'Santai Tapi Sampai'

28 February 2020

Macam mana nak atasi masalah sambungan Internet yang selalu terputus dan perlahan? Meh baca ni.

Rasanya zaman sekarang, manusia dan Internet sukar untuk dipisahkan. Mana taknya, ada orang setiap hari wajib layari Internet nak check FB lah, twitter lah, emaillah, macam-macam. 

Itu belum lagi pencarian info macam berita ke, dekat sana. Pendek kata, takde Internet suramlah kehidupan. Haaa, gitu.

Untuk pengetahuan korang, kat Malaysia ni memang banyak jaringan Internet yang ada kan. YES la, TM la, ehh banyak lagi la. Macam cikla, cikla guna MAXIS je. 

Maklumlah, excess pun dekat phone je kan. Tapi itulah, kadang-kadang ada masanya tengah syok syok tengok FB, tengok YouTube tetiba line jadi slow. Dan yang paling sadiss bila tetiba putus. Hilang dari radar. Huhu.

Sebenarnya masalah ni boleh settle, nak tau? Jom kita check ni satu-satu. Check it out!


Semak Data Plan limit.
Kebanyakan telefon dah ditetapkan had penggunaan data. So, kalau dah sampai limit dia biasanya sambungan akan disekat. Nak senang, korang off je data plan limit tu. Buka Settings > Data Usage.

Restart Akses Data.
Korang masuk ke bahagian menu kemudian off kan fungsi data selama beberapa saat, pastu on balik. Cara ni korang REFRESH balik dan akan elok semula.

Reset APN.
Cara nak reset APN, korang pergi ke Settings > Mobile Networks > Access Point Name, lepas tu tap pada bahagian kanan atas skrin telefon korang untuk reset APN.

Masuk ke mod Airplane.
Ubah mod telefon ke mod Airplane untuk beberapa saat, ni sama macam "System Refresh", so masalah Internet slow boleh settle.

Factory Reset.
Cara last lagi ekstrem, guna kaedah factory reset. Korang pergi ke dekat setting.

Moga bermanfaat.

Kredit info dari Grup PetuaDanKesihatan.

Apa dia menthol crystal dan manfaat dia?

Dulu cikla selalu nampak dekat botol shampoo tulis  perkataan mint atau menthol. Bila pakai plak shampoo tu pulak, confirm kulit kepala rasa sejuk kool je. Best sangat! 

Kalau korang nak tau, mentol crystal ni dia adalah sejenis  sebatian organik yang mana ia terhasil secara sintetik atau diperolehi daripada minyak-minyak pudina. 

Tekstur dia ni biasanya berlilin dan berhamblur, pastu warna dia jernih atau putih. Kalau dalam suhu bilik, dia ni berbntuk pepejal, tapi kalau suhu melebihi suhu bilik dia akan mencair.

Apa dia menthol crystal dan manfaat dia?
Apa dia menthol crystal dan manfaat dia? 


Apakah sifat atau kelebihan menthol crystal?
  1. Sifat yang larut dalam air, dan antiseptik yang dapat menghalang pembiakan  kuman dan mengurangi rasa sakit.
  2. Sering dijadikan penyegar mulut untuk nafas sentiasa terasa fresh sekaligus menghilangkan bau mulut yang achemm. Itu sebab dia ni selalu ditambah dalam ubat gigi dan ubat kumur.
  3. Ada juga digunakan untuk campuran dalam pelembap, cleanser, dan juga losen.
  4. Dipercayai dapat mengatasi masalah kulit termasuklah keradangan, gigitan serangga atau luka bakar.

Apa dia menthol crystal dan manfaat dia?
Apa dia menthol crystal dan manfaat dia? 

Selain dari sifat dan ciri di atas, fungsi yang paling owsem si menthol crystal ni, dia ni boleh bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus. Itu sebab, dia ni berkesan untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan, contohnya selsema, asma atau semput, hidung berair dan tersumbat dan sakit dada.

Tu sebab kalau korang kena selsema korang boleh amik sedikit menthol crystal ni, pastu larutkan dia dalam air panas, then hidu or sedut bau dia. InshaAllah, dia akan bantu melancarkan pernafasan hidung korang yang tersumbat tu dan sekaligus merawat selsema korang.

Apa dia menthol crystal dan manfaat dia?
Apa dia menthol crystal dan manfaat dia? 

Tapi, kalau korang takde serbuk menthol crystal tu pun takpe, guna je minyak urut moden MMG. Picit sikit pastu rata kan pada area zon T muka, termasuk atas kening dan batang hidung.

Sapu jugak dekat area leher dengan dada jugak. InshaAllah, memang sangat selesa dan melegakan.

<Untuk sebarang pertanyaan dan order sila klik link berikut www.wasap.my/60173815843/nakMMG>

26 February 2020

Apa dia simptom biasa resdung dan macam mana nak merawatnya?

Kadang-kadang ada orang tak tau pun yang dia sebenarnya mengalami resdung. Kalau korang nak tau, antara simptom resdung adakah seperti berikut:

-Batuk sampai kerongkong dan anak tekak gatal.
-Telinga gatal dan selalu tersumbat.
-Hingus atau lelehan atau mukus keluar melalui hidung.
-Mata gatal, kadang-kadang sampai merah berair.
-Kerap bersin. 
-Hidung selalu tersumbat, sampai susah nak hembus keluar lendir dengan kahak tu. Ada sesetengahnya tu suara sampai jadi sengau. 

Apa dia simptom biasa resdung dan macam mana nak merawatnya? 

Sebenarnya, resdung ni boleh je korang rawat dan kawal dia. Apa yang terbaik, korang cuba elakkan triggers yang boleh menyebabkan simptom tu berlaku. Sebaiknya lakukakan perkara ini:

-Kalau boleh elak dari memelihara binatang berbulu.
-Bersihkan karpet guna vakum je.
-Pakai mask masa kemas rumah.
-Minum air putih secukupnya. 
-Lap muka dengan menggunakan tuala basah dan air suam.
-Sebaiknya kurangkan atau elak makan seafood pada mereka yang mempunyai resdung kronik. 

Selain dari tip di atas, korang boleh juga guna minyak urut moden MMG. Caranya mudah je, just sapu MMG dekat area zon-T muka, leher dan dada untuk membantu melancarkan pernafasan korang. 

Adanya menthol crystals dan minyak kayu putih dalam MMG ternyata membantu korang rasa lebih lega. 

Apa dia simptom biasa resdung dan macam mana nak merawatnya?
Apa dia simptom biasa resdung dan macam mana nak merawatnya? 

Cikla taulah, sebab dulu cikla pun selalu bersin pagi-pagi, hidung gatal. Tapi, sejak berMMG ni, alhamdullilah dah jarang sangat bersin selsema. Syukurlah. 

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian, sila klik link ini www.wasap.my/60173815843/nakMMG 

23 February 2020

Petua mudah jaga kuku supaya sihat dan cantik.

Korang tau tak, penjagaan kuku sama pentingnya dengan organ lain seperti kulit dan rambut. So, jangan ambil mudah pasal ni terutama mereka yang suka memakai pewarna kuku. 

Lagi satu, kalau korang nak tau hakikatnya kuku boleh rosak bila korang mengalami peningkatan usia korang. Ada tip yang mudah sangat yang korang boleh amalkan untuk dapatkan kuku yang sihat dan cantik. Nak tau?

  1. Minum air yang cukup untuk mengelakkan kuku menjadi kekeringan. 
  2. Ambil makanan tinggi kalsium seperti susu, keju dan kacang. Oh ye, bila korang ambil kalsium sebagai makanan tambahan, penting juga mengambil vitamin D untuk bantu kalsium diserap dengan lebih baik. 
  3. Menggunakan bahan semulajadi untuk merias kuku. 

Petua mudah jaga kuku supaya sihat dan cantik.
Petua mudah jaga kuku supaya sihat dan cantik. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Petua mudah menggunakan bahan semulajadi merias kuku.

Guna madu, zaitun dan telur.
  • Fungsi untuk lembutkan dan lembapkan kuku. 
  • Cara : campur madu dan minyak zaitun dan masak keduanya. Kemudian, biarkan sejuk sebelum dicampur dalam telur yang sudah dipukal. Lepas tu, sapu campuran tersebut pada kuku dan biar 10-20 minit sebelum dicuci dengan  air. 

Guna limau/lemon.
  • Fungsi untuk putihkan kuku seterusnya mengelakkan kuku dari jangkitan bakteria. 
  • Cara : Campurkan air perahan limau/lemon dalam ubat gigi. Lepas tu, sapu pada kuku dan biar sampai kering sebelum dicuci bersih. 

Guna bawang putih.
  • Fungsi untuk mengelakkan kuku terkena jangkitan yang boleh menyebabkan kerosakan kuku. 
  • Cara : Bawang putih diparut nipis dan sapu pada permukaan kuku. Biar dalam 15 minit gitu sebelum dibilas bersih. 

Guna belimbing buluh.
  • Fungsi untuk membersihkan kotoran yang tertinggal di celah kuku, sekaligus menguatkan kuku. Ini kerana belimbing besi kaya dengan zar besi. 
  • Cara : Hiris buah secara nipis dan oles pada kuku sebelum dibilas bersih. 

Guna betik. 
  • Fungsi untuk menguatkan kuku supaya kuku tak menggelupas dan mudah rosak.
  • Cara : Guna getah pada betik dan sapu pada permukaan kuku. Biarkan sampai kering dan bilas untuk merapi getah pada bahagian tepi kuku. 

Selamat mencuba. 

Kredit ruangan WM, Harian Metro. 

Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG.

Korang, cikla nak tanya. Siapa yang selalu bersin-bersin terutama pada waktu pagi, lepas tu area hidung mata semua gatal siap dengan berair dan pedih? Ada sesetengahnya pulak, muka habis kena 'serang' dengan cik jerawat. Sadis sungguh aihh.

Haaa, kalau korang nak tau itulah salah satu simptom resdung tau. Resdung ni kalau  dibiarkan lama-lama sampai jadi kronik memang bahaya sangat kesan dia. 

Sebab boleh effect dekat otak. Iyelah kan, otak kan duduk dekat dengan area sinus so memang berisikolah kuman resdung yang beranak pinak bercucu cicit nak merebak ke situ. Ada kes sampai boleh bawa maut tau. Allahu. Minta dijauhkanlah. 

Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG.
Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG. 

So, sesiapa yang ada simptom yang cikla dok cerita tadi tu, eloklah korang berjaga-jaga. Ikhtiar apa yang patut, paling tak pun korang dapat kurangkan simptom dia pun dah syukur alhamdullilah. 

Jangan biar sampai melarat baru gelabah cipan nak rawat. Masa tu nak menyesal pun tak guna dah. Huhu.

Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG. Nak guna pun mudah je, just picit sedikit MMG pada hujung jari lepas tu ratakan di sekitar zon-T muka bermula dari bahagian atas kening dan batang hidung. 

Korang boleh juga letak dekat leher dengan dada sikit, sebab ia boleh bantu lancarkan pernafasan korang. InshaaAllah. 

Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG.
Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG. 

Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG.
Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG. 

Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG.
Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG. 

Di samping korang ikhtiar dengan MMG, rasanya korang kena jaga makan juga. Elak ambil makanan yang boleh jadi trigger kepada masalah korang tu. 

Serius dulu cikla pun selalu pagi-pagi selsema bersin semua, tapi sejak cikla guna MMG ni alhamdulillah boleh dikatakan sangat jarang kena selsema apatah lagi bersin.

Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG.
Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG. 

Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG.
Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG. 

Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG.
Awak ada simptom resdung? Jom ikhtiar dengan minyak urut moden MMG. 

<Untuk order atau sebarang pertanyaan, klik link berikut 

19 February 2020

Jom buat kerabu kacang panjang paling senang.

Al kisahnya, cikla buat kerabu ni minggu lepas. Baru sempat nak share resepi kat sini. Hihi. Mungkin ramai yang dah kot buat kerabu ni, tapi ia lebih kepada cara ciklalah. Guna pulak bahan yang sangat limited. Kita buat apa yang ada jek kat dapur nun. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu. 

Jom buat kerabu kacang panjang paling senang.
Jom buat kerabu kacang panjang paling senang. 

Bahan-bahan:

Kacang panjang.
Timun jepun. 
Kelapa parut.
Ikan bilis. 
Belacan (kalau nak letak pun ok, tak letak pun ok).
Bawang merah. 
Cili padi/cili merah.
Air perahan lemon. 
Garam, gula. 

Cara.

Potong kacang panjang ikut suka. Kalau cikla, cikla potong pendek-pendek. Dah siap potong, celur sekejap bagi lembut. Dah lembut, toskan. Lepas itu, potong timun jepun panjang-panjang. Dah siap dua-dua tu, ketepikan. Dalam kuali, goreng kepala parut tanpa minyak sampai kekuningan. Dah siap, goreng pulak ikan bilis dan belacan (bakar pun boleh). Jangan sampai hangus pulak. Tumbuk cili sehingga lumat dalam lesung batu, lepas tu masukkan bawang merah, ikan bilis dan belacan. Tumbuk sampai kesemuanya bergaul dengan baik.

Dalam bekas yang sesuai, masukkan kacang panjang yang dah siap dicelur, timun jepun, bahan ditumbuk, kelapa parut, air perahan lemon, garam dan gula (jika perlu). Gaul semua bahan tu sekata. Biar mesra gitu. Mana yang kurang tu korang ejaslah sendiri ye. Senang je kan. Kalau ada sayur lain korang boleh je campak sekali dalam tu. Tapi tengok jugalah mana yang sesuaikan. Mana yang kena celur dulu, celurlah. Kalau tak payah celur, potong potong, masuk terus.

Jom buat kerabu kacang panjang paling senang.
Jom buat kerabu kacang panjang paling senang. 

Jom buat kerabu kacang panjang paling senang.
Jom buat kerabu kacang panjang paling senang. 

Kalau kerabu macam ni, cikla suka ratah je. Sedappp. Oklah, selamat mencuba. 

18 February 2020

Ikhtiar rawat penyakit gout dengan minyak urut moden MMG.

Korang mesti pernah dengar penyakit gout kan? Penyakit gout ni dikatakan penyakit tertua dalam sejarah perubatan sebab dia ni dipercayai dah wujud sejak zaman Yunani kuno lagi. Uishh, lama kan. Ribu riban tahun yang lampau tu. 

Gout ni jadi bila berlaku keradangan pada bahagian sendi terutamanya disebabkan oleh pengumpulan asid urik dekat situ. 

Bila kepekatan asid urik terlampau tinggi, ia akan terkumpul dan membentuk kristal. Kristal ni pulak sifat dia susah nak larut pada suhu rendah. Bila dah makin lama makin banyak, maka berlakulah keradangan pada bahagian terlibat. 

Ikhtiar rawat penyakit gout dengan minyak urut moden MMG.
Ikhtiar rawat penyakit gout dengan minyak urut moden MMG. Kredit carian Google. 

Simptom yang biasa untuk camkan gout ni rasa sakit melampau pada bahagian sendi termasuklah ibu jari kaki. Kesan dia, kawasan tu akan jadi bengkak, merah, sakit dan rasa panas bila dipegang. Tanda-tanda yang dialami:

  1.  Ibu jari menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  2.  Serangan biasanya jadi secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  3. Sendi yang kena serang tu rasa bias sampaikan geseran pada selimut pun dan rasa sakit gila wehh.
  4. Rasa sakit mungkin berlarutan sampai berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda atau ok kalau tak dirawat.
  5. Sakit mungkin akan menyerang kembali selepas berminggu atau berbulan.

Ikhtiar rawat penyakit gout dengan minyak urut moden MMG.
Ikhtiar rawat penyakit gout dengan minyak urut moden MMG. Kredit carian Google. 

Fuhh, bila baca je, macam dah dapat rasa sakit dia macam mana kan. Kesian mak pak kita, nak solat susah, nak jalan susah. 

Pendek kata, semuanya terbatas. Macam mak sis ni. Mak dia ada gout. Bila time sakit memang tak boleh bawak bincang. 

So, dia ikhtiar dengan minyak urut moden MMG. At least dapat kurangkan rasa sakit tu kan.

Ikhtiar rawat penyakit gout dengan minyak urut moden MMG.
Ikhtiar rawat penyakit gout dengan minyak urut moden MMG. 

Ikhtiar rawat penyakit gout dengan minyak urut moden MMG.
Ikhtiar rawat penyakit gout dengan minyak urut moden MMG. 

Alhamdullilah, konsisten sapu sakit semakin berkurang. Syukurlah kan. Happy mak, dapat buat rutin harian dia macam biasa. Siapa yang sedang alami masalah gout macam mak sis ni, apa kata ikhtiar dengan MMG pulak. 

Tak kisah pink ke gold ke, dua-dua memberi manfaat yang terbaik. Cumanya, hat gold tu kita up sikit minyak kayu putih. So, panas dia double la.

Ikhtiar rawat penyakit gout dengan minyak urut moden MMG.
Ikhtiar rawat penyakit gout dengan minyak urut moden MMG. 

Jom ikhtiar. Tak kesian ke tengok mak pak kita tanggung sakit kan?

<Untuk order atau sebarang pertanyaan, klik link berikut 

16 February 2020

Korang gemar berswafoto dengan gambar yang lebih natural? Jom grab Huawei Nova 7i terbaru.

Korang tau tak, ada gajet smartphone terbaru keluaran Huawei yang cocok banget untuk mereka yang berswafoto. Peminat gajet khasnya dah tau kot, 14 Februari lepas, Huawei Nova 7i telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia. 

Antara keistimewaan smartphone terbaru ini adalah ia berfungsi menjadikan gambar swafoto korang lebih shed secara natural dan video yang dihasilkan lebih menyeronokkan terutama bersama yang tersayang.

Siri Nova ni dah banyak dah kan keluaran dia, since yang pertama. Kelebihan siri ni kita tau dia lebih kepada inovasi dua kamera swafoto, selain dari ciri panggilan video, Meetime yang lebih uptodate.

Korang gemar berswafoto dengan gambar yang lebih natural? Jom grab Huawei Nova 7i terbaru.
Korang gemar berswafoto dengan gambar yang lebih natural? Jom grab Huawei Nova 7i terbaru. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Antara ciri menarik Huawei Nova 7i ini adalah seperti berikut :

  1. Mempunyai ciri kesan khas langsing swafoto. Makna kata ia mampu menampakkan diri lebih ramping. Wow!
  2. Gambar yang dihasilkan lebih shed secara semulajadi dan menjadikan video yang terhasil lebih menarik.
  3. Mempunyai kamera 'generik' dengan video swafoto dengan ciri menarik seperti sticker, filters, dan special effect tanpa perlu download application lain. Senang, dah siap sedia dah dalam tu.
  4. Kamera belakang didatangkan dengan quad 48 megapiksel (mp) yang merangkumi ciri HDR ultra luas dengan saiz 26 mm F/1.8. Ciri ini membolehkan penyerapan lebih banyak cahaya, walaupun di ambil dalam keadaan gelap atau pada waktu malam. 
  5. Skrin LCD LTPS IPS 6.4 inci, dengan 83.5% nisbah ke badan dengan resolusi 1080x2310 piksel. Turut mempunyai ciri pengimbas cap jari until meningkatkan ciri keselamatan. 
  6. Sistem pemprosesan, octa-coreHiSilicon Kirin 810, dengan 8gb RAM dan 128gb memori dalaman termasuklah sokongan slot simcard namo sehingga 256gb.
  7. Mempunyai ciri pengecas super 40 walt yang memberikan 70% bateri.

Harga? 

Seketul RM1099 (harga di pasaran Malaysia).

Korang gemar berswafoto dengan gambar yang lebih natural? Jom grab Huawei Nova 7i terbaru.
Korang gemar berswafoto dengan gambar yang lebih natural? Jom grab Huawei Nova 7i terbaru. 

So, siapa yang kot rajin tukar tukar smartphone tu cer try tukar ke smartphone nih. Cikla yang ada seketul ni pun di sayang-sayang. Hehe.

Kredit gambar thesundaily.my

14 February 2020

Apakah tanda rezeki diberkati?

Cikla yakin sebagai umat Islam yang taat pada perintah Allah dan Rasulnya, kita tentu mahukan rezeki yang berkat dan diredhai. Terutama rezeki yang akan masuk ke dalam perut kita seterusnya menjadi darah daging. 

So, macam mana nak tahu rezeki yang kira perolehi itu berkat? Jom baca sampai habis.

Apakah tanda rezeki diberkati?
Apakah tanda rezeki diberkati? 

  • Sentiasa rasa cukup, malah lebih dari cukup.
  • Hidup sentiasa stabil. Kalau ada masalah sekalipin, mesti dapat diselesaikan dengan baik.
  • Mudah untuk melakukan ibadah.
  • Disukai dan disayangi oleh orang sekeliling.
  • Ahli keluarga cemerlang dalam pencapaian masing-masing.
  • Rumah kita selalu diziarahi orang.
  • Doa senang termakbul.

Apakah tanda rezeki diberkati?
Apakah tanda rezeki diberkati? 

Nabi dah bagi formula murah rezeki. Barang siapa yang nak dimurahkan rezekinya, buatlah 2 perkara ini. 

  • Solat sunat 2 rakaat sblm solat subuh. 
  • Sedekah subuh.

Rezeki tak semestinya duit, tenang dalam hidup rezeki. Isteri pandai masak, rezeki. Dapat suami bertanggungjawab, rezeki. Alhamdullilah.  Rezeki berkat hidup tenang. Moga bermanfaat. 

Kredit : Petikan isu ceramah Ustaz Shamsul Debat. 

13 February 2020

Roti telur cheese paling senang di dunia.

Cikla nak share resepi paling senang di dunia. Hihi. Kebetulan ada lebihan cheese ritu, teringin plak nak makan roti telur cheese. Cikla buat ni yang paling senang gilalah. Nak kata malas lagi, memang kena seligi jap lagi. Senang je nak buat, guna 3 bahan je. Ada roti, cheese dengan telur, dah boleh buat dah.

Roti telur cheese paling senang di dunia.
Roti telur cheese paling senang di dunia. 

Cara :
  1. Pecah telur dalam bekas yang sesuai, letak la garam sikit ke (tak letak pun takpe sebab cheese dah masin kan. Pastu korang nak tabur black pepper ke apa ke suka hati korang la. Pukul telur tu dengan penuh kasih sayang. 
  2. Panaskan kuali leper. Takde kuali rope gitu, kuali biasa pun takpe. Letak sikit minyak zaitun. Minyak biasa pun ok. Biar panas sekejap.
  3. Ambil 2 keping roti, letak cheese lepas tu celup ke, golek golek ke, guling guling ke roti tu kat dalam telur tadi.
  4. Pastu, masukkan dalam kuali tadi. Balik balik kan sampai warna dia cun kekuningan. Kalau korang suka garing, biarkan lama sikit. Tapi, janganlah sampai rentung pulak.

Roti telur cheese paling senang di dunia.
Roti telur cheese paling senang di dunia. 

Dah siap! Angkat. Sedap di makan begitu saja satu cicah dengan sos kegemaran. Yang satu tu cikla letak extra cheese. Tu yang meleleh tu. Yummy. 

BIG WHY VS GRAND WHY!

Cikla agak semua korang yang berbisnes pasti ada BIG WHY yang korang nak achieve kan? Tapi tahukah korang ada 'WHY' yang lebih utama lagi yang rasanya ramai orang terlupa. Apakah itu? Ia adalah GRAND WHY, iaitu sebab terbesar dan terutama. 

Apakah pulak grand why yang sebenarnya? 'Allah is the FIRST'. 

BIG WHY VS GRAND WHY!
BIG WHY VS GRAND WHY! 

Itulah grand why yang sebenarnya. Meletakkan Allah di tempat pertama walaupun apapun korang lakukan. Laillahhaillallah.

Lagipun, Allah yang menggerakkan hati manusia melakukan sesuatu. Semuanya dari Allah. Berhenti mengharap pada manusia. Harapan sepenuhnya diserahkan bulat-bulat kepada Allah. 

Tapi, kenalah seiring dengan usaha, tawakal dan doa ye. Jangan semata-mata bergantung 'harap' saja.

8 February 2020

Jom atasi masalah kulit dengan aloe vera.

Aloe vera atau lidah buaya dah famous sejak ribuan tahun dulu lagi. Penggunaannya yang paling biasa adalah dalam bidang kecantikanlah, untuk rawat dan dapatkan kulit cantik. 

Maklumlah, benda kaya dengan macam-macam nutrien (antioksidan, vitamin, asid amino, mineral), tak kan nak tengok je kan. Kenalah manfaatkan dia. 

So, jom check macam mana si aloe vera ni buat kerja nak atasi masalah kulit korang tu dan bagi kulit korang cantik. 

Jom atasi masalah kulit dengan aloe vera.
Jom atasi masalah kulit dengan aloe vera.

1. Masalah kulit kering - Kajian mengatakan, aloe vera terdiri dari 99% air. So, dia ni sangat power nak bagi kulit korang tu sentiasa moist dan tanpa meninggalkan kesan berminyak. 

2. Masalah kulit berjerawat - Oleskan gel alovera yang fresh (ekstrak terus dari batangnya) pada kulit korang yang bermasalah itu. Sifatnya yang antibakteria dan anti radang sangat bagus merawat masalah yang cikla tulis sebelum ni. Janji kena rajinlah kan. 

3. Masalah kulit sunburn - Mereka yang kerap berjemuran di bawah sinaran matahari sangat terdedah kena sunburn kan. So, apa kata sebelum korang mendedahkan kulit korang tu, eloklah oles gel aloe vera pada kulit tu. Ada je kot sunblock yang ada kandungan aloe vera kat dalam dia. Carilah nilai SPF yang sesuai dengan kulit korang. 

4. Masalah kulit cepat nampak tua - Aloe vera membantu melambatkan proses anti-penuaan kulit. Tak dinafikan semakin meningkat usia, pengeluaran kolegan dan elastin semakin berkurang. So, aloe vera boleh bantu korang merangsang pengeluaran elastin dan kolagen. 

Tapi, cikla nak ingatkan, kalau kulit korang jenis super sensitif kenalah minta nasihat yang pakar ye sebelum nak apply gel krim ni semua. Takut nanti, masalah asal tak settle, masalah lain pulak timbul.

Jom atasi masalah kulit dengan aloe vera.
Jom atasi masalah kulit dengan aloe vera.

Psstt, dalam minyak urut moden MMG pun ada aloe vera tau. 

#sharinginfo

Nak tau petua senang hati?

Cikla agak semua orang dambakan hati yang tenang, fikir tak berserabut, setiap hari penuh dengan peristiwa yang best best. Nak senang hati, mudah je. Jom amalkan 5 'latihan' ini.

Nak tau petua senang hati?
Nak tau petua senang hati? Kredit gambar Google. 

1. Latih hati sentiasa bersangka baik, terutama dengan Allah.
2. Latih hati sentiasa ingat Allah mengurniakan pahala pada kita setiap kali kita diumpat.
3. Latih diri sentiasa bergantung harap kepada Allah dan bukannya manusia.
4. Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.
5. Latih diri supaya sentiasa memaafkan dan sentiasa memohon keampunan dariNya.

~Ibnu Mussal~

Selamat pagi korang. 

5 February 2020

Jom legakan kembung perut bayi dengan cara yang mudah.

Ibu-ibu sekalian, siapa anak dia selalu kena kembung perut? Kembung perut ni disebabkan oleh colic. Nak tau baby ni kembung senang je. Sign paling senang bila baby nangis tak berhenti. Tukar pempes dah, bagi susu dah. 

Pendek kata kita dah buat baby selesa dah tapi still nangis. Pastu perut baby pulak macam keras tegang. 

Walaupun benda ni normal je dan selalu berlaku pada kebanyakan baby, tapi kesianlah kan kalau baby asyik nangis je. Lagi merisaukan kalau itu adalah tanda pada masalah yang serius. Nauzubillah, moga dijauhkanlah.

Jom legakan kembung perut bayi dengan cara yang mudah.
Jom legakan kembung perut bayi dengan cara yang mudah. 

Selain dari teknik penyusuan yang betul, pemilihan puting susu baby yang sesuai, menyedawakan baby lepas menyusu, ibu juga kenalah jaga makan juga. 

Kalau boleh elak makanan yang 'berangin' dan tak sesuai untuk ibu yang sedang menyusukan anak.

Cara paling senang nak bagi lega kembung perut tu urut perut baby secara lembut dengan minyak urut yang sesuai. Kalau cikla, cikla rekomen minyak urut moden MMG. Memang cepat melegakan. 

Cumanya, masa sapu tu buat sapuan nipis je. Urutan paling bagus, ibu boleh cuba dengan urutan I ❤️ U. InshaaAllah, baby akan rasa lega sangat. Ibu juga boleh amalkan urutan pada baby setiap kali selepas mandi. Urut tapak kaki baby jugak.

Jom legakan kembung perut bayi dengan cara yang mudah.
Jom legakan kembung perut bayi dengan cara yang mudah. 

Jom legakan kembung perut bayi dengan cara yang mudah.
Jom legakan kembung perut bayi dengan cara yang mudah. 

Jom legakan kembung perut bayi dengan cara yang mudah.
Jom legakan kembung perut bayi dengan cara yang mudah. 

Jom legakan kembung perut bayi dengan cara yang mudah.
Jom legakan kembung perut bayi dengan cara yang mudah. 

<Untuk order atau sebarang pertanyaan, klik link berikut