Sekarang ni, kita sering mendengar dan membaca berita mengenai kes baby yang meninggal akibat tersedak susu. Walaupun perkara ni nampak macam remeh je, tapi sebenarnya penting-penting sesangat untuk para ibu mengetahui sebab dan cara menghadapi sekiranya berhadapan dengan baby sendiri.
Selalunya yang kita tahu baby tersedak sebab diberikan susu botol. Tapi, jangan ingat baby yang menyusu badan tak boleh tersedak. Kalau tak kena gayanya, boleh tersedak juga. Berhati-hatilah ye. Macam anak cikla, ketiga-tiganya memang menyusu badan. Kadang-kadang pernah juga sesekali baby cikla tersedak terutama kalau air susu mengalir laju. Si ibu lak yang cemas kan. Huhu.
Sebelum tu cikla nak kongsi sikit punca mengapa baby boleh tersedak;
- Susu ibu melimpah. Sebaiknya ibu mengepam keluar susu dan bagi pada baby dengan menggunakan sudu/cawan kecil supaya jumlah susu yang masuk sesuai dengan kemampuannya menelan. Tapi, kalau nak bagi baby guna sudu/cawan kecil pun kena pandai gak tau. Takut baby tersedak juga. Duduk atau sandarkan baby dengan sudut 45 darjah mengikut keselesaan baby.
- Susu ibu mengalir terlalu laju. Hentikan dulu memberi susu kepada baby sehingga aliran susu menjadi perlahan dan akhirnya keluar secara titisan.
- Salah posisi semasa menyusu. Posisi yang betul semasa menyusu adalah perut baby dan perut ibu saling bertemu manakala dagu baby berada pada payudara ibu. Ia penting, sekalipun si ibu menyusukan baby sambil berbaring pun dapat mengelakkan baby tersedak.
Kalau baby yang berumur 6 bulan ke atas, biasanya tidak lagi bergantung sepenuhnya pada susu ibu dan telah bersedia menerima makanan dan minuman lain, si kecil ini mungkin boleh tersedak ketika makan atau minum;
- Menggunakan peralatan minuman yang tak sesuai.
- Memberi makan atau minum kepada anak sambil mengajaknya bergurau sebab bila anak diberi minum sambil ketawa atau bercakap, injap pada saluran pernafasannya akan terbuka.
- Memberi anak minum atau makan dalam jumlah yang banyak.
Jadi, jika terjadi perkara seperti di atas kepada baby kita, segeralah bertindak. Kalau baby tiba-tiba tak menangis atau batuk, mungkin ada sesuatu yang menghalang pernafasannya. Tanda lain seperti pernafasannya berbunyi atau tak mengeluarkan suara ketika membuka mulut. Wajahnya bertukar kebiruan atau kemerahan.
Apa yang perlu dilakukan kalau baby tersedak?
Segera baringkan baby dengan kedudukan mengiring atau meniarap untuk mengeluarkan cecair. JANGAN sesekali mengangkat atau mendukung baby sebab ini akan menyebabkan cecair dalam kerongkong akan mengalir masuk ke dalam saluran peparu. Mencegah lebih baik dari merawat kan? Kadang-kadang kemalangan boleh juga berlaku dalam keadaan yang tak pernah disangka-sangka.
Sumber dipetik dari ruangan Untukmu Mama (Majalah Wanita).
takutnya, bukan senang nk jga baby kan..risa..pasni akak nak pntang di umah..
ReplyDeleteKena alert selalu
Deletesalam... risaukan benda2 macam ni.. :)
ReplyDeleteAlways beware
Delete