Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza!

Pertama kali makan timun jepun atau kyuri membuatkan cikla rasa agak teruja jugaklah. Sebab apa sampai teruja bagai ni? Sebab selama ini cikla ingatkan timun jepun ni pahit. Rupa-rupanya sangkaanku meleset sama sekali. 

Apa yang cikla sangat tak sangka, rasa timun jepun ini 10 kali lebih sedap dan crunchy dari timun biasa tu. 

Sebelum ni, cikla memang selalu nampak timun jepun ni dekat supermarket dan selalu nampak orang beli timun ni dalam kuantiti yang banyak. Patutlah kan, sebab sedap. Berkhasiat pulak tu. 

Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza!
Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza! 

Ini kali kedua cikla makan timun jepun ni. Kali pertama cikla beli, masa pergi berbelanja barangan basah, terpandang lagi si timun jepun ni. 

So, memang terus rembat sebiji sebab nak rasa je. Kang beli banyak-banyak, buatnya pahit ke, dah jenuh pulak nak menghabiskan. Huhu. Kali kedua cikla beli dekat kedai area rumah cikla. Haruslah repeat beli lagi kan sebab sedap.

Kalau korang perasan, rupa timun jepun ni seakan-akan  zucchini. Masa cikla Google pasal ni, memang kebanyakan yang cikla jumpa mengatakan timun jepun dan zucchini adalah sama. 

Lain tau sebenarnya. Rupa paras je sama, tapi 'dalaman' sangat berbeza! 

Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza!
Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza! 

Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza!
Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza! - Ini ZUCCHINI! Sumber Google. 

Timun jepun memang berasal dari keluarga timun. Iyelah, namanya pun dah timun jepun kan. 

Tapi rupanya, zucchini pula adalah dari keluarga labu sebab bunganya macam bunga labu. Isinya pulak seakan isi terung. Nah. Memang jauh panggang dari api kan! 

Tapi, tak kisah dia dari keluarga mana pun, macam cikla bagi tau sebelum ni, timun jepun ni lagi sedap dari timun biasa tu, dan semestinya lagi sedap dari zucchini. Hihi. 

Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza!
Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza! 

Senang cakap, timun jepun rasa lebih fresh, crunchy, manis dan tak pahit pun. Timun jepun jugak dikatakan sangat bagus untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi, di samping mencegah kanser jugak.

Jom makan timun jepun.

3 comments:

  1. Ohh tak pernah try, slalu tgk kt supermarket, rupa2nya timun jepun, selama ni ingat zucchini. Ni dh tgk gbr br tau rupa seiras tp tak serupa ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  2. Ha'ah betul memang suka timun jepun compared timun biasa sebab crunchy

    ReplyDelete
  3. Sha memang suka lagi timun jepun dari timun biasa.. Lagi sedap..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews