Jom buat kerabu kacang panjang paling senang.

Al kisahnya, cikla buat kerabu ni minggu lepas. Baru sempat nak share resepi kat sini. Hihi. Mungkin ramai yang dah kot buat kerabu ni, tapi ia lebih kepada cara ciklalah. Guna pulak bahan yang sangat limited. Kita buat apa yang ada jek kat dapur nun. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu. 

Jom buat kerabu kacang panjang paling senang.
Jom buat kerabu kacang panjang paling senang. 

Bahan-bahan:

Kacang panjang.
Timun jepun. 
Kelapa parut.
Ikan bilis. 
Belacan (kalau nak letak pun ok, tak letak pun ok).
Bawang merah. 
Cili padi/cili merah.
Air perahan lemon. 
Garam, gula. 

Cara.

Potong kacang panjang ikut suka. Kalau cikla, cikla potong pendek-pendek. Dah siap potong, celur sekejap bagi lembut. Dah lembut, toskan. Lepas itu, potong timun jepun panjang-panjang. Dah siap dua-dua tu, ketepikan. Dalam kuali, goreng kepala parut tanpa minyak sampai kekuningan. Dah siap, goreng pulak ikan bilis dan belacan (bakar pun boleh). Jangan sampai hangus pulak. Tumbuk cili sehingga lumat dalam lesung batu, lepas tu masukkan bawang merah, ikan bilis dan belacan. Tumbuk sampai kesemuanya bergaul dengan baik.

Dalam bekas yang sesuai, masukkan kacang panjang yang dah siap dicelur, timun jepun, bahan ditumbuk, kelapa parut, air perahan lemon, garam dan gula (jika perlu). Gaul semua bahan tu sekata. Biar mesra gitu. Mana yang kurang tu korang ejaslah sendiri ye. Senang je kan. Kalau ada sayur lain korang boleh je campak sekali dalam tu. Tapi tengok jugalah mana yang sesuaikan. Mana yang kena celur dulu, celurlah. Kalau tak payah celur, potong potong, masuk terus.

Jom buat kerabu kacang panjang paling senang.
Jom buat kerabu kacang panjang paling senang. 

Jom buat kerabu kacang panjang paling senang.
Jom buat kerabu kacang panjang paling senang. 

Kalau kerabu macam ni, cikla suka ratah je. Sedappp. Oklah, selamat mencuba. 

3 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews