Hey wanita! Korang mesti miliki 5 jenis beg ini.

By Cikla Shahril - January 17, 2018

Korang, cikla nak tanya. Berapa buah beg yang ada dalam koleksi korang. Tak kiralah handbag ke, beg sandang ke, beg silang ke, atau apa-apalah. Kalau cikla sendiri, lebih dari 3 buah. Itupun separuh simpan. Suami cikla, kalau kami keluar cikla dok usha usah beg mesti dia cakap, 'beg kat rumah dah banyak.' Adoi, terbantut selera nak beli. Haha. 

Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu 'tertarik' nak membeli beg walaupun kat rumah tu beg dah banyak sampai takde tempat nak letak. Hehe. Faktor bentuk, saiz, material, dan corak sesuatu beg itu membuatkan si wanita ni terus nak beli. Bak cinta pandang pertama gitu. Pertama kali tengok, terus nak beli. Walaupun memang tak boleh nak dinafikan ada yang mengutamakan jenama semasa membeli, tapi lebih ramai memilih keselesaan tanpa menghiraukan jenama apa pun. 

Macam cikla, beg takde jenama pun takpe. Janji kalau hati dah suka, boleh aje. Lepas tu cantik pulak. Kena dengan citarasa. Memang tak akan dilepaskanlah. Bukan apa, kadang-kadang  kalau kita 'bertangguh' nak beli, konon-konon nanti nak datang balik kedai tu, tup-tup datang balik dah takde. Orang lain dah beli. Huwaaa, frust. Sebab pernah jadi kat cikla. Menyesal tak sudah.

Berikut merupakan 5 jenis beg yang seseorang wanita itu mesti miliki, iaitu:

Hey wanita! Korang mesti miliki 5 jenis beg ini.
Hey wanita! Korang mesti miliki 5 jenis beg ini. Sumber Google.

Beg genggam.

Beg sebegini biasanya bersaiz lebih kecil macam dompet. Ia selalu digayakan bersana busana formal.  Kalau dulu orang selalu menggayakan beg genggam ni ke acara formal atau acara rasmi, tapi sekarang dengan adanya pelbagai variasi rekaan beg ini ia juga sesuai digayakan ketika ke pejabat ataupun sebagai pelengkap gaya. Apa yang penting, korang kena pandai memilih material dan perinciannya yang sesuai supaya tak nampak over sangat. 

Hobo.

Apa benda pulak Hobo ni? Hobo ini direka dalam bentuk semi bulan atau half moon dengan tali bahu yang sederhana panjang. Biasanya, ia dihasilkan dari material yang soft gitu. Kalau korang nak tau, tas tangan sebegini sangat sesuai digayakan dengan busana gaya bohemian. Apa pula gaya bohemian tu ye?

Untuk pengetahuan korang, gaya Bohemian, yang sering disebut sebagai "boho" atau "boho chic" adalah gaya berpakaian yang dipopularkan pada tahun 1960-an dan 1970-an, dan biasanya corak yang digayakan berkait dengan alam semula jadi. Nanti korang google lah untuk lebih detail ye pasal gaya ni. Akan tetapi, ia juga boleh digayakan dengan seluar kasual atau skirt labuh. 

Satchel.

Beg sebegini biasanya mempunyai tali yang panjang dan popular digayakan secara selempang di bahu. Ia sangat ideal untuk golongan remaja ataupun bagi mereka yang mahu ke acara santai. Busana yang sesuai digayakan bersama beg jenis ini adalah seluar denim dengan blaus bersama kasut sukan, oxford atau sandal (bagi yang sukakan gaya ringkas dan ranggi). 

Tote.

Tote merupakan beg yang bersaiz besar dengan rekaan open-top bertali panjang paras bahu ataupun pendek (genggam tangan). Biasanya, ia diperbuat daripada kain dan material yang lembut. Beg tote sesuai digayakan ketika bersantai atau pun jalan-jalan window shopping.

Messenger.

Ia direka dengan mempunyai tali silang yang panjang dan penutup flap-over. Biasanya ia didapati dalam bentuk siapan kulit atau material lembut. Rekaannya dikatakan diinspirasikan dari tas tangan pekerja kurier atau posmen. Akan tetapi, untuk gaya yang berlainan ia diubah dengan pelbagai perincian dan warna. Beg sebegini boleh digayakan secara selempang silang di bahu. Kalau korang memilih dari material dari jenis kulit, korang boleh menggayakannya ke pejabat atau acara separa formal. 

So, korang dah ada tak salah satu dari jenis beg di atas tu? 

Sumber Ruangan Pentas Fesyen, Sinar Harian. 

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. cikyan ada 3 je handabg.. ada perancangn nk tambah beberapa lg.. jenis tu, msih dlm plan lg..

    ReplyDelete
  2. Menarik infonye... Emmm... mengikut perkiraan... leya ade 3 daripada 5 jenis beg di atas..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. Wanita dan handbag memang tak boleh pisahkan .. setakat sekarang koleksi beg CCL handbag, slang bag , clucth bag , bucket bag

    ReplyDelete
  4. Perempuan kena ada banyak beg..baru boleh matchy-matchy...hehe

    ReplyDelete