'santai tapi sampai'

Bila tiba hari isnin mesti kebanyakannya macam malas je kan? Ada yang ala tak puas cutilah, ngantuklah, letihlah. Macam-madam lagilah.  Ha...

Tips hadapi Monday Blues!

Bila tiba hari isnin mesti kebanyakannya macam malas je kan? Ada yang ala tak puas cutilah, ngantuklah, letihlah. Macam-madam lagilah. 

Haa, kat sini cikla nak share tips macam mana kita nak hadapi mood Monday blues ni. Apa lagi, jom semak apakah tips-tipsnya.

Tips hadapi Monday Blues!
Tips hadapi Monday Blues!

  1. 'List'kan apa yang perlu kita buat pada hari Isnin. Lakukannya ini pada hari Jumaat. Bukan apa takut nanti hari cuti hujung minggu kita terganggu dengan senarai kerja yang 'tetiba'. Kan dah kelam-kabut.
  2. Jangan bermalasan atas katil sepanjang cuti. Ada setengah orang, bila cuti je kerjanya berlingkor atas katil. Tidur je. Apa kata, time cuti tu aktifkan diri dengan aktiviti riadah dengan keluarga atau kawan-kawan supaya tahap tenaga dan mood kita sentiasa berada pada tahap tiptop.
  3. Jangan nak mengada-ngada nak keluar berjimba pada malam Isnin (hari Ahad). Nanti mesti balik lambat punyalah. Dah tu memacam la. Penatlah, letihlah, tak laratlah.  kata lepak je kat rumah. Layan cerita kata TV tu. Simpan sikit tenaga untuk kita kekal cergas pada esok hari.
  4. Buang rasa resah. Tenangkan fikiran dan rehatkan minda. Buat apa nak resah risau bagai, sebab nak tak nak kita kena gak settle kan kerja tersebut. Kalau ada lilin aromaterapi tu pasanglah biar tenang sikit jiwa tu.
  5. Kalau boleh, buat senaman ringan sebelum kita nak tidur tu terutama yang berkaitan dengan pernafasan. Bukan apa, aura-aura cergas tu dapat dijana dan InshaAllah kita tak kan rasa lemah dan lesu pada keesokkan harinya. Malah, kita akan rasa lebih bertenaga dan bersemangat.

Ehem ehem. Bagi cikla semua terpulang pada diri kita macam mana nak hadapinya dengan hati yang gembira atau sebaliknya. Ada orang hari hari pun dia 'blues' memanjang. Hehe. 

Bukan saja Monday blues. Tuesday blues lah. Wednesday blues lah. Thursday blues lah. Malah sampai Jumaat pun. Friday blues katanya.

Tapi, apa yang penting tepuk dada, tanya diri. Ye tak?

*Sumber tips kredit to RapiMAGAZINE.

6 comments:

  1. Awal2 lg pesan Cik La kite ni yerk..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he... Xpelah kita advance skit.... Peace.. ^_*

      Delete
  2. sy sblm nk keje isn dh siap list dlm.kpla.otak nak buat kerja apa kt pjbt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah cmtu. Lagi senang nk manage masa kan. Takdelah kelam-kabut. Dgn nk cari mood lagi... Hehe

      Delete
  3. Post yang menarik. Terima kasih kongsi. Jangan lupa singgah artikel terbaru saya 4 Langkah mudah untuk 1 juta backlinks Tingkatkan dan gandakan traffic di blog anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... Btw tq sbb sudi singgah..

      Delete