Kari kepala ikan gerut-gerut.

Siapa kat sini suka makan lauk kari? Tak kiralah kari ayam ke, kari daging ke, kari udang ke, kari ikan ke, atau kari sotong. Pendek kata, macam-macam kari ada. Tapi kali ni cikla nak share dengan korang kari kepala ikan gerut-gerut. Korang kenal tak ikan gerut-gerut tu macam mana rupanya? Alah, macam ikanlah. Haha. Cikla agak, ikan gerut-gerut ni biasanya jenis ikan yang bersaiz besar. Kalau korang tak percaya, tengok ajelah kepala dia besar mana. Hehe. Ikan ni jugak adalah dari spesis ikan air masin. 

Kari kepala ikan gerut-gerut.
Kari kepala ikan gerut-gerut.


Bahan-bahan:

1 ekor ikan gerut-gerut sederhana besar. (dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit). 
1 biji bawang besar (hiris). 
2-3 ulas bawang putih (hiris). 
1/2 inci halia (hiris). 
1 sudu kecil halba. 
2 tangkai daun kari. 
1 peket kecil rempah kari ikan BABAS. 
1 kotak kecil santan M&S. 
2 biji tomato (belah 4).
6 biji sayur bendi. 
1 keping asam keping. 
Sedikit minyak untuk menumis, garam dan perasa (jika perlu).

Kari kepala ikan gerut-gerut.
Kari kepala ikan gerut-gerut.


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan dihiris bersama halba. Kacau hingga kekuningan. 
  2. Selepas itu, masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak. Masukkan daun kari. 
  3. Kemudian, masukkan santan dan air. Sesuaikan kuantiti kuah yang dikehendaki. 
  4. Bila kuah dah menggelegak, masukkan ikan, asam keping, tomato bendi, garam dan perasa (jika perlu). 
  5. Biarkan sekejap, tutup api dan bolehlah dihidang. 

Selamat mencuba!

3 comments:

  1. baru je lepas makan kari ikan :D

    ReplyDelete
  2. x pernah dgr, cikla.
    tapi aida ni makan aje semua nyer.
    kari kepala ikan?
    feveret!

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews