'Santai Tapi Sampai'

28 November 2023

Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita.

Apabila anak kita bertanya, mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?

Apa jawapan kita? 

Ceritakan kepada anak kita: Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.

🇵🇸 Nabi kita Ibrahim A.S hijrah ke PALESTIN.

🇵🇸 Nabi Lut A.S diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.

🇵🇸 Nabi Daud A.S tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.

🇵🇸 Dan Nabi Sulaiman A.S memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).

🇵🇸 Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria A.S, sebagaimana Musa A.S meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

🇵🇸 Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa A.S dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.

🇵🇸 Di PALESTIN, Maryam  menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.

🇵🇸 Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa A.S akan turun di menara putih Syria dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita.
Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita. Kredit gambar Google. 

Anak kita bertanya:  “Bagaimana dengan Nabi Muhammad SAW dan hubungannya dengan PALESTIN?”

Jawab: 

Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).

🇵🇸 Demikian juga ketika Rasulullah SAW melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit dan baginda menjadi imam solat para Nabi.

🇵🇸 Abu Dzar R.A bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian baginda bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”

🇵🇸 "Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq R.A meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.

🇵🇸 Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq R.A beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali PALESTIN, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.

🇵🇸 Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rejab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj.

Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita.
Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita. Kredit gambar Google. 

Anak kita bertanya lagi:  “Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”

Jawab: 

“Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa.

Oleh kerana itu, tanah PALESTIN dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”

Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita.
Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita. Kredit gmabar Google. 

Anak kita berkata: "Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?”

Jawab: 

“Ya, anakku. Allah SWT mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, “Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman.” (At-Tin: 1-3)

🇵🇸 Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa A.S di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."

🇵🇸 Allah SWT berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” (Al-Anbiya’: 105)

Anak kita berkata: “Sekarang saya faham pentingnya PALESTIN dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”

Jawab: 

“Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak PALESTIN dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di PALESTIN.

Credit to the original writer.

#ustazfahmilegacy

24 November 2023

Ada orang...

Ada orang memilih untuk hidup susah walaupun ada pilihan untuk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua kerana sayang untuk spend the money. Takpe lah. Dia bahagia cara dia.

Ada orang memilih untuk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh. Rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu untuk melancong, kenal negara orang. Takpe lah. Bahagia cara dia.

Ada orang memilih untuk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam. Alhamdulillah dia bahagia cara dia.

Ada orang... Kredit Owner.

Ada orang memilih untuk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dalam bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja. Takpe lah dia bahagia cara dia.

Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yang diberikan orang, hidup dalam serba kekurangan tapi Alhamdulillah diberikan Allah nikmat bahagia bersama keluarga tersayang. 

Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKURLAH. Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa DIRI KITA SAHAJA BETUL.

Waallahualam. 

Kredit: Shikin Ahmad

23 November 2023

Kisah dajjal.

Kredit dari Fadzilah Hairudin.

Dajjal keluar nanti bawak perempuan lawa2 macam bidadari syurga. Telanjang bogel tau. Dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia. Makanan orang-orang beriman ketika dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"

"TIDAK.  Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."

Kita kena selalu berpuasa sunat sebab waktu dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi. Antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat dajjal:

- boleh menyuburkan tanaman.
- boleh turunkan hujan.
- menghidupkan yang sudah mati.

Macam mana dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?

"Pergerakan dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. Sangat laju!" 

Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. semua pemerintahan nanti akan berada di bawahnya. Bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan. Nanti, dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. Siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. Siapa tak mengaku, derita.

Hari pertama dajjal dekat dunia = setahun.
Hari ke 2 = sebulan.
Hari ke 3 = seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.

Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya. Sabda Nabi SAW; "Ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya. Jika dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya."  - Nabi Muhammad SAW.

Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tu tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!

"Jika kamu berjumpa dengan dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi." - Nabi Muhammad SAW.

Nabi dah berpesan. Jom amalkan!

Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat. Waktu dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Takde siapa boleh menolong waktu tu sekalipun seorang ibu nak tolong anaknya.

"Kalau kita menyorok dalam air, selamat tak dari dajjal?"

Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan dajjal tu di darat, laut dan udara. tak boleh lari. 

"Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu."- Syeikh Zainul Asri.

Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf, Fa dan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan. Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka dajjal sebenarnya adalah syurga dan syurga dajjal adalah hakikatnya neraka.

Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. selepas dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti. Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah dajjal. Ni hadis Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al-Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal."

"Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh dajjal." - Nabi Muhammad SAW.

Orang yang malas nak ambil tahu pasal dajjal ni, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh dajjal nanti.

Moga kita semua terselamat dari fitnah dajjal. Aamiin. Waallahualam. 

17 November 2023

Panduan pengambilan buah-buahan untuk pesakit kencing manis.

Buah-buahan memang banyak khasiatnya. Hal ni memang tak boleh dinafikan. Namun tidak untuk seorang pesakit kencing manis. Ada sesetengah buah-buahan yang didalamnya ada kandungan gula yang sedikit tinggi. Bukan tak boleh ambil, tapi perlulah dalam kuantiti yang kecil. 

Tapi tak nafikan ada yang doktor tak bagi ambil terus sebab untuk menggelakkan paras gula mencanak ke langit. Adanya fruktosa dalam buah memberi efek pada penghasilan bacaan glukosa darah. Contohnya rambutan, durian, mempelam dan sebagainya. 

Panduan pengambilan buah-buahan untuk pesakit kencing manis.
Panduan pengambilan buah-buahan untuk pesakit kencing manis. Kredit Google. 

So, cikla nak share beberapa panduan penting boleh dipraktikkan untuk pesakit kencing manis kalau nak makan buah. 

1. Elak makan buah semasa perut kosong sebab penyerapan gula fruktosa sepenuhnya (lepas ditukar ke glukosa) tak dapat ditampung oleh insulin yang lemah atau ubat kencing manis. 

2. Disarankan makan buah sejurus selepas hidangan utama, namun dihadkan kepada satu hidangan saja. Pada masa ni insulin atau ubat kencing manis bertindak pada tahap optimum. 

3. Ambil paling maksimum 2 hidangan buah sehari. Contohnya untuk saiz hidangan buah untuk 1 unit karbohidrat. Setiap unit membekalkan 15g karbohidrat;

- sebiji sederhana epal/oren/belimbing/pir.
- sepotong nipis betik/nanas/tembikai susu.
- 1/2 biji jambu batu/mangga kecil.
- 5 biji sederhana rambutan/laici.
- 2 biji manggis/jambu air/kedondong/kurma.
- 8-10 biji kecil langsat/duku/anggur/longan.
- 2-3 ulas sederhana cempedak/durian/nangka.

Antara makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas atau gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat, iaitu; 

1. Gula putih, gula merah, gula melaka, gula batu, gula-gula, glukosa. 

2. Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap. 

3. Minuman ringan, minuman kordial. 

4. Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, aiskrim coklat. 

5. Air tebu, air kelapa muda, minuman yang ditambah gula. 

Jadi, para pesakit kencing manis patut elak atau minumumkan pengambilan makanan di aras untuk mengelakkan paras gula dalam darah mencanak ke langit biru. Hihi.

Moga bermanfaat. 

Macam mana nak atasi masalah anak dengan penggunaan teknologi yang kerap? mungkin tip ni membantu.

Setiap benda pasti ada baik dan buruknya. Begitu jugak dengan teknologi. Memang la mustahil nak sekat sepenuhnya penggunaan sekarang ni kan, tapi kita boleh mengawal penggunaannya terutama pada anak-anak kita. 

Macam mana nak atasi masalah anak dengan penggunaan teknologi yang kerap? mungkin tip ni membantu.
Macam mana nak atasi masalah anak dengan penggunaan teknologi yang kerap? mungkin tip ni membantu. Kredit Google. 

Berikut adalah beberapa tip-tip yang mungkin berkesan untuk mengatasi masalah ini; 

1. Matikan TV dan simpan telefon semasa waktu makan dan galakkan perbualan antara satu sama lain.

2. Keluarkan apa-apa gajet, terutamanya TV dan komputer riba dari bilik tidur.

3. Keluar dan gerakkan badan korang dalam sukan seperti badminton, berjoging atau berkebun. Anak-anak kan suka bermain dengan kotoran dan lumpur. 

4. Simpan semua gajet 30 minit sebelum tidur. Gantikan dengan membacakan kisah dongeng atau menyanyikan lagu sebelum tidur kepada mereka.

5. Menetapkan jadual kira-kira 1 jam masa bebas daripada teknologi setiap hari.

6. Memperkenalkan semula permainan tradisional dalam waktu bermain anak-anak seperti sorok-sorok, Scrabble, catur, congkak dan lain-lain.

7. Kembali ke alam semulajadi. Bawa keluarga untuk memancing atau mendaki gunung atau camping atau lakukan apa saya aktiviti out door yang bermanfaat. 

8. Cuba hobi-hobi baru seperti membaca, melukis, memasak, membina model daripada tanah liat dan lain-lain.

9. Libatkan diri secara aktif dengan anak bila mereka menggunakan teknologi-teknologi interaktif untuk belajar.

10. Sertai kumpulan sukarelawan yang mana ia boleh menggalakkan interaksi sosial dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Kredit : Persatuan Pediatrik Malaysia. Dengan kerjasama Persatuan Psikiatri Malaysia.

16 November 2023

Banyaknya khasiat buah avokado.

Avokado atau nama saintifiknya Persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit termasuklah masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti.

Untuk pengetahuan korang, avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae, yang mana ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. 

Banyaknya khasiat buah avokado.
Banyaknya khasiat buah avokado. Kredit Google. 

Daun pokok avokado pulak mempunyai hujung yang runcing. Buah avokado mengandungi asid oleik iaitu sejenis lemak tak tepu tunggal yang jika dimakan bukan sahaja mampu mengurangkan kolesterol tak baik, tapi mampu meningkatkan kolesterol baik. Pengambilan avokado secara kerap dipercayai mampu merendahkan tekanan darah kerana adanya kandungan potassium yang tinggi di dalamnya.  

Antara khasiat avokado adalah seperti berikut;

1. Mengawal tekanan darah.

Avokado merupakan sumber besar kalium yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2. Meningkatkan kesihatan mata.

Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, di mana ia dapat membantu melindungi mata daripada katarak.

3. Melindungi daripada kanser.

Banyak kajian telah menunjukkan avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

4. Masalah nafas berbau.

Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi sekaligus bertindak melawan daripada nafas berbau, sebab ia berfungsi membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

5. Ciri-ciri anti penuaan.

Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

Banyaknya khasiat buah avokado.
Banyaknya khasiat buah avokado. Kredit Google. 

6. Penjagaan kulit.

Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik sebab kemampuannya menyuburkan kulit dan membuat kulit jadi  bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit atau radang. 

7. Berat badan.

Korang tau tak, avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Disebabkan ia tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat, tak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.

8. Mengekalkan kesihatan jantung.

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine​​. Tahap homocysteine ​​ni sering dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation dan lemak monotaktepu yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

9. Vitamin E.

Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E iaitu vitamin penting yang melindungi kita daripada penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan secara keseluruhan.

10. Mengandungi banyak vitamin.

Mengandungi vitamin A, B termasuk B6, niacin dan riboflavin serta vitamin C dan vitamin E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tak mengandungi kolesterol dan sodium.

Wah, menarik kan? 

15 November 2023

Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak.

Siapa peminat kerang?  Cikla nak kongsikan resepi menarik untuk korang yang sukakan kerang-kerangan. Selamat mencuba. 

MASAK LEMAK CILI API KERANG CAMPUR PUCUK PAKU.

Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak.
Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak. 

BAHAN-BAHAN:

1 kilo kerang.
3 cawan santan pekat. 
1 keping asam keping 
2 ikat pucuk paku.
1-2 batang serai dititik.
Garam secukup rasa.

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

10 biji cili api - suka pedas tambah lagi. 
3 cm kunyit hidup. 

*Resepi ni boleh diubah suai mengikut selera masing-masing. 

CARA MEMASAK:

1. Masukkan santan, bahan ditumbuk lumat, asam keping dan serai yang dititik ke dalam periuk. 
2. Masak semua sampai kuah mendidih, kemudian masukkan kerang yang sudah dibasuh bersih dan garam secukup rasa. 
3. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai kuah mendidih dan kerang masak. 
4. Masukkan pucuk paku tadi kemudian dikacau sekejap dan terus padamkan api. 
5. Tutup periuk dengan tudung periuk dan biarkan pucuk paku masak dalam kuah yang panas.

SAMBAL TUMIS KERANG.

Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak.
Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak. 

BAHAN-BAHAN:

3-4 kg kerang  - direbus dan ambil isinya.
3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar.
2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar.
3 sudu (kurang atau lebih) cili yang telah dikisar.
2 biji bawang besar - dihiris.
1 cm (sedikit saja) belacan (jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang.
1 sudu besar air asam jawa.
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis.
Sedikit air (jika perlu). 

CARA MASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

MASAK LEMAK KERANG PUCUK UBI. 

Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak.
Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak. 

BAHAN-BAHAN:

1 ikat pucuk ubi - diambil daun saja.
Santan kelapa secukupnya.
2-3 cawan isi kerang.
Garam secukup rasa.
1 keping asam keping.

BAHAN TUMBUK:

1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan.

CARA MASAK:

1. Bersihkan pucuk ubi dan diambil semua daun kemudian direbus sampai empuk. Tos dan ketepikan dulu.
2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api. Kalau tak mau pedas kurangkan cili api.
3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat, isi kerang dan asam keping. Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih.
4. Masukkan semua pucuk ubi dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap. Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah. Bila pucuk ubi dah masak bolehlah ditutup api dapur.

KERANG MASAK RENDANG HIJAU. 

Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak.
Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak. 

BAHAN-BAHAN:

Kerang yang telah dikopek.
3 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
Sedikit lengkuas, kunyit hidup dan halia.
Beberapa lada hijau dan cili api yang dimesin halus.
2 batang serai kesemua di atas dimesin halus serta tumis sehingga pecah minyak.

CARANYA:

1. Masukkan santan, kerisik dan daun kunyit. 
2. Masak dengan api perlahan sehingga masak keseluruhannya. 
3. Masukkan asam keping dan serbuk perasa biarkan seketika.
4. Bila dah kering kuah boleh diangkat.

RENDANG KERANG.

Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak.
Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak. 

BAHAN-BAHAN:

2 kg kerang direbus dan buang kulit.
5 batang serai. *
1 inci halia. *
1 inci kunyit hidup. *
1 inci lengkuas. *
7 ulas bawang merah. *
3 ulas bawang putih. *
Sedikit cili api. *
2 sudu besar kerisik.
2 cawan santan pekat.
1 keping asam keping.
2 helai daun kunyit dihiris halus.
3 helai daun limau purut.
Garam, perasa dan gula.

CARANYA:

1. Kisar bahan-bahan bertanda (*), kemudian tumiskan hingga naik bau.
2. Masukkan santan, asam keping, garam, gula, perasa dan kerisik.
3. Kacau hingga kuah menjadi pekat. Masukkan kerang dan kacau lagi. Masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit. 
4. Siap dan sedia untuk dihidang.

KERANG REBUS.

Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak.
Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak. 

BAHAN-BAHAN:

Kerang sekilo (cuci dengan daun serai dengan diramas-ramas kerang tu ataupun ambil berus sabut yang bersih cucilah. Ataupun, cuci sambil ramas dengan sabut untuk buang lumpur atau kotoran pada kerang).
Serai 2 batang diketuk sikit. 
2 biji cili merah.
Sebiji bawang besar/3 ulas bawang merah hiris.
Garam secukup rasa.
Air secawan.

CARANYA:

1. Kerang, serai, cili merah, bawang dan sedikit garam dimasukkan ke dalam periuk atau kuali besar.
2. Masaklah dan pada masa yang sama bolehlah masukkan sedikit air. Ikutlah nak kuah tu banyak mana.
3. Sambil tu kacaulah kerang supaya masak sekata sebab bila kita biarkan nanti kerang yang paling atas tak berapa masak pula.
4. Nak tahu kerang tu dah masak, bila kulit dah terbuka.

KERANG AIR ASAM.

Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak.
Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak. 

BAHAN-BAHAN:

1 kg kerang (rebus dan buang kulit).
2 biji bawang besar (dihiris halus).
2 biji tomato (dihiris halus).
10 biji cili padi (dihiris halus).
2 biji cili merah (dihiris halus).
Air asam jawa.
Garam.
Gula.

CARANYA:

1. Rebus kerang dan ketepikan. Buang kulit setelah sejuk.
2. Buatkan air asam. Campurkan sedikit garam dan gula.
3. Satukan semua bahan-bahan yang dihiris dan kerang ke dalam air asam. Gaul sebatikan.
4. Sedia dimakan.

KERANG GORENG SAMBAL.

Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak.
Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak. 

BAHAN-BAHAN:

Kerang (ikut suka nak banyak mana). 
Daun kunyit.
Daun limau purut.
Sedikit halia (potong-potong).
Sedikit air.
Serai.
Bawang besar.
Bawang putih.
Sos cili.
Sos tiram.
1 sdb kicap cair/pekat (ikut suka).
Cili padi 10biji (yang nie pun ikut suka, nak pedas/tak, terpulang).
Garam dan gula (agak-agak).

CARANYA:

1. Semua bahan yang bertanda (*) masuk dalam pengisar dan blend smpai halus.
2. Kemudian panaskan minyak sikit dan masukkan halia bersama-sama dengan bahan-bahan yang dah kisar tadi.
3. Kacau sampai naik bau, kemudian masukkan kerang. Masukkan air sedikit. Jangan banyak sebab kerang tu nanti akan keluarkan air. Kacau sampai sebati.
4. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Biarkan sampai kerang menganga. Matikan api dan bolehlah diangkat. Hiaskan dengan daun sup, siap.

MASAK LEMAK BUNCIS AND KERANG.

Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak.
Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak. 

BAHAN-BAHAN:
 
3 kg kerang.
Kacang buncis 200 gm (dibersihkan dan potong menyerong).
2 cawan santan pekat.
1 keping asam keping saiz kecil.
Garam secukup rasa.

BAHAN DITUMBUK LUMAT:
 
8 biji cili api.
3 cm kunyit hidup.

CARA MEMASAK: 

1. Masukkan semua santan, bahan ditumbuk lumat, asam keping ke dalam periuk. 
2. Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kacang buncis, garam dan kerang.
3. Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan kacang buncis masak. Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

Kredit resepi dan gambar kepada Owner. Thanks. 

9 November 2023

Setiap orang yang hadir dalam hidup kita ada tujuannya.

Setiap orang yang hadir dalam hidup kita, sebenarnya Allah hantar mereka dengan bertujuan. Bukan saja saja ye.
 

1. Ada yang hadir sebagai ujian. Jadi, kita kena redha, namun dalam pada masa sama cari jalan untuk tempuhinya dengan bijak. Kalau kita berjaya lepasi ujian itu, itu tandanya darjat kita dinaikkan ke satu anak tangga lagi.

2. Ada yang hadir untuk mengajar kita. Mereka ini kita gelar guru. Kadang mereka datang jap je, namun pesanan dan nasihat sentiasa hidup dalam diri kita untuk manfaat kita pada masa akan datang. Sapa pun mereka, tak kiralah mak ayah kita, guru, pensyarah, orang dikenali, bahkan sesiapa yang kita terjumpa dijalanan sekali pun, kalau kita kenali mereka dan belajar sesuatu, merekalah guru kita. Jadi, hormati dan hargai mereka.

3. Ada yang hadir untuk mempergunakan kita. Haa, kalau yang ini berbahaya. Kita kena hati-hati dengan setiap gerak geri mereka. Mereka nampak kelebihan kita, di situlah mereka akan tekan kita dan cuba kawal kita ikut tindak tanduk dan kehendak mereka. Masa inilah kita akan diuji dari segi penggunaan akal. Kena bijak, sentiasa cari ilmu, ikhtihar dan cari jalan keluar supaya kita tak mudah buka ruang untuk dipergunakan. Kita kena ingat, hidup kita, keputusan kita. Kita yang tanggung, kita juga yang rasa akibatnya. Jadi, pastikan keputusan kita itu adalah yang tepat.

4. Ada yang hadir untuk mengeluarkan potensi dan hal terbaik dalam hidup kita. Mereka inilah orang yang layak bersama-sama dengan kita. Mereka kagun dengan kita, dan dalam masa yang sama mereka selalu menyokong apa juga perkara kita buat atau usahakan. Mereka nampak atau tahu kekurangan kita, lalu mereka tegur kita secara bersemuka, bukan dikhalayak ramai. Mereka nampak kelebihan kita dan menjadikan ia inspirasi dalam bentuk khabar atau manfaat kepada orang lain.

Kredit : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Hilangkan pecah pada tumit kaki semudah ABC. Jom cuba.

Lamanya blog cikla ni bersarang. Hihi. Okeylah, untuk permulaan entri ni kekonon nak amik mood mulakan blogging balik, cikla nak share petua mudah yang rasanya kebanyakan orang mengalaminya. Jom baca. 

Kadang-kadang kan bila tumit pecah ni pedihnya memang aduhh menusuk ke kalbu gitu. Nak berpijak pun sakit. Betul tak? Mungkin dah cuba macam-macam krim ubat semua tapi tak jalan, apa kata try petua ni pulak. Mana tau serasi. Sekurang-kurangnya kuranglah sikit kepedihan tu. Hihi. 

Hilangkan pecah pada tumit kaki semudah ABC. Jom cuba.
Hilangkan pecah pada tumit kaki semudah ABC. Jom cuba. Kredit Google. 

1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya guna garam bukit). Lakukan sekerap mungkin sampai tumit kaki jadi licin.

2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.

3) Panaskan lemak ayam sampai jadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

4) Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2 cm kunyit hidup sampai hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di  atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu sampai tumit kaki jadi elok. 

7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

8) Campurkan sedikit yang telah dihancurkan dengan air ramasan sirih. Setelah itu sapukan pada tumit kaki dua kali sehari. Lakukan sekerap yang boleh sehingga nampak perubahannya.

9) Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dan gosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

10) Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

11) Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

Selamat mencuba.