Wah, Bio-Oil berwajah baru!

Cikla rasa semua orang kenal dengan produk yang satu ni kan. Lebih-lebih lagi perempuan, betul tak? Produk ni sangat popular dalam penjagaan kulit terutama untuk merawat kesan parut dan regangan kulit. Korang dapat agak dah kan produk apa? Sudah tentulah, Bio-Oil produk no. 1 yang telah mempunyai berjuta-juta pengguna di serata dunia termasuklah Malaysia. Terbaru, kalau korang nak tau Bio-Oil telah muncul dengan wajah baru yang lebih fresh

Untuk pengetahuan korang, Bio-Oil diformulasikan dari campuran vitamin A & E serta minyak tumbuhan semulajadi termasuklah lavendar, kalendula, rosemary dan kamomil, dan tak lupa jugak satu ingredients yang terpenting iaitu PurCellin Oil yang mana ia membantu ramuan aktif diserap ke dalam kulit dengan sempurna tanpa ada kesan minyak. 

Wah, Bio-Oil berwajah baru!
Wah, Bio-Oil berwajah baru! Sumber Google.

Walaupun ciri-ciri unik dikekalkan iaitu warna putih dan oren, peknya disertai dengan info ringkas mengenai kelebihan Bio-Oil di atas kotak. Selain itu, ia tetap mengekalkan konsep pembungkusan yang unik dalam bentuk yang segar dan bersih.

Apa yang penting, kelebihan yang ada pada Bio-Oil ni mungkin tak dipunyai oleh mana-mana produk penjagaan kulit yang lain iaitu ia sangat sesuai untuk kulit sensitif, di samping tidak menyebabkan alahan (hypoallergenik) dan tidak menyebabkan jerawat (non-aknegenik). Ia telah diuji dan terbukti berkesan!

So, korang kena ada walaupun sebotol produk magik ini dalam koleksi barangan wajib korang ada. Mungkin harganya sedikit mahal, tapi ia adalah sangat berbaloi kalau nak dibandingkan dengan manfaat yang kita dapat.

Betullah bak kata pepatah, "kalah membeli, menang memakai..." Kita gunakan pun bukannya nak lumur banyak-banyak sampai berkilat, just sapu sikit then ratakan keseluruhan kawasan yang bermasalah. Jangan lupakan dapatkan Bio-Oil sekarang. Wangi pun wangi, emmmm.

Sumber Ruangan Info Produk, Majalah Wanita Jan 2018.

2 comments:

  1. mahai sikit tapi bagus.. especially nak hilangkan parut. kdg2 CT pakai ni as mekap base..

    ReplyDelete
  2. Dulu selalu tengok iklan Bio-Oil kat tv. iklan dia pun simple je...saya dulu tak faham apa yang diiklankan tu :P hehe

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews