Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu.

Cikla ingat lagi, dulu masa di sekolah rendah cikla dengan kawan-kawan perempuan cikla selalu kena sakat dengan kumbang tanduk ni. 

Korang bayangkanlah kalau kumbang ni melekat kat tudung sekolah. Memang azab sikitlah nak tanggalkannya. Kukunya yang tajam mencengkam, memang mengerikanlah pada waktu tu.

Siap berbunyi lagi si kumbang tu bila kita tarik dia dari tempat dia melekat tu. Huhu. Adik cikla pun fobia dengan binatang ni sampai trauma dia. Dekat rumah cikla sekarang ni pun banyak kumbang ni. Entah dari mana entah datangnya. Ada masanya sampai berekor-ekor. 

Tapi rasanya budak-budak sekarang dah tak takut dengan kumbang tanduk ni. Siap dijadikan 'haiwan belaan' lagi. Adoi. Kumbang tu pulak naik takut dengan diaorang. Haha. 

Apa kata cikla share sedikit info mengenai kumbang tanduk ni. Jom tambah pengetahuan am kita semua jom. 

Kalau korang nak tau, kumbang tanduk (Atlas Beetle) atau nama saintifiknya Chalcosma Atlas adalah kumbang yang biasanya dikenali sebagai perosak kepada tanaman kelapa, kelapa sawit, nipah, pinang, nibong dan semua jenis tanaman Palma. 

Ia juga dikenali sebagai kumbang tanduk berdasarkan kepada struktur tanduknya seperti badak sumbu. Korang tengoklah macam kat dalam gambar tu. Eeee, seram kalau terlekat dekat kulit kan. Ouchhh.

Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu.
Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu. 

Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu.
Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu. 


Tapi, itulah. Makhluk ciptaan Allah. Macam mana kita takut dan gerun pun, janganlah sesekali mencederakan dia kecualilah kalau dia membawa kerosakan. Ambil dia, buang ajelah dekat luar. Dia pun nak hidup jugak. Hehe.

Kredit info SINI 

3 comments:

  1. betul tu..dia pun nak hidup, hirup udara segar atas muka bumi ni ahaks

    ReplyDelete
  2. PC pernah demam gara-gara (asbab) terkejut dan takut dengan kumbang tanduk ni....sampai sekarang fobia PC...

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews