelete